Nota Sejarah Tingkatan 2 KSSM: Kerajaan Alam Melayu

Konsep Alam Melayu

  • Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia.

  • Dikenali dengan pelbagai istilah seperti Kepulauan Melayu dan Dunia Melayu.

  • Istilah berbeza mengikut peredaran zaman.

  • Dahulu, gugusan tanah luas yang menghubungkan daratan dengan kepulauan dikenali sebagai Pentas Sunda.

  • Kawasan Pentas Sunda mempunyai ciri fizikal dan hidupan yang hampir sama.

  • Manusia berkongsi tamadun yang sama (kepercayaan, asal usul keturunan, bahasa, budaya, masyarakat).

  • Konsep Alam Melayu dilihat dari sudut geografi, bahasa dan budaya.

/

Geografi

  • Pendapat tokoh tempatan dan luar negara mengenai geografi Alam Melayu:

    • Malaysia

    • Indonesia

    • Singapura

    • Brunei

    • Filipina

    • Selatan Thailand

    • Selatan Myanmar

    • Selatan Indochina

  • Alam Melayu sebahagian daripada Asia Tenggara.

  • Tokoh:

    • Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ahli arkeologi): meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan.

    • Abdul Hadi Haji Hassan (ahli akademik): lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand.

    • Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr.) Ismail Hussein (ahli bahasa dan budayawan): meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina.

    • Alfred Russel Wallace (sarjana Barat): meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea.

    • Profesor Dr. Ding Choo Ming (pengkaji manuskrip Melayu): meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina.

Bahasa

  • Bahasa serumpun dikaitkan dengan bahasa Melayu.

  • Bahasa Melayu tergolong dalam bahasa Austronesia (200 bahasa di Alam Melayu).

  • Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar (tokoh bahasa): bahasa serumpun mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi. Persamaan dikenal pasti melalui kata-kata tertentu.

  • Pertalian kekeluargaan bahasa-bahasa ini dengan bahasa Melayu.

  • Contoh persamaan perkataan:

    • Empat: Bahasa Melayu (Malaysia), Bahasa Melayu (Indonesia), Bahasa Melayu (Brunei), Tagalog (Filipina), Melanau (Sibu, Sarawak), Kadazandusun (Sabah)

    • Lima: Bahasa Melayu (Malaysia), Bahasa Melayu (Indonesia), Bahasa Melayu (Brunei), Tagalog (Filipina), Melanau (Sibu, Sarawak), Kadazandusun (Sabah)

  • Sutan Takdir Alisjahbana (tokoh bahasa): Bahasa Melayu digunakan secara meluas sejak awal Masihi. Orang Melayu gemar belayar, mengembangkan lagi bahasa Melayu. Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari membolehkan bahasa ini diterima.

Budaya

  • Penduduk Alam Melayu mempunyai budaya serumpun (bahasa dan tulisan, persuratan, struktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat).

  • Dato’ A. Aziz Deraman (budayawan): Budaya berkembang maju dengan munculnya kepandaian dalam bidang kesenian (pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri). Nilai serumpun wujud (gotong-royong). Seni persembahan (wayang kulit di Kelantan dan Pulau Jawa).

Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu

  • Kerajaan bermula daripada petempatan kecil yang berkembang menjadi pelabuhan.

  • Pelabuhan berkembang menjadi kerajaan.

  • Muncul seawal abad pertama.

  • Kerajaan:

    • Funan

    • Champa

    • Srivijaya

    • Angkor

    • Majapahit

    • Kedah Tua

    • Gangga Nagara

Kerajaan Funan

  • Lokasi: Lembah Sungai Mekong

  • Masa: Abad Pertama

  • Pusat Kerajaan: Vyadhapura

Kerajaan Champa

  • Lokasi: Selatan dan tengah Vietnam

  • Masa: Abad Kedua

  • Pusat Kerajaan: Indrapura

Kerajaan Srivijaya

  • Lokasi: Lembah Sungai Musi, Sumatera

  • Masa: Abad Ketujuh

  • Pusat Kerajaan: Palembang

Kerajaan Angkor

  • Lokasi: Lembah Sungai Mekong

  • Masa: Abad Kesembilan

  • Pusat Kerajaan: Hariharalaya

Kerajaan Majapahit

  • Lokasi: Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur

  • Masa: Abad ke-13

  • Pusat Kerajaan: Kota Trowulan

Kerajaan Kedah Tua

  • Lokasi: Sungai Mas dan Sungai Bujang

  • Masa: Abad Kelima

  • Pusat Kerajaan: Sungai Mas dan Pangkalan Bujang

Kerajaan Gangga Nagara

  • Lokasi: Pantai barat bahagian tengah Tanah Melayu

  • Masa: Abad Keenam

  • Pusat Kerajaan: Pangkalan

Kerajaan Alam Melayu Yang Masyhur

  • Kerajaan yang masyhur: Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara.

