LJM 1


 

     1.En Rashid, seorang asthmatic dibenarkan pulang dengan 2 jenis inhaler iaitu

              bronchodilator dan anti- inflammatory. Yang manakah di antara kenyataan berikut yang

              perlu anda masukkan dalam pendidikan kesihatan mengenai penggunaan kedua kedua

              inhaler ini?

 

A​Gunakan inhaler bronchodilator pada waktu siang dan inhaler anti –inflamatory

       ​​pada waktu malam.

​B​Gunakan inhaler anti-inflammatory selepas menggunakan inhaler bronchodilator

​C​Gunakan satu inhaler dalam satu masa kemudian selang seli dengan satu lagi

​D​Gunakan inhaler bronchodilator sahaja sehingga lawatan susulan.

 

2​Anda ditugaskan untuk mendapatkan spesimen sputum dari klien. Manakah tindakan

              kejururawatan yang berikut akan membantu anda dalam mendapatkan specimen tersebut?

 

A​Kurangkan pengambilan cecair

​B​Arahkan klien menarik nafas dalam tiga kali

​C​Suruh klien ludah ke dalam bekas specimen

​D​Suruh klien mengambil specimen selepas makan

 

3​Puan Maria dimasukkan ke wad Medikal kerana pneumonia. Anda telah mengenalpasti

             “klearans salur pernafasan tidak berkesan” sebagai masalah kejururawatan. Manakah

          ​diantara intervensi kejururawatan berikut yang paling sesuai untuk menggalakkan

              paru-paru berkembang?

 

A​Lakukan sedutan oral farinks

​B​Lakukan perkusi keatas klien

​C​Posisikan klien dalam kedudukan Fowler’s

​D​Galakkan pengambilan cecair sebanyak 2500 ml sehari

 

4.​En.Taufik mengalami loya dan muntah selepas rawatan dengan Ventolin Inhaler, Jururawat

              perlu

 

A​Berikan gurgle

​B​Perhatikan En. Taufik dari Kaunter Jururawat

​C​Berada di sisi En.Taufik semasa beliau muntah

​D​Beri bekas muntah kepada En.Taufik dan teruskan tugas anda.

 

5​Semasa melakukan penyedut nasofarins, anda terdengar penggera pulse oximeter

              berbunyi, Bacaan pulse oximeter adalah 86%. Intervensi kkejururawatan anda adalah

 

A​Hentikan penyedut dan beri oksigen kepada pesakit

​B​Keluarkan kateter penyedut dan arah pesakit batuk

​C​Teruskan penyedutan untuk 10 – 15 saat dan kemudian keluarkan kateter

​D​Biarkan kateter in situ dan tunggu beberapa saat sebelum teruskan sedutan

 

 

 

 

 

 

 

6​Seorang klien berusia 45 tahun terlebih berat badan 10kg, beliau mengadu kerap mebuang

             air kecil, terlalu ras haus dan kerap lapar. Aduan aduan ini menunjukkan klien

             berkemungkinan besar mengalami

 

A​Diabetes Insipidus

​B​Cushing Syndrome

​C​Diabetes Mellitus

​D​Thyrotoxicosis

 

 

7​Keputusan HbA1C seorang klien adalah 8%. Pendidikan kesihatan utama yang perlu di

             berikan kepada klien adalah

 

A​Menguji glukos darah sendiri

​B​Lakukan pemeriksaan kaki setiap hari

​C​Mengambil agen hypoglycaemic secara regular

​D​Makan makanan terapeupik seperti dinasihatkan

 

 

8​Jururawat telah memasukkan kateter Foley Indwelling untuk Puan Kathy dan

              mengembangkan belon dengan udara. Beliau serta merta mengadu sakit. Tindakan

              kejururawatan yang terbaik ialah

 

A​Mengeluarkan 1 ml udara dari belon kateter

​B​Mengempiskan belon dang anti dengan kateter yang lain

​C​Memberitahu klien keadaan kurang selesa adalah sementara

​D​Mengempis belon dan masukkan kateter lebih dalam ke dalam pundi kencing

 

9​Salah satu daripada arahan pemakanan untuk klien yang mengeluarkan batu karang

              yang mengandungi calcium oxalate melalui kencing adalah

 

A​Mengelak buah –buahan citrus dan jus citrus

​B​Menambah pengambilan hasilan tenusu

​C​Mmengelak sayuran hijau seperti bayam

​D​Menambah pengambilan daging, ikan , kuma dan tomato

 

10​Pesakit kegagalan renal perlu menghadkan pengambilan cecair. Jika jumlah output

             urin dalam 24 jam adalah 750 ml, berapakah jumlah cecair yang patutu beliau ambil?

