Ringkasan Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban Topik 1
Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban dalam Acuan Malaysia
Sinopsis
Etika dan peradaban penting dalam masyarakat.
Tahap penghayatannya berbeza dipengaruhi oleh sejarah, struktur sosial, dan biografi masyarakat.
Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia mengikuti 'acuan Malaysia' berdasarkan evolusi sejarah:
Prakolonial (PrK)
Kolonial (Kol)
Pascakolonial (PcK)
Etika moden diperkenalkan pada era kolonial Eropah.
Pada era pra-kolonial (Alam Melayu), konsep 'adab' dan 'adat' (adat istiadat dan adat resam) merupakan etika yang mendukung sistem nilai pemerintahan dan masyarakat tradisional.
Gabungan etika tradisional dan moden tergarap pada era pascakolonial dalam acuan Malaysia.
Penekanan pada ‘penghayatan’ mengupas idea, proses, dan praktis etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia dahulu dan sekarang.
Memahami Etika (Pembentukan Berasas Susur Masa)
Prakolonial (Tradisional):
Adab
Adat Istiadat
Adat Resam
Kolonial (Moden):
Etika
Etos
Etiket
Pascakolonial (Gabungan):
Etika Moden (Adab, Adat Istiadat, Adat Resam, Etika, Etos, Etiket) bercampur gaul
Sejarah dan struktur sosial (masyarakat, negara, pasaran) serta biografi (individu, keluarga, komuniti) membentuk dan mentakrif penghayatan etika dan peradaban acuan Malaysia.
Objektif
Membina kerangka pemikiran dan analisis penghayatan etika dan peradaban.
Hasil Pembelajaran
Menjelaskan kerangka pemikiran penghayatan etika dan peradaban.
Menganalisis etika dan peradaban dari segi individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Kandungan
Pengenalan Etika dan Peradaban.
Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial.
Kerangka menganalisis Etika dan Peradaban acuan Malaysia melalui sejarah, struktur sosial dan biografi (riwayat).
Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut peringkat individu, keluarga, komuniti, dan masyarakat (lokal dan global).
Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut konteks masyarakat, negara dan pasaran.
Pengenalan Etika dan Peradaban
Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat supaya:
Berkeperibadian tinggi
Saling menghormati
Hidup harmoni
Membina negara bangsa
Lain-lain
Definisi
Adab:
Budi pekerti yang halus; tingkah laku yang baik; budi bahasa.
Kurang adab = tidak tahu adat; kurang sopan.
Beradab = baik budi bahasanya; sopan.
Beradab = telah maju tingkat kehidupannya.
Peradaban:
Sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.
Adat Resam:
Adat yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum (daerah dll.).
Contoh: Adat resam berkaitan perkahwinan – merisik, bertunang, majlis perkahwinan dll.
Adat Istiadat:
Berbagai-bagai adat yang diikut.
Majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb).
Etika
Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.
Satu standard menyeluruh mengenai benar atau salah yang menjelaskan apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia dalam konteks apa yang benar, tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik.
Etos
Sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dll.
Usaha membangunkan bangsa berdasarkan latar individu, keluarga dan komuniti berbagai serta berbeza sejarah, etnik, bahasa, agama, budaya dan latar geografi melebihi kesepakatan ciri asas negara atau bangsa.
Etiket
Adat dan peraturan berkenaan kesopanan (terutamanya dalam kehidupan sosial atau dalam profesion tertentu).
Susur Masa Etika dan Peradaban
Sebelum kedatangan kolonial telah wujud etika dalam masyarakat yang disebut adab, adat istiadat dan adat resam.
Proses migrasi dalam Kepulauan Melayu dan luar Kepulauan Melayu menjadikan adab, adat istiadat, dan adat resam bercampur baur akibat proses pinjam meminjam dan tersulam dalam masyarakat.
Prakolonial
Zaman negara ini belum dikenali sebagai Malaysia dan belum dijajah.
Etika telah terjelma dalam tingkah laku serta kehidupan seharian, formal atau tidak formal, disebut sebagai adab, adat resam dan adat istiadat.
Kolonial
Zaman negara kita dijajah.
Etika dibawa dalam bentuk berpakaian, percakapan, pentadbiran, ketuanan dll.
Cara makan, memberi tabik hormat, dll.
Pascakolonial
Zaman Pascakolonial merupakan era moden.
Masyarakat telah menerima variasi dan percampuran versi etika secara langsung atau melalui teknologi.
Nilai etika bercampur baur ini wujud dalam persekitaran formal dan tidak formal kehidupan kita.
Kerisauan kita ialah budi pekerti, tingkah laku dan budi bahasa kita merosot disebabkan kegagalan kita mempelajari dan menghayati E&P negara kita.
Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban
Tahap penghayatan etika dan peradaban adalah berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan.
Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut Peringkat
Individu, Keluarga, Komuniti, dan Masyarakat (lokal dan global)
Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut Konteks
Masyarakat, Negara dan Pasaran