Penyelidikan Saintifik dan Proses Penyelidikan Perniagaan

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, pelajar diharapkan dapat mencapai objektif berikut:

  1. Mengenal pasti lapan ciri utama penyelidikan saintifik.
  2. Membezakan antara dua proses pemikiran yang berbeza iaitu deduksi (deduction) dan induksi (induction).
  3. Membezakan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif.
  4. Mengetahui pelbagai peringkat saintifik dalam proses penyelidikan perniagaan.

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN SAINTIFIK (HALLMARKS)

Penyelidikan saintifik mempunyai lapan ciri utama yang membezakannya daripada pendekatan lain:

  • Purposive (Bertujuan): Penyelidikan yang mempunyai matlamat dan fokus yang jelas.
  • Rigour (Ketegasan/Ketelitian): Merujuk kepada asas teori yang kukuh dan metodologi yang berhati-hati.
  • Testability (Kebolehan Diuji): Hipotesis yang dibina mestilah boleh diuji melalui data.
  • Replicability (Kebolehan Direplikasi): Penemuan kajian boleh dihasilkan semula oleh pengkaji lain menggunakan kaedah yang sama.
  • Accuracy (Ketepatan): Tahap ketepatan data dan penemuan terhadap realiti.
  • Objectivity (Keobjektifan): Penemuan harus berdasarkan fakta daripada data, bukannya perasaan atau pandangan peribadi.
  • Generalizability (Kebolehan Digeneralisasikan): Sejauh mana dapatan kajian boleh diaplikasikan kepada populasi atau tetapan yang lebih luas.
  • Parsimony (Parsimoni): Keutamaan diberikan kepada penjelasan yang paling ringkas dan mudah.

PENERANGAN MENDALAM CIRI-CIRI PENYELIDIKAN SAINTIFIK

Purposive (Bertujuan)

Penyelidikan bertujuan, yang juga dikenali sebagai pensampelan penghakiman (judgmental) atau terpilih (selective sampling), melibatkan pemilihan peserta atau kes secara sengaja yang sangat relevan dengan soalan penyelidikan.

  • Pendekatan ini digunakan apabila penyelidik perlu mengumpul maklumat khusus daripada kumpulan sasaran yang memiliki ciri-ciri tertentu.
  • Creswell (2018) menekankan bahawa pensampelan bertujuan sangat berharga bagi kajian yang bertujuan meneroka fenomena tertentu atau mendapatkan pandangan mendalam daripada individu atau kumpulan spesifik.
  • Pendekatan ini membolehkan fleksibiliti dalam kaedah pengumpulan data, di mana penyelidik boleh menyesuaikan strategi pengumpulan data mengikut keperluan kajian dan ciri peserta.
  • Adaptabiliti ini penting untuk menangkap maklumat yang bermakna dan selaras dengan objektif penyelidikan.
Rigour (Ketelitian)

Penyelidikan saintifik yang teliti ditakrifkan oleh beberapa ciri utama yang memastikan kesahan (validity), kebolehpercayaan (reliability), dan kualiti keseluruhan kajian.

  • Ia bermula dengan soalan penyelidikan atau hipotesis yang ditakrifkan dengan jelas. Kejelasan ini membimbing keseluruhan kajian, daripada reka bentuk hingga analisis dan interpretasi keputusan.
  • Soalan penyelidikan mestilah spesifik, boleh diukur (measurable), dan relevan kepada bidang pengajian (Creswell & Creswell, 2017).
  • Pendekatan sistematik dalam metodologi penyelidikan adalah penting untuk mengekalkan ketelitian. Ini melibatkan pemilihan reka bentuk penyelidikan, kaedah pensampelan, dan teknik pengumpulan data yang sesuai.
  • Metodologi mestilah dirancang secara terperinci dan diterangkan dengan teliti supaya kajian tersebut boleh direplikasi oleh orang lain.
Testability (Kebolehan Diuji)

Ini merupakan ciri asas penyelidikan saintifik yang merujuk kepada keupayaan sesuatu hipotesis atau teori untuk dinilai melalui pemerhatian empirikal dan eksperimen.

  • Supaya sesuatu hipotesis dianggap boleh diuji, ia mestilah dibina sedemikian rupa sehingga ia boleh disahkan atau disangkal (refuted) melalui penyiasatan sistematik.
  • Ini melibatkan pendefinisian hipotesis dalam istilah yang boleh diukur, membolehkan penyelidik mengumpul dan menganalisis data untuk menentukan kesahihannya (Popper, 1959).
  • Hipotesis mestilah spesifik dan dioperasinalkan (operationalized), bermaksud pemboleh ubah yang terlibat mesti ditakrifkan dengan jelas dan boleh diukur.
  • Proses operasionalisasi ini melibatkan penetapan prosedur dan kriteria yang tepat untuk mengukur pemboleh ubah, bagi membolehkan keputusan yang tekal dan boleh direplikasi (Kerlinger & Lee, 2000).
Replicability (Kebole