 

A​750 ml

​B​1000 ml 

​C​1250 ml

​D​1750 ml

 

11​Masa sarapan klien anda adalah pada jam 9.00 pagi. Anda akan memberi suntikan

              short-acting insulin pada

 

A​7.30 pagi

​B​8.00 pagi

​C​8.30 pagi

​D​9.00 pagi

 

12​En. Lim dijadualkan untuk menjalani parasintesis untuk ascites akibat cirrhosis of liver.

              yang mana satukah baringan yang sesuai digunakan?

A​Rekumben

​B​Lateral kiri

​C​Bentuk C

​D​Semi-Fowler’s

 

13​Di antara data berikut, yang mana kah menunjukkan klien dengan hepatitis mengalami

              kerosakan hepar?

 

A​Jaundis

​B​Sakit kepala

​C​Hiperpireksia

​D​Loya dan muntah

 

 

14​Tanggungjawab jururawat terhadap pesakit dewasa yang menerima Total Parental Nutrition

              adalah untuk mengesan komplikasi metabolic berikut

 

A​Hyperkalemia dan hypercalcemia

​B​Hyperglycemia dan hypokalemia

​C​Hypoglycemia dan hypercalcemia

​D​Hyperglycemia dan hyperkalemia

 

 

15​En. Ahmad yang dipasangkan tiub nasogastrik mengalami distensi andomen. Didapati tidak

              terdapat pengaliran dari tiub nasogastrik. Apakah langkah pertama perlu anda perlu ambil?

 

A​Ukur lilitan abdomen dengan kerap

​B​Keluar dan masukkan semula tiub nasogastrik

​C​Lakukan irigasi tiub nasogastrik dengan normal saline

​D​Membetulkan tiub nasogastrik dan lakukan aspirasi gaster

 

16​Seorang klien di wad anda disahkan mengalami Methicillin-Resistent Staphylococcus Aureus

              (MRSA) pada lukanya. Langkah yang diambil untuk mengelakkan infeksi silang berlaku di

              wad termasuk

 

A​Arah semua jururawat memakai mask dan sarung tangan setiap kali masuk ke bilik

​B​Arah semua dressing yang tercemar ke dalam beg buangan klinikal​

​C​ Arah klien mencuci tangan kerapkali

​D​Cuci luka tiga kali sehari

 

17​Seorang pesakit yang disyaki mengidap kolera dimasukkan ke wad anda. Intervensi

              kejururawatan untuk beliau termasuk berikut KECUALI

 

A​Mengamalkan perawatan pengasingan

​B​Beri vaksin kolera setiap hari untuk 3 hari

​C​Beri penggantian cecair dan elektrlit dengan cepat

​D​Laporkan kepada Jabatan Kesihatan selepas kepastian diagnosisnya

 

18​Berapakah isipadu suntikan Sreptomycin yang perlu diberi kepada seorang pesakit  

              tuberculosis  yang memerlukan 750mg dari 5 gram dalam vial 10 ml?

 

A​0.5 ml

​B​1.5 ml

​C​3.75 ml

​D​7.5 ml

 

19​En Lim yang telah mengambil Chloroquine sebagai profilaksi mengalami demam.

              Apakah nasihat yang anda akan beri kepada beliau?

 

A​Beritahu klien ubat perlu ditukar

​B​Teruskan medikasi seperti dinasihatkan oleh doctor

​C​Hentikan medikasi kerana ini adalah kesan sampingan

​D​Ambil lebih satu dos medikasi bila suhu badan meningkat

 

 

 

20​Di antara intervensi berikut, yang manakah paling sesuai untuk merawat pesakit demam

              denggi berdarah

 

​A​Membantu dalam ppenjagaan kebersihan 

​B​Mengekalkan nutrisi yang mencukupi

​C​Memantau paras platlet

​D​Memberi demahan sejuk

 

21​Pesakit yang sedang pulih dari myocardial infectionmengalami sakit dada dengan

             nadi yang irregular semasa jururawat melakukan ambulasi kepada beliau. Apakah tindakan

             kejururawatan yang paling selamat untuk membawa pesakit ke katilnya?

