BAB 1 : MIKROORGANISMA

1.1 DUNIA MIKROORGANISMA

  • Mikroorganisma:

    • Definisi: Organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

    • Kaedah pemeriksaan: Hanya dapat dilihat dengan bantuan mikroskop.

  • Flora Normal:

    • Mikroorganisma yang ditemukan pada organisma hidup termasuk manusia dan haiwan.

    • Tidak menyebabkan penyakit.

    • Lokasi penemuan:

    • Bahagian atas salur pernafasan.

    • Kulit.

    • Usus kecil.

    • Uretra (salur kencing).

  • Kepentingan Flora Normal:

    1. Persaingan dengan patogen:

    • Bersaing dengan patogen untuk mendapatkan nutrien dan menghalang pembentukan koloni patogen.

    1. Pembentukan vitamin:

    • Terdiri daripada bakteria yang mensintesiskan vitamin B12 dan vitamin K.

    1. Pertumbuhan tisu:

    • Merangsang pertumbuhan tisu badan.

    1. Pembentukan antibodi:

    • Merangsang pembentukan antibodi yang melawan patogen dan penyakit.

  • Patogen:

    • Mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.

Pengkelasan Mikroorganisma

FUNGI (KULAT)
  • Saiz:

    • Berbeza-beza dan lazimnya wujud berkoloni atau berkumpulan.

    • Dua jenis saiz:

    • Makroskopik:

      • Contoh: Cendawan.

      • Dapat dilihat dengan mata kasar.

    • Mikroskopik:

      • Contoh: Yis dan mukor.

      • Dapat dilihat dengan bantuan mikroskop.

  • Bentuk:

    • Unisel: Satu sel.

    • Contoh: Yis.

    • Multisel: Banyak sel.

    • Contoh: Mukor.

Nutrisi

  • Saprofit:

    • Memperoleh nutrien daripada organisma yang telah mati.

  • Parasit:

    • Memperoleh nutrien daripada organisma hidup/perumah.

    • Ciri:

    • TIDAK BOLEH MEMBUAT MAKANAN SENDIRI KERANA TIADA KLOROFIL.

Habitat

  • Kondisi:

    • Lembap dan gelap.

    • Tempat yang mempunyai bahan reput yang banyak seperti tinja, kulit haiwan dan makanan.

Cara Pembiakan

  • Aseks:

    • Tidak melibatkan pertukaran genetik antara sel/organisma yang lain.

    • Cara:

    • TANPA PERSENYAWAAN.

    • Contoh:

      • Pertunasan: Yis.

      • Pembentukan spora: Mukor dan cendawan.

      • Spora: Sel mikroskopik yang dibebaskan oleh sporangium (biji benih).

      • Spora dibawa oleh 'angin' dan di persekitaran yang sesuai akan bercambah tanpa persenyawaan.

      • Sporangium: Kantung spora.

  • Seks:

    • Melibatkan pertukaran genetik antara dua organisma/dua sel, dikenali sebagai PERSENYAWAAN GAMET BERLAKU.

    • Konjugasi: Mukor.

    • Berlakunya pertemuan hifa, menghasilkan gamet, dan persenyawaan gamet menghasilkan mukor yang baru.

ALGA (LUMUT)
  • Saiz:

    • Berbeza-beza.

    • Dua jenis saiz:

    • Makroskopik:

      • Contoh: Alga laut (seaweed, latok).

      • Dapat dilihat dengan mata kasar.

    • Mikroskopik:

      • Contoh: Chlamydomonas sp. dan spirogyra sp.

      • Dapat dilihat dengan bantuan mikroskop.

  • Bentuk:

    • Unisel: Satu sel, contohnya; Chlamydomonas sp.

    • Multisel: Banyak sel, contohnya; spirogyra sp.

  • Struktur asas:

    • Mempunyai klorofil (memberikan warna hijau).

  • Nutrisi:

    • Autotrof: Membuat makanan sendiri.

    • Proses: Disebabkan oleh kehadiran klorofil, alga menjalankan proses FOTOSINTESIS.

  • Habitat:

    • Air tawar, air masin, tanah lembap, dan kulit pokok yang terdedah kepada cahaya.

  • Cara Pembiakan:

    • Aseks:

    • Tidak melibatkan pertukaran genetik antara sel/organisma yang lain.

    • Cara:

      • Belahan dedua: Clamydomonas sp.

    • Seks:

    • Melibatkan pertukaran genetik antara dua organisma/dua sel, PERSENYAWAAN GAMET BERLAKU.

    • Konjugasi: Clamydomonas sp. dan spirogyra sp.

PROTOZOA AKUATIK
  • Saiz:

    • Berukuran antara 5µm - 250µm.

    • Dapat dilihat melalui mikroskop berkuasa rendah.

    • Lazimnya wujud berkoloni atau berkumpulan.

  • Bentuk:

    • Unisel: Satu sel, contohnya; amoeba sp. dan paramecium sp.

    • Bentuk: Seperti selipar.

    • Mempunyai rerambut halus: Silia.