Nota Ringkas Esei Fokus Semester 2, 2024 - Unit Pengajian Am

RUKUN NEGARA

  • Cita-cita Rukun Negara (STPM 2022U):

    • Melahirkan masyarakat Malaysia yang mencipta perpaduan yang lebih erat.

    • Mencipta satu masyarakat yang adil.

    • Mewujudkan masyarakat yang memelihara cara hidup demokratik.

    • Membentuk masyarakat yang bersifat liberal terhadap tradisi kebudayaan.

    • Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

  • Kepentingan Rukun Negara (STPM 2014/2018):

    • Membentuk perpaduan rakyat berbilang kaum.

    • Mengukuhkan jati diri.

    • Mewujudkan rakyat berjiwa patriotik atau menguatkan semangat patriotisme.

    • Melahirkan masyarakat yang menghormati perlembagaan negara.

    • Membentuk warga yang bermoral dan beretika serta mengamalkan nilai-nilai murni.

  • Rasional Penggubalan Rukun Negara (FOKUS 20242024):

    • Wujudnya situasi yang menggugat perpaduan negara.

    • Penularan budaya liberalisasi atau budaya luar yang negatif.

    • Wujudnya tindakan yang menggugat institusi beraja.

    • Wujudnya tindakan yang mempersoalkan perlembagaan negara.

  • Faktor/Sebab Semangat Rukun Negara Makin Terpinggir (FOKUS 20242024):

    • Kurangnya jati diri masyarakat.

    • Pengaruh budaya luar yang negatif.

    • Kurang semangat patriotisme.

    • Kurang penekanan daripada ibu bapa.

    • Kurangnya pendedahan dan penghayatan terhadap Rukun Negara.

    • Kurangnya kesedaran masyarakat.

    • Pengaruh media massa dan media sosial.

  • Usaha Memupuk Kesedaran Penghayatan Rukun Negara (FOKUS 20242024):

    • Mengadakan program Kesedaran Rukun Negara.

    • Memupuk kesedaran sejak kecil.

    • Meningkatkan peranan pelbagai pihak.

    • Menerapkan dalam sistem pendidikan.

    • Memperbanyak, mewujudkan atau mengadakan pertandingan serta persembahan berkonsepkan Rukun Negara dalam kalangan masyarakat.

  • Kesan TIDAK Menghayati Rukun Negara (STPM 2018U):

    • Kedaulatan negara tergugat.

    • Jati diri terhakis.

    • Pembangunan negara terjejas.

    • Perpaduan tergugat atau terjejas.

    • Keharmonian dan keamanan rakyat terancam.

  • Kesan Jika Dihayati Oleh Rakyat (Struktur - STPM 20192019):

    • Mengeratkan perpaduan kaum.

    • Mengekalkan cara hidup demokratik.

    • Mewujudkan masyarakat yang adil.

    • Memupuk semangat patriotik.

    • Menghormati undang-undang negara.

    • Mengamalkan ajaran agama dan nilai murni.

    • Menghormati perlembagaan negara.

  • Cabaran Prinsip Rukun Negara (FOKUS 20242024):

    • Memastikan perpaduan negara terus utuh.

    • Memastikan kontrak sosial terus dipatuhi.

    • Memastikan masyarakat terus berpegang teguh kepada ajaran agama.

    • Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

    • Menangani masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

    • Mencegah tindakan mempersoalkan kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu.

  • Objektif Rukun Negara:

    • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota masyarakat.

    • Memelihara satu cara hidup yang demokratik.

    • Melahirkan sebuah masyarakat yang adil.

    • Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap budaya dan tradisi yang pelbagai corak.

    • Membina sebuah masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.

  • Kekangan Untuk Meningkatkan Hasrat Penghayatan Rukun Negara:

    • Perpaduan kaum yang tidak kukuh.

    • Semangat cinta akan negara semakin terhakis.

    • Cetek ilmu pengetahuan sains dan teknologi.

    • Peningkatan gejala sosial dalam masyarakat.

    • Kemasukan budaya asing.

    • Kurang penghayatan Prinsip Rukun Negara.