 

A​Dengan bantuan stretcher

​B​Dengan bantuan kerusi roda

​C​Ambulasi ke katil dengan seorang pembantu

​D​Teruskan dengan ambulasi sehingga lengkap 

 

 

22​Pesakit dengan kegagalan jantung perlu mendapat diuretic setiap hari. Bilakah waktu

              yang paling sesuai untuk diberi ubat ini?

 

A​Awal lagi

​B​Bila bila masa

​C​Semasa tengahari

​D​Sejurus sebelum tidur

 

23​En Que mengalami hipokalaenia yang teruk akibat muntah berlebihan. Cara terapi ganti

              potassium yang berkesan ialah

 

​A​Suntikan intra otot

​B​Intravene bolus

​C​Infusi intravena

​D​Secara oral

 

24​Penyakit jantung congenital yang menyebabkan cyanosis semasa rehat adalah

 

A​Tetralogy of fallot

​B​Pulmonary stenosis

​C​Coarctation of aorta

​D​Patent ductus arteriosus

 

25​Seorang pesakit tiba tiba rebah dan memerlukan resusitasi kardiopulmonari. Apakah

              Intervensi kejururawatan seterusnya selepas memposisikan pesakit dengan betul?

 

A​Memberi 2 ventilasi

​B​Meninggikan sedikit kepala

​C​Membuka salur pernafasan

​D​Melakukan kompresi dada sebanyak 15 kali

 

 

 

26​Asesmen serta merta kejururawatan untuk klien yang mengalami serangan myocardial

              Infaction akut adalah mendapatkan

 

​A​Sejarah pemakanan 

​B​Sejatah pembedahan

​C​Kejadian kesakitan restrosternal

​D​Sejarah keluarga yang mengalami hipertensi

 

27​Apabila melakukan sesmen untuk klien yang mengalami Rheumatic Heart Disease data

             yang manakah akan anda perolehi?

 

A​Sejarah merokok

​B​Sejarah klien mengalami perdarahan

​C​Tekanan darah klien yang tidak menentu

​D​Sejarah mengalami infeksi upper respirotary tract

 

28​Intervansi kejururawatan untuk mencegah sakit kepala selepas lumbur puncture ialah

 

             A​ Lakukan demahan sejuk

​B​Elak chaya yang terang

​C​Kekalkan posisi supine untuk 6 jam

​D​Paantau tekanan darah setiap 2 jam

 

29​Natasha, seorang klien leukemia yang telah menjalani aspirasi sum-sum tulang mengalami

              Thrombocytopenia . Pendidikan kesihatan yang diberikan kepada keluarga Natasha semasa

              discaj adalah

 

A​Galak pengambilan cecair untuk 3 hari

​B​Ambil suhu badan klien setiap hari selama satu minggu

​C​Elakkan memberi acetaminophen (Tylenol) untuk ketidakselesaan

​D​Perhatikan lokasi punktur untuk tanda perdarahan selama beberapa hari

 

 

30​Yang mana satukah tindakan kejururawatan yang perlu diambil dalam pemberiaan iron

              parenteral?

 

A​Menggunakan jarum saiz 25 gauze

​B​Masukkan jarum 1 inci ke dalam otot

​C​menggunakan teknik Z track semasa pemberian ubat

​D​Urut bahagian suntikan untuk menggalakn penyerapan

 

31​Apakah intervensi kejururawatan yang paling utama dalam tranfusi darah?

 

A​Mengenapasti klien

​B​Mengawal tanda vital

​C​Mengekalkan suhu darah

​ D​MMengawalatur kadar aliran

 

32​Tindakan kejururawatan bagi meningkatkan keselesaan pesakit yang mengalami kesakitan

              kerana appendicitis adalah

 

A​Dudukan pesakit tegak di kerusi

​B​Bengkokkan lutut kanan pesakit

​C​Baringkan pesakit di sebelah kirinya 

​D​Galakkan pesakit baring dalam posisi pron

 

 

 

33​ Intervensi kejururawatn yang paling bersesuaian bagi mengurangkan komplikasi edema pos

​operatif dan kesakitan selepas inguinal hernioraraphy adalah

 

A​ Mengampu zakar dengan cawat

​B​Mengampu bahagian insisi semasa atuk

​C​Pakai truss ke bahagian hernia

​D​Membenarkan pesakit berdiri ketika membuang air

 