  • Kemasyhuran dilihat dari aspek pemerintahan, ekonomi, agama dan pelabuhan.

Kerajaan Funan

  • Diasaskan oleh Kaundinya (Brahmin) di Vyadhapura.

  • Berkahwin dengan Soma (pemerintah wanita di Sungai Mekong) dan membentuk kerajaan Funan.

  • Masyhur semasa diperintah oleh Fan Shih-man.

  • Meluaskan empayar ke Sungai Mekong hingga Teluk Camranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra.

  • Menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat.

  • Abad ketiga, Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

  • Raja Funan terakhir ialah Rudravarman.

  • Serangan kerajaan Chenla menyebabkan kemerosotan Funan.

Kerajaan Champa

  • Diasaskan oleh Chu-Lien pada tahun 192 M.

  • Pusat kerajaan di Indrapura.

  • Sering berhadapan dengan serangan dari Dai Viet.

  • Chu-Lien berjaya membebaskan Champa daripada pengaruh China.

  • Zaman kemasyhuran di bawah pemerintahan Che Bong Nga.

  • Mengatasi ancaman Dai Viet dan meluaskan empayar ke Lembah Sungai Merah.

  • Serangan Champa membunuh Raja Tran Due Tong (pemerintah Dai Viet).

  • Pemerintahan Che Bong Nga diiktiraf oleh Dinasti Ming pada tahun 1369.

  • Kemerosotan bermula apabila Indravarman meninggal dunia pada tahun 1441.

  • Dai Viet melancarkan serangan.

  • Tahun 1471, Champa ditawan oleh Dai Viet.

Kerajaan Srivijaya

  • Diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 683 M di Palembang.

  • Memperkukuh kerajaan dengan menakluk kawasan sekitarnya (Bangka dan Taruma).

  • Semasa pemerintahan Sangramadhananjaya (abad kelapan), Srivijaya menakluk Sumatera, selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra.

  • Menguasai jalan laut antarabangsa (Selat Melaka dan Selat Sunda) dan menjadi kuasa perdagangan utama.

  • Selain pusat perdagangan, Srivijaya menjadi pusat pengajian agama Buddha.

  • Serangan tentera Chola (selatan India) pada tahun 1025 menyebabkan Srivijaya lemah.

Kerajaan Angkor

  • Diasaskan oleh Jayavarman II dari Chenla di Hariharalaya.

  • Menyatukan wilayah di Lembah Sungai Mekong.

  • Suryavarman II meluaskan empayar ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar.

  • Menghalang ancaman daripada Champa dan Dai Viet.

  • Mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dengan pedagang luar.

  • Jayavarman VII meluaskan empayar hingga sempadan Annam.

  • Beliau membina Angkor Thom dan mendirikan 102 buah hospital.

  • Selepas kematian Jayavarman VII, Angkor mula lemah.

  • Serangan Siam pada tahun 1594 melemahkan kerajaan Angkor.

Kerajaan Majapahit

  • Diasaskan oleh Raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol dalam perebutan kuasa di Jawa pada tahun 1294.

  • Berpusat di Kota Trowulan.

  • Kemasyhuran bermula dengan pelantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri oleh Tribuana Tunggadewi.

  • Patih Gajah Mada berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan.

  • Meluaskan tanah jajahan ke timur Pulau Jawa; pesisir pantai timur Sumatera; pesisir selatan dan barat Pulau Borneo; bahagian selatan dan timur Sulawesi; dan Kepulauan Maluku.

  • Majapahit menjadi pusat perdagangan pada abad ke-14.

  • Kematian Patih Gajah Mada dan serangan kerajaan Demak pada tahun 1478 menyebabkan Majapahit lemah.

Kerajaan Kedah Tua

  • