malay: kebaikan membaca buku
Apakah kebaikan membaca buku?
What are the benefits of reading books?
1. Mempelajari lebih banyak tatabahasa.
Learn more grammar.
Menolong cara menulis karangan dan cara menggunakan dalam pertuturan.
Helps with writing essays and using them in speech.
2. Memahami dan berfokus dalam buku yang kita baca.
Understand and focus on the book we read.
3. Meningkatkan memori kita serta menguatkan fikiran.
Improve our memory and strengthen our mind.
4. Menambahkah ilmu pengetahuan dan boleh menolong kita mengulang kaji atau memahami bacaan itu.
Increases knowledge and can help us review or understand the reading.
5. Meningkatkan/menambah kegunaan bacaan/bahasanya.
Improves/increases the usefulness of reading/language.
6. Ia boleh mengurangkan tekanan/memberi tenangan.
It can reduce stress/give us peace.
7. Kadang-kadang ia menghidupkan imaginasi kita semasa membaca.
Sometimes it activates our imagination while reading.
8. Semakin membaca, ia akan membuat kita menjadi matang terutama sekali dalam pemikiran kita.
The more we read, the more mature we become, especially in our thinking.
Karangan
Membaca buku ialah satu amalan yang sangat bermanfaat kepada semua orang. Melalui aktiviti membaca, kita dapat menambah ilmu pengetahuan dan memperkaya fikiran. Amalan ini perlu diterapkan sejak kecil kerana banyak kebaikan dapat diperoleh daripadanya.
Reading books is a practice that is very beneficial to everyone. Through reading activities, we can increase our knowledge and enrich our minds. This practice should be practiced since childhood because many benefits can be obtained from it.
Antara kebaikan membaca buku ialah kita dapat mempelajari lebih banyak tatabahasa. Hal ini membantu kita menulis karangan dengan lebih baik dan bertutur dengan lebih lancar. Selain itu, membaca juga membantu kita memahami isi buku dengan lebih mendalam dan melatih daya fokus.
Among the benefits of reading books is that we can learn more grammar. This helps us write better essays and speak more fluently. In addition, reading also helps us understand the contents of the book more deeply and train our focus.
Membaca dapat meningkatkan memori dan menguatkan fikiran. Ia juga menambah ilmu pengetahuan yang boleh membantu kita semasa mengulang kaji pelajaran. Di samping itu, membaca boleh mengurangkan tekanan dan memberi ketenangan kepada minda.
Reading can improve memory and strengthen our minds. It also adds knowledge that can help us when reviewing lessons. In addition, reading can reduce stress and give peace to the mind.
Kadangkala membaca dapat menghidupkan imaginasi kita. Semakin banyak kita membaca, semakin matang cara kita berfikir dan membuat keputusan. Oleh itu, membaca dapat membentuk peribadi yang lebih baik.
Sometimes reading can revive our imagination. The more we read, the more mature our way of thinking and making decisions. Therefore, reading can form a better personality.
Kesimpulannya, membaca buku membawa banyak manfaat kepada kita semua. Oleh itu, kita harus menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian daripada kehidupan harian supaya kita menjadi individu yang berilmu dan berjaya.
In conclusion, reading books brings many benefits to all of us. Therefore, we should make the practice of reading a part of daily life so that we become knowledgeable and successful individuals.