34​Pendidikan kesihatan untuk klien yang menjalani coronary artery bypass grafting (CABG)

​sebelum discaj adalah 

 

A​Boleh memandu selepas 3 hari

​B​Berjalan di sekeliling rumah selepas 3 hari

C​Mulakan semula aktiviti seksual selepas seminggu

D​Menjadi penumpang dalam kereta selepasas seminggu

 

35​En Hassan sisyaki mengalami kecedaraan di kepala dan leher. Beliau dalam keadaan tidak

​sedarkan diri. Langkah kecemasan untuk mengekalkan patensi salur pernafasan ialah

 

A​Lakukan jaw-thrust manoeuvre

​B​Lakukan head-tilt-chin-lift manoeuvre

​C​Letakkan pasakit dalam barangan pemulihan

​D​Sediakan pesakit untuk endotracheal intubation

 

 

 

36​Myringotomy kiri telah dilakukan ke atas klien. Klien mengadu terdapat discaj dari telinga

             tersebut. Intervensi kejururawatan anda adalah

 

A​ Beritahu Doktor

​B​Pantau keluaran discaj

​C​Sumbat telinga dengan kapas

​D​Baring di sisi tidak terlibat

 

37​Yang mana di antara formula berikut sesuai digunakan untuk mengira peratus

​kebakaran pada kanak-kanak.

 

A​Palm method

​B​Concensus formula

​C​ Wallace rules of nine

​D​Lund dan Browder chart

 

38​Klien dimasukkan ke wad kebakaran yang teruk. Pelan jagaan perawatan bedasarkan

​pengetahuan pada 24 – 48 jam pertama pos kebakaran ialah

 

A​Perfusi renal berlebihan dengan disresis

​B​Kehilangan cecair berlebihan ke atmosfera

​C​Cecair berpindah dari plasma ke ruang interstitial

​D​Peningkatan jumlah isipadu plasma intravascular

 

39​Kebakaran third degree melibatkan kerosakan pada lapisan kulit yang berikut

 

A​Epidermis

​B​Epidermis dan seluruh dermis

​C​Epidermis, seluuh dermis dan lapisan subkutaneus

​D​Epidermis dan seluruh dermis, lapisan subkutaneus, otot dan tulang

 

 

 

40​Pembedahan modified radical mastectomy sebelah kanan telah dijalankan ke atas

​Puan Tan pada waktu pagi. Senaman yang Puan Tan boleh laukuan pada waktu petang ialah

 

A​Senaman pada tangan kiri sahaja

​B​Senaman menyikat rambut dengan tangan kanan

​C​Senaman memanjat dinding dengan tangan kanan

​D​Pergerakan jari-jemari dan pergelangan tangan kanan

 

41​Intervensi anda apabila pesakit enggan melakukan senaman pernafasan dalam selepas

​pembedahan ialah

 

A​Hormati keadaan pesakit

​B​Minta doktor paksa pesakit

​C​Rayu pada pesakit untuk bekerjasama

​D​Terangkan kepentingan senaman pernafasan dalam

 

 

 

42​Salah satu pendidikan pra-operatif yang paling penting untuk klien yang di jadualkan

​untuk pembedahan kolesistektomi​

 

A​Mengajar senaman kaki

​B​Mengajar senaman batuk dan pernafasan dalam

​C​Memastikan klien faham tentang prosedur pembedahan

​D​Memberi arahan mengenai menghad pengambilan cecair

 

43​Apakah imunisasi yang perlu diberkan kepada bayinya yang berusia 2 bulan?

 

A​BCG dan Hepatitis B

​B​Dtap + Hib dan IPV

​C​BCG, Dtap + Hib dan IPV

​D​Hepatitis B, Dtap + Hib dan IPV

 

44​Nasihat yang perlu diberi kepada ibu tentang jagaan tempat suntikan BCG ialah

 

A​Jangan pecahkan pustules yang terbentuk

​B​Lakukan demahan panas ke atas bekas suntikan 2 kali sehari

​C​Sapu sedikit bedak pada suntikann selepas mandikan bayi

​D​Cuci tapak suntikan dengan sabun lembut semasa mandikan bayi

 

45​Joanne, berusia 4 bulan boleh mengawal kepalanya sebelum meniarap. Prinsip

​perkembangan yang menerangkan perkembangan Joanne ialah

 