KESTABILAN POLITIK

  • Kesan Negatif Jika Malaysia Gagal Mengekalkan Kestabilan Politik (STPM 20182018):

    • Kebangkitan rakyat.

    • Ekonomi negara terjejas.

    • Perpecahan masyarakat.

    • Imej negara terjejas.

    • Pembangunan negara terbantut atau perlahan.

  • Cabaran Mengekalkan Kestabilan Politik (STPM 20182018):

    • Sikap pemimpin.

    • Kepelbagaian parti politik.

    • Ketaksuban terhadap pemimpin tertentu.

    • Asas gabungan politik yang kurang mantap.

    • Pengaruh anasir luar.

  • Manfaat Kestabilan Politik (FOKUS 20242024):

    • Mengekalkan kestabilan ekonomi.

    • Mempercepat pembangunan negara.

    • Mengekalkan keamanan dan keharmonian.

    • Meningkatkan pelaburan.

    • Mengukuhkan perpaduan kaum.

  • Cara Memantapkan Kestabilan Politik:

    • Sikap hormat-menghormati.

    • Tidak menyentuh sensitiviti kaum.

    • Sikap toleransi.

    • Saling mempercayai.

  • Faktor-faktor Penentu Kestabilan Politik:

    • Perpaduan kaum.

    • Pemimpin yang bertanggungjawab.

    • Amalan demokrasi.

    • Modal insan berkualiti.

  • Faktor-faktor Berlaku Ketidakstabilan Politik:

    • Perbezaan ideologi politik.

    • Pengaruh anasir luar.

    • Perpaduan yang goyah.

    • Pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

INTEGRASI DAN PERPADUAN

  • Kesan Positif Perpaduan Kepada Rakyat:

    • Rakyat sentiasa berasa selamat dan bebas bergerak.

    • Hubungan mesra keluarga dan semangat muhibah terjalin.

    • Semangat patriotik meningkat.

    • Pelbagai adat dan budaya dapat dipelajari.

  • Kesan Positif Perpaduan Kepada Negara:

    • Ekonomi negara berkembang.

    • Keselamatan negara terjamin.

    • Kestabilan politik dapat dikekalkan.

    • Pembangunan sosial meningkat.

    • Negara dapat ditadbir dengan baik.

    • Meningkatkan imej negara.

  • Kesan Negatif Jika Perpaduan Rapuh:

    • Keharmonian masyarakat terjejas.

    • Berlaku ketidakstabilan politik.

    • Keselamatan negara terancam.

    • Aktiviti ekonomi terganggu.

    • Pembangunan negara terjejas.

    • Sikap prasangka antara kaum meningkat.

  • Kepentingan Perpaduan Rakyat (Umum):

    • Menjamin keamanan dan keharmonian.

    • Menjamin pembangunan negara berterusan.

    • Menjamin atau mengekalkan kedaulatan negara.

    • Mewujudkan kestabilan politik.

    • Menjana ekonomi negara.

    • Meningkatkan imej negara.

  • Dasar-Dasar Kerajaan Bagi Memupuk Perpaduan Rakyat:

    • Dasar Perpaduan Negara (20212021).

    • Akta Bahasa Kebangsaan - Perkara 152152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

    • Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

    • Dasar Sukan Negara.

    • Rukun Negara.

    • Dasar Pendidikan Kebangsaan.

    • Dasar Pembangunan Nasional.

    • Dasar Ekonomi Baru.

  • Usaha Kerajaan Memupuk Perpaduan:

    • Menghapuskan jurang ekonomi antara kaum.

    • Melalui pendidikan.

    • Melalui kempen kesedaran berkaitan perpaduan.

    • Melalui dasar-dasar kerajaan.

    • Melalui aktiviti kemasyarakatan atau kesukarelawanan.

    • Menggalakkan aktiviti sukan.

    • Meningkatkan penghayatan Rukun Negara.

    • Melalui aktiviti kebudayaan.

    • Memperkasa penguatkuasaan undang-undang tentang perpaduan.

  • Masalah/Halangan Mewujudkan Perpaduan:

    • Agama dan budaya yang berbeza.

    • Sistem pendidikan yang berasingan.

    • Ideologi politik yang berbeza.