A​Proses perkembangan adalah berterusan

​B​Perkembangan bermula dari am ke spesifik

​C​Terdapat perbezaan dalam kadar perkembangan

​D​Arah perkembangan adalah haluan cephalocaudal

 

46​Aktiviti yang menunjukkan pencapaian adaptif Hazizi yang berumur 3 tahun adalah

​normal ialah kebolehan beliau

 

A​Meniru tanda pangkah

​B​Melukis rajah empat segi

​C​Membina menara dengan 10 kuib

​D​Menggunakan ibu jari dan jari telunjuk

 

 

 

47​Perkembangan pendengaran bayi berusia 3 bulan ialah

 

​A​ Mencari arah bunyi

​B​Menyahut panggilan nama

​C​Memusing kepala kearah bunyi

​D​Terkejut apabila mendengar bunyi

 

 

 

 

 

48​Semasa lawatan ke klinik pada 23..2.2022, berat badan Intan yang berumur 6 bulan berada

              di garisan  - 2SD. Bilakah tarikh yang akan anda beri untuk lawatan akan datang?

 

​A​22.3.2011

​B​05.4.2011

​C​21.4.2011

​D​23.5.2011

 

49​Nasihat yang perlu diberikan kepada ibu yang mempunyai anak yang mengalami kurang

​berat badan (KBB) ialah 

 

​A​Datang ke klinik setiap 3 bulan

​B​Beri anak makanan 3 kali sehari

​C​Elak menggunakan minyak dalam makanan anak

​D​Sukatan makanan yang sesuai mengikut peringkat umur

 

50​Perkara penting yang perlu dipertimbangkan apabila memperkenalkan makanan pelengkap

​kepada bayi berumur 6 bulan ialah

 

​A​Bijirin amat digalakkan

​B​ Makanan baru diperkenalkan satu perstu

​C​Sayur-sayuran di perkenalkan sebelum daging

​D​Buah-buahan dan sayur-sayuran diperkenalkan selang seli  

 

51​Berat badan lahir Raviialah 2.8kg. Berapakah berat badan normal yang dijangkakan bayi Ravi

​semasa berumur 6 bulan?

 

​A​4.8 kg

​B​5.6 kg

​C​7.0 kg

​D​8.4 kg

 

52​Jenis lawatan rumah yan gdijalankan ke atas bayi yang dilahirkan pramasa adalah

​diklasifikasikan sebagai lawatan

 

​A​Khas

​B​Primer

​C​Tertiary

​D​Sekunder

 

53​Nasihat yang diberikan kepada ibu selepas dipasangkan alat dalam rahim (IUCD) ialah

 

​A​Datang ke klinik setiap bulan

​B​Memeriksa pad bila perlu semas haid

​C​Menukar alat dalam rahim setiap tahun

​D​Memeriksa benang IUCD pada akhir haid

 

 

 

 

 

54​Tindakan kejururawatan bagi kanak-kanak berusia 1 tahun yang mengalami penurunan berat

​badan 2 kali berturut-turut ialah

 

​A​Berikan syrup Zentel 10 ml stat

​B​Beri tarikh susulan ke klinik 3 bulan sekali

​C​Tangguhkan pemberian imunisasi yang dijadualkan

​D​Temubual ibu mengenai pemakanan dan tahap kesihatan anak

 

55​Semasa asesmen anda dapati bahawa Yusnifa yang berumur 3 bulan masih mempunyai

​reflex genggam yang kuat. Apakah keadaan yang mungkin dialami Yusnifa?

 

​A​Erb’s palsy

​B​Cerebral palsy

​C​Down’s syndrome

​D​Tumer’s syndrome

 

56​Nasihat yang diberi kepada wanita yang mengalami loya dan muntah selepas mengambil

​pil kontraseptif buat kali pertama ialah

 

​A​Berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan

​B​Mengambil pil bersama makanan pada bila bila masa

​C​Hentikan pengambilan pil dan tukar ke kaedah lain

​D​Memberitahu beliau ia adalah perkara biasa pada permulassn

 

57​Ukuran lilitan kepala bagi bayi baru lahir ialah 35cm, 34cm, 32cm,35cm, 32cm, 33cm

​32cm, 34cm, 32cm dan 35cm. nila mode ukuran lilitan kepala bayi-bayi ini ialah

 

​A​32cm

​B​33cm

​C​34cm​

​D​35cm

 