    • Kurangnya kesedaran masyarakat tentang kepentingan perpaduan.

    • Terdapat akhbar pelbagai bahasa.

    • Penyalahgunaan media sosial.

  • Aspek Yang Menghalang Mewujudkan Perpaduan:

    • Aspek sosial.

    • Aspek politik.

    • Aspek ekonomi.

    • Aspek fizikal.

    • Aspek kebudayaan.

    • Media massa.

PERPADUAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN

  • Cara Aktiviti Kokurikulum Meningkatkan Perpaduan:

    • Melalui penglibatan atau penyertaan pelajar pelbagai kaum.

    • Bergaul dan berinteraksi dengan kaum lain.

    • Memupuk semangat setiakawan.

    • Melalui semangat kerja berpasukan.

    • Memahami budaya kaum lain.

  • Aktiviti-Aktiviti di Peringkat Sekolah:

    • Aktiviti gotong-royong di kawasan sekolah.

    • Mewujudkan Program Pertukaran Pelajar antara sekolah (Program Anak Angkat).

    • Menerapkan Prinsip Rukun Negara.

    • Kempen kesedaran perpaduan di sekolah.

    • Mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum di sekolah.

    • Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).

  • Usaha Membentuk Perpaduan Melalui Sistem Pendidikan:

    • Sistem persekolahan yang sama.

    • Bahasa Kebangsaan/Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

    • Kurikulum yang sama.

    • Sukatan pelajaran yang seragam.

    • Pelajar dari pelbagai kaum belajar di sekolah yang sama.

    • Penerapan dalam aktiviti kokurikulum.

    • Guru sekolah terdiri daripada pelbagai kaum.

PERPADUAN DALAM MASYARAKAT

  • Sebab Perpaduan Generasi Muda Menurun:

    • Remaja merupakan generasi pasca merdeka (kurang merasai jerih perih perjuangan).

    • Pengaruh media sosial dan media massa.

    • Budaya hedonisme atau sikap mengutamakan hiburan.

    • Sikap individualistik masyarakat.

    • Sistem pendidikan yang berasingan.

  • Peranan Ibu Bapa Memupuk Perpaduan:

    • Menjadi model (suri teladan) kepada anak-anak.

    • Menggalakkan anak-anak bergaul dengan pelbagai kaum.

    • Mendidik anak-anak menghormati budaya kaum lain.

    • Mendorong anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

    • Mengajar anak-anak menghayati prinsip Rukun Negara.

    • Menyemai budaya ziarah-menziarahi.

  • Aktiviti Meningkatkan Perpaduan dalam Masyarakat:

    • Aktiviti gotong-royong.

    • Amalan kunjung-mengunjungi.

    • Aktiviti Hari Keluarga.

    • Aktiviti sambutan hari perayaan atau kebesaran di kawasan kejiranan.

    • Aktiviti sukan.

    • Aktiviti kebudayaan pelbagai kaum di kawasan kejiranan.

  • Fungsi Majlis Rumah Terbuka dalam Perpaduan:

    • Mengeratkan silaturrahim.

    • Meningkatkan keharmonian antara kaum.

    • Menghormati budaya kaum lain.

  • Kesan Positif Perpaduan Masyarakat:

    • Mengukuhkan jati diri masyarakat.

    • Memelihara keharmonian masyarakat.

    • Pembangunan negara berkembang pesat.

    • Keyakinan pelabur asing meningkat.

    • Kemasukan pelancong asing bertambah.

  • Langkah Mengatasi Semangat Kejiranan yang Longgar:

    • Menghidupkan kembali amalan bergotong-royong atau Hari Keluarga.

    • Mengadakan amalan rumah terbuka.

    • Penglibatan dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan.

    • Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi.

  • Faktor Semangat Kejiranan Longgar:

    • Persaingan hidup yang sengit.

    • Sikap kebendaan atau materialistik.

    • Perkembangan teknologi elektronik.

    • Corak tempat kediaman atau penempatan yang tertutup.

    • Perubahan corak kehidupan.

    • Kekurangan kawasan riadah atau taman permainan.

    • Sikap mengutamakan kebersendirian (privasi).