58​Bacaan tekanan diastolic darah pesakit ialah 120mmHg, 90mmHg, 100mmHg,

​80mmHg,100mmHg,110mmHg. Kiraan media daripada tekanan darah ini ialah

 

​A​80 mmHg

​B​90 mmHg

​C​100 mmHg

​D​120 mmHg

 

59​Kaedah yang paling sesuai untuk pengumpulan data semasa menjalankan kajian berkaitan

​dengan teknik laktasi ialah

 

​A​Temubual

​B​Questionnaire

​C​Pemerhatian

​D​Semakan rekod

 

 

 

 

60​Jadual kedatangan ke klinik bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 1 tahun ialah

 

​A​Setiap bulan

​B​Setiap 2 bulan

​C​Setiap 3 bulan

​D​Setiap 6 bulan

 

 

61​Toddler adalah kanak-kanak yang berumur

 

​A​0  - 1 tahun

​B​1 tahun -  2 tahun

​C​3 tahun -  5 tahun

​D​2 tahun – 5 tahun

 

 

62​Purata lilitan kepala bayi semasa lahir adalah

 

​A​34.8 cm – 35.0 cm

​B​34.5 cm – 34.8 cm

​C​35.0 cm – 35.2 cm

​D​35.4 cm – 35.6 cm

 

63​Fontanel anterior bayi tertutup pada umur

 

​A​12 – 15 bulan

​B​12 – 16 bulan

​C​12 – 18 bulan

​D​12 – 19 bulan

 

64​Lilitan kepala semasa lahir adalah

 

​A​32 cm

​B​34 cm

​C​33 cm

​D​35 cm

 

65​Bayi boleh mnengawal leher dengan sepenuhnya pada umur

 

​A​3 bulan

​B​6 bulan

​C​3 minggu

​D​6 minggu

 

66​Jika kanak kanak tidak dapat mencapai sesuatu perkembangan pada umur yang

 ​ditentukan iaitu jangkamasa normal, rujuk kanak kanak tersebut selepas tempoh

 

​A​1 bulan

​B​2 bulan

​C​3 bulan

​D​4 bulan

 

67​Teknik menguji memegang dengan ibu jari dan jari telunjuk ialah

 

​A​Beri kanak kanak satu kuib, perhatikan bagaiman iamengambilnya

​B​Beri kanak kanak sebarang alat permainan dan perhatikan bagaimana ia

​​mengambilnya

​C​Letakkan sebiji bola kecil di hadapanya dan perhatikan bagaimana memegang

​​bola tersebut

​D​Jatuhkan sebiji buah kismis di hadapan kanak kanak dan perhatikan dia

​​mengambil kismis menggunakan ibu jari dan jari telunjuk

 

 

68​Menyebut dua perkataan selalunya dapat dilakukan oleh kanak kanak yang berumur

​Antara

 

​A​14 – 18 bulan

​B​14 – 20 bulan

​C​ 14 – 22 bulan

​D​14 – 26 bulan

 

69​Kesediaan mental dalam perkembangan pertuturan bermaksud

 

​A​Kanak kanak boleh bertutur dengan lancer

​B​Boleh bertanya soalan soalan dengan baik 

​C​Masa yang paling sesuai untuk di ajar bertutur

​D​Kematangan di bahagian association dalam otak

 

70​Kebolehan menukar kuib dari satu tangan ke satu tangan berlaku kerana wujudnya

 

​A​Deria rasa yang baik

​B​Penglihatan yang baik 

​C​Kerugiaan bayi ang baik

​D​Perkembangan tanggapan yang baik

 

71​Bidang bidang perkembangan yang dijalankan penilaian ialah seperti berikut

 

​​​i​Emosi dan sahsiah

​​​ii​Motor kasar dan otor halus

​​​iii​Bahasa dan sosial peribadi

​​​iv​Motor kasar dan sosial peribadi

​A​i

​B​i dan ii

​C​ii dan iii

​D​I,ii,iii dan iv

 

72​Anak Puan Aina diber suntikan vaksin MMR untuk melindungi dari jangkitan

 

​A​Campak , dipteria dan polio

​B​Beguk, rubella dan polio

​C​Campak, dipteria dan rubella

​D​Campak, mumps (beguk) dan rubella

 

73​Rangkaian sejuk (Cold Chain) ialah

 

​A​Sistem mengangkut, mengedar dan menyimpan vaksin dalam keadaan poten

​B​Vaksin dibeli dari pembuanya dann diangkat melalui udara ke pusat pembekal

​C​Vaksin diedarkan melalui jalan raya atau udara ke pejabat kesihatan / klinik

​​Kesihatan / klinik desa

​D​Sistem mengangkut, mengedar dan menyimpan vaksin dalam keadaan poten

​​bermula dari tempat pembuatnya hingga ketempat penggunaanya pada suhu yang

​​ditetapkan.

 

74​Jadual imunisasi bayi  pada umur 2 bulan ialah

 

​A​BCG, Hepatitis B

​B​Hep B dos 1, IPV dos 1

​C​Dtap, Hib dos 1 dan IPV dos 1

​D​Dtap, Hib dos 1 dan Hep B dos 1

 

75​Lily bersekolah dalam darjah satu di SR Kebangsaan Bangi. Jenis imunisasi yang perlu

​Diterimanya ialah

 

​A​BCG, DT, OPV

​B​BDT, OPV, MMR

​C​BCG sekiranya tiada parut dan MMR

​D​BCG sekiranya tiada parut, DT, OPV dan MMR

 

76​Dalam perubahan fizikal otot di mana kekurangan potassium otot menjadi

 

​A​Lemah

​B​Koyak

​C​Tegang

​D​Kejang

 

77​Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi

 

​A​Kabohiderat, zat galian

​B​Protin, vitamin dan kabohiderat

​C​Kabohiderat, protin dan vitamin

​D​Kabohiderat, protin, zat galian dan vitamin

 

78​Kekurangan zat besi dalam makanan akanmengakibatkan keadaan

 

​A​Scurvy

​B​Anaemia

​C​Marasmus​

​D​Rabun malam

 

 

 

 

 

79​Cara yang sesuai bagi memberikan kasih sayang kepada warga tua adalah

 

​​​i​Galakkan mereka bersiar siar

​​​ii​Layanan yang baik terutama ketika uzur

​​​iii​Keadaan persekitaran yang memuaskan

​​​iv​Fahami kehendak mereka dengan bersabar

 

​A​i, ii, dan iii

​B​i, iii, iv

​C​ii, iii, dan iv

​D​I, ii, iii dan iv

 

80​Bekalan air bersih adalah penting bagi kehidupan harian bagi mengelak daripada

 

​A​Taun​

​B​Demam denggi

​C​Demam malaria

​D​Keracunan makanan

 

 

81​Puan Jalilah membawa anaknya berummur 5 bulan ke klinik kkanak kanak. Jenis

​imunisasi yang perlu diberikan adalah

 

​A​OPV sahaja

​B​Dtap, Hib dos 3dan IPV dos 3

​C​Dtap, Hib dos 3 dan IPV dos 3

​D​Hep B dos 3, Dtap + Hib dos 3 dan IPV dos 3

 

82​Jangka masa normal bagi pencapaian perkembangan ‘mencapai objek’ ialah

 

​A​3 bulan – 4 bulan

​B​3 bulan – 5 bulan

​C​3 bulan – 6 bulan

​D​3 bulan – 9 bulan

 

83​Jangka masa normal bagi mencapai perkembangan menyebut ‘ mama – papa’ secara

​khusus ialah 

 

​A​8 bulan - 9 bulan

​B​9 bulan – 10 bulan

​C​9.5 bulan – 12.5 bulan

​D​9.5 bulan – 13.5 bulan

 

84​Dalam perkembangan sosial peribadi, tanda awal kelewatan pada kanak kanak berumur

​2 bulan ialah

 

​A​Berkukur dan memekik

​B​Tidak membalas senyuman

​C​Tidak minat terhadap persekitaran

​D​Merenung muka ibu sekali sekala

 

 

85​Garis penilaian dibuat adalah untuk

 

​A​Menentukan umur kanak kanak

​B​Memudahkan prosedur penilaian

​C​Menentukan alat ujian yang diperlukan

​D​Menentukan aspek perkembangan yang perlu diuji

 

86​Faktor yang mempengaruhi pembentukan antibody ialah

 

​​​i​umur semasa diberi imunisasi

​​​ii​Potensi vaksin yang disuntik atau diberikan

​​​iii​Kadar penyebaran antigen dari tempat suntikan

​​​iv​Bilangan suntikan serta jarak masa diantaranya

​

​A​i, ii dan iii

​B​i, iii dan iv

​C​ii, iii dan iv

​D​i, ii, iii dan iv

 