PRASARANA DAN KOMUNIKASI DIGITAL

  • Kesan Positif Prasarana Komunikasi/Digital:

    • e-Dagang: Perkhidmatan dan jual beli atas talian.

    • Dunia tanpa sempadan: Maklumat diperoleh dengan mudah dan cepat melalui Internet.

    • Peluang pekerjaan: Perkembangan pesat pelbagai sektor mewujudkan banyak peluang kerja.

    • e-Kerajaan: Rakyat berurusan dengan agensi kerajaan secara lebih mudah dan cepat.

    • Telekesihatan: Pesakit diperiksa oleh pakar secara jarak jauh menerusi telesidang.

    • Multimedia interaktif: Memudahkan sistem pembelajaran.

    • e-Perbankan: Urusan perbankan boleh dijalankan di mana-mana sahaja.

  • Kesan Negatif Prasarana Komunikasi:

    • Maklumat negatif (keganasan, hasutan, khabar angin) sukar ditapis.

    • Isu pencerobohan dan pencurian maklumat sistem pangkalan data atas talian.

    • Penyebaran maklumat yang tidak tepat di laman sesawang.

  • Halangan Menyediakan Prasarana:

    • Halangan politik.

    • Masalah pengambilan tanah.

    • Kos yang semakin meningkat.

    • Kelemahan kontraktor.

    • Gangguan cuaca atau bencana alam.

  • Kepentingan Peningkatan Prasarana Kepada NEGARA:

    • Meningkatkan pembangunan negara.

    • Meningkatkan sektor pelancongan.

    • Menarik pelaburan dan pelabur.

    • Meningkatkan imej negara.

  • Kepentingan Kepada RAKYAT:

    • Meningkatkan taraf hidup (pendapatan, pekerjaan).

    • Meningkatkan kualiti hidup (kesihatan, pendidikan, air, elektrik).

    • Memudahkan kehidupan seharian (pengangkutan, komunikasi).

  • Aplikasi e-Hailing Sebagai Pilihan Utama (FOKUS 20242024):

    • Kaedah pembayaran yang mudah dan pelbagai.

    • Mudah membuat tempahan.

    • Banyak syarikat perkhidmatan pengangkutan dalam talian.

    • Menjimatkan kos atau perbelanjaan perjalanan.

    • Menjimatkan masa dan tenaga.

SUMBER TENAGA DAN TENAGA ALTERNATIF

  • Kesan Penggunaan Tenaga Konvensional/Fosil Berterusan:

    • Isu alam sekitar dan pencemaran.

    • Kehabisan sumber fosil (sumber tidak boleh diperbaharui).

    • Berlaku hakisan tanah.

    • Berlaku krisis tenaga dunia.

  • Kepentingan Sumber Tenaga:

    • Menjalankan aktiviti perindustrian atau perkilangan.

    • Kegunaan sektor pengangkutan dan perhubungan.

    • Membantu sektor pertanian.

    • Memudahkan aktiviti harian manusia.

    • Menyokong aktiviti pembangunan.

  • Usaha Kerajaan Menjamin Bekalan Tenaga Berterusan:

    • Penglibatan syarikat swasta dalam pembekalan elektrik.

    • Pembinaan lebih banyak empangan tenaga hidroelektrik.

    • Menggunakan sumber tenaga alternatif.

    • Penjimatan penggunaan elektrik.

    • Perancangan strategik tentang permintaan sumber tenaga.

  • Kekangan Memajukan Tenaga Alternatif:

    • Tahap teknologi yang rendah.

    • Memerlukan modal yang besar.

    • Kekurangan kepakaran atau tenaga mahir.

    • Saiz pasaran yang kecil untuk pemasaran tenaga ini.

    • Memerlukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&DR\&D) yang berterusan.

  • Kebaikkan Tenaga Alternatif:

    • Tidak akan habis dan boleh diperbaharui.

    • Mesra alam dan memelihara alam sekitar.

    • Mengatasi krisis tenaga dunia dan kepupusan bahan api fosil.

    • Menjana sumber ekonomi.

SISTEM PENGANGKUTAN DAN LEBUH RAYA

  • Masalah Pengguna Pengangkutan Awam:

    • Perjalanan tidak teratur atau tidak menepati masa.