 

87​Prosedur penyaringan berikut dilakukan kepada murid murid darjah Satu

 

​​​i​Ujian mantoux

​​​ii​Ujian penglihatan

​​​iii​Ujian pendengaran

​​​iv​Pemeriksaan am fizikal

 

​A​i, ii dan iii

​B​i, iii dan iv

​C​ii, iii dan iv

​D​i, ii, iii,dan iv

 

88​Fungsi Jururawat Kesihatan Awam termasuk penjagaan

 

​​​i​Kawalan penyakit berjangkit

​​​ii​Kesihatan kanak kanak 0 -6 tahun

​​​iii​Kesihatan wanita atau kesihatan reproduktif

​​​iv​Pengendalian kanak kanak khas

 

​A​i, ii dan iii

​B​i, iii dan iv

​C​ii, iii dan iv

​D​i, ii, iii dann iv

 

89​Vaksin Hepatitis B, IPV, Campak dan Rubella disimpan dalam peti ais dirak

 

​A​Bawah bahagian pembeku

​B​Rak atas

​C​Rak tengah

​D​Rak bawah

 

90​Kanak kanak berumur 5 tahun boleh melakukan semua yang berikut kecuali

 

​A​Melukis orang 3 bahagian

​B​Menamakan sekurang kurangnya 4 warna

​C​Membezakan waktu pagi dan petang

​D​Menanggalkan dan memakai baju dengan cermat

 

91​Kanak kanak pandai mengatur pembuangan air besar dan air kecil pada peringkat umur

 

​A​1 ½ tahun

​B​2 tahun

​C​2 ½ tahun

​D​3 tahun

 

92​Vaksin campak dan rubella yang telah dicampurkan dengan pencair hendaklah digunakan

​dalam tempuh

 

​A​4 jam

​B​6 jam

​C​8 jam

​D​24 jam

 

 

93​Semasa menguji perkembangan adaptif kanak kanak berumur 1 tahun anda boleh

​melakukan perkara berikut

 

​A ​Letakkan kuib kedua dua belah tangannya dan galakkan dia mengetuk kuib tersebut

​B​Galakkan kanak kanak menyusun kuib bertingkat tingkat

​C​Beri satu buku dan galakkan dia membuka muka surat satu persatu

​D​Berikan beberapa kuib kepada bayi dan galakkan dia meletakkan kuib kedalam bekas

 

94​Laktasi dipengaruhi oleh hormone

 

​A​ Pitocin

​B​Oksitosin

​C​Estrogen

​D​Progesterone

 

95​Makanan tambahan dimulakan semasa bayi berumur

 

​A​2 – 3 bulan

​B​4 – 6 bulan

​C​7 – 9 bulan

​D​10 – 12 bulan

 

 

 

 

 

 

96​Adik Ali, pelajar Darjah 2 mengidap penyakit  ‘mumps’. Dia diberi cuti supaya tinggal

​Dirumah sehingga penyakitnya sembuh. Apakah tujuan tindakan tersebut?

 

​A​Membolehkan jagaan rapi oleh ibunya

​B​Mengelakkan jangkitan merebak

​C​Mengurangkan beban kerja sekolah

​D​Membolehkan rehat secukupnya

 

97​Puan Diana yang telah melahirkan seorang bayi 3 hari yang lalu mengalami sembelit.

​Beliau memberitahu budaya beliau melarang memakan sayur sayuran dan minum banyak air

​sepanajang tempoh berpantang. Apakah intervensi anda?

 

​A​Syorkan kepada beliau menggunakan enema

​B​Nasihat beliau mengambil makanan lain yang tinggi serat

​C​Menekan kepada beliau supaya mengikkut arahan doctor

​D​Kenalkan beliau kepada klien yang sama etnik untuk memujuk beliau makan sayur

​​sayuran dan minum air

 

98​Adlin telah daang ke klinik dan diberi imunisasi Dtap + Hib, IPV dos 3. Berapakah umur

​Adlin ketika itu?

 

​A​2 bulan

​B​3 bulan

​C​4 bulan

​D​5 bulan

 

99​Tujuan terapi gentian estrogen bagi wanita menopausal adalah berikut KECUALI

 

​A​Mengurangkan risiko fraktur

​B​Merangsangkan aktiviti oeseoblas

​C​Mengurangkan kehilangan bone mass

​D​Mengekalkan ketumpatan (density) tulang