    • Kekurangan infrastruktur dan kemudahan.

    • Sistem tidak bersepadu.

    • Persepsi negatif pengguna.

    • Tambang yang semakin meningkat.

    • Pengurusan tidak cekap atau tidak sistematik.

    • Jaringan perkhidmatan yang terhad.

  • Kepentingan Sistem Pengangkutan Awam yang Cekap:

    • Mengurangkan kesesakan lalu lintas.

    • Menjimatkan kos pengguna.

    • Menjana pembangunan negara.

    • Mengurangkan pencemaran udara.

    • Memudahkan perjalanan orang ramai.

    • Meningkatkan aktiviti ekonomi dan perdagangan.

  • Kesan Negatif Pembinaan Lebuh Raya:

    • Menjejaskan ekologi.

    • Mengancam habitat flora dan fauna.

    • Pencemaran alam sekitar.

    • Pertambahan kemalangan jalan raya.

    • Bayaran tol yang membebankan.

    • Kerosakan jalan akibat kerja kontrak.

  • Usaha Mengurangkan Kesesakan Jalan Raya:

    • Amalan berkongsi kereta.

    • Menggunakan pengangkutan awam.

    • Merancang perjalanan.

    • Memperkasa penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

    • Memperbanyak jalan alternatif.

    • Penyelenggaraan jalan yang lebih cekap.

KESIHATAN AWAM DAN BEKALAN AIR BERSIH

  • Cabaran Bidang Kesihatan Awam:

    • Penularan wabak penyakit baru.

    • Meningkatkan bilangan tenaga pakar.

    • Keperluan peralatan perubatan yang moden.

    • Perbelanjaan perubatan yang meningkat.

    • Permintaan tinggi daripada orang awam.

  • Isu Bekalan Air Bersih:

    • Pencemaran sumber air.

    • Pertambahan permintaan air.

    • Tekanan air yang rendah.

    • Penurunan kuantiti dan kualiti air mentah.

    • Ketidakcekapan pengurusan (paip usang, kehilangan air terawat).

  • Kesan Jika Sumber Air Bersih Berkurangan:

    • Kegiatan harian masyarakat terjejas.

    • Kesihatan manusia terancam.

    • Fauna atau haiwan terancam.

    • Aktiviti pertanian terjejas.

    • Aktiviti perkilangan terganggu.

EKOLOGI DAN ALAM SEKITAR

  • Maksud Alam Sekitar: Merujuk kepada unsur-unsur fizikal yang berada di sekeliling manusia seperti tanah, air, udara, iklim, tumbuhan, haiwan serta unsur-unsur biologi dan sosial yang saling bergantung antara satu sama lain.

  • Kesan Jika Alam Sekitar Terancam:

    • Ketidakseimbangan ekologi.

    • Kesihatan terancam.

    • Berlakunya bencana alam.

    • Kepupusan flora dan fauna.

    • Krisis bekalan air dan makanan.

  • Punca Penerokaan Kawasan Tanah Tinggi:

    • Penebangan hutan di lereng bukit yang tidak terkawal.

    • Pembukaan kawasan pertanian atau ladang baru.

    • Kawasan pelancongan dan rekreasi.

    • Aktiviti pembangunan.

  • Definisi Pencemaran Udara: Keadaan yang melibatkan pengenalan bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang menyebabkan kemudaratan atau ketidakselesaan kepada manusia/organisma hidup serta merosakkan alam sekitar apabila dibebaskan ke atmosfera. Contohnya: CO2CO_2, SO2SO_2, kloroflorokarbon, logam toksik (plumbum), dan sisa radioaktif.

  • Langkah Menangani Masalah Banjir:

    • Menaiktaraf sungai.

    • Membina lebih banyak kawasan tebatan banjir.

    • Mempertingkat aspek pengurusan sistem perparitan.

    • Memperkasa penguatkuasaan undang-undang kawalan banjir.

    • Menggunakan teknologi moden.

EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

  • Impak Negatif Kemelesetan Ekonomi:

    • Pertumbuhan ekonomi negara terjejas.

    • Pembangunan negara menjadi perlahan.

    • Peningkatan pengangguran.

    • Penurunan pendapatan negara.

    • Pelabur asing hilang keyakinan.

    • Kos sara hidup meningkat.

  • Usaha Kerajaan Berkaitan Ekonomi:

    • Menggalakkan kemasukan pelabur asing.

    • Menyediakan tenaga kerja kompeten.

    • Memperkasa R&DR\&D.

    • Mengaplikasikan teknologi moden.

    • Menyediakan bantuan kewangan dan meluaskan pasaran.

    • Mengawal pengaliran wang negara dan mengurangkan import.

  • Kepentingan Sektor Pertanian:

    • Menjamin kesinambungan bekalan makanan.

    • Mewujudkan peluang pekerjaan.

    • Menjana pendapatan rakyat dan negara.

    • Membekalkan bahan mentah industri.

    • Menambah bilangan usahawan tani.

  • Masalah dalam Bidang Pertanian:

    • Kekurangan modal dan tenaga kerja.

    • Penggunaan alatan tradisional.

    • Masalah pemasaran hasil.

    • Tahap produktiviti rendah.

PELABURAN DAN PELANCONGAN

  • Kepentingan Aktiviti Pelaburan Domestik (FOKUS 20242024):

    • Membuka peluang pekerjaan (kemahiran strategik global).

    • Menambah pendapatan negara dan rakyat.

    • Pembangunan industri sokongan (hulu dan hilir).

    • Pembangunan infrastruktur.

    • Pemindahan teknologi daripada negara maju.

  • Masalah Pelancongan Kesihatan:

    • Penyalahgunaan pas atau dokumen lawatan.

    • Kekurangan tenaga pakar di sektor awam (kehilangan kepakaran).

    • Pengamal kesihatan tidak sah.

KENAIKAN HARGA BARANGAN MAKANAN

  • Kesan Kenaikan Harga Barang:

    • Rakyat: Kos sara hidup meningkat, kuasa beli menurun, tabungan kurang, hutang isi rumah bertambah.

    • Negara: Ketidakstabilan politik, rasa tidak puas hati rakyat, peningkatan jenayah, jurang kaya-miskin melebar, inflasi tinggi.

  • Barangan Kawalan (Subsidi dan Harga Siling):

    • Subsidi: Beras, minyak masak peket, gula, tepung gandum, PetrolRON95Petrol\,RON\,95, GPCGPC, Diesel.

    • Harga Siling: Ayam, telur, minyak masak botol, ikan, bawang putih, daging.

SAINS, TEKNOLOGI DAN WAWASAN 20202020

  • Kepentingan Teknologi Hijau:

    • Menjamin kelestarian hidup.

    • Memulihara alam sekitar.

    • Menjamin sumber tenaga keterbaharuan.

    • Menjana ekonomi negara.

  • Pengangguran:

    • Definisi: Keadaan tiada pekerjaan bagi tenaga buruh berumur 1515 hingga 6464 tahun yang sanggup bekerja.

    • Faktor Pengangguran Siswazah: Sikap memilih kerja, kurang kemahiran komunikasi/bahasa, bilangan siswazah meningkat, kelulusan tidak sesuai pasaran, kurang persediaan temuduga.

  • Wawasan 20202020 - Cabaran Membina Negara Maju:

    • Membina negara bangsa yang bersatu padu.

    • Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika.

    • Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.

    • Membina masyarakat liberal dan bertolak ansur.

    • Mewujudkan masyarakat makmur dengan ekonomi dinamik.

  • Maksud Negara Bangsa: Sebuah negara dengan rakyat yang hidup bersatu padu, harmoni, berdaya saing tinggi, mempunyai semangat patriotik kental, serta menikmati hak dan keadilan yang sama.

QUESTIONS & DISCUSSION

  • Soalan 1: Sebuah negara maju berpendapatan tinggi memerlukan infrastruktur bertaraf dunia untuk menyokong aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Bincangkan Kepentingan infrastruktur bertaraf dunia kepada pembangunan negara.

  • Soalan 2: Perkhidmatan infrastruktur kerajaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi secara menyeluruh dapat meningkatkan penguasaan ini dalam kalangan masyarakat. Jelaskan pernyataan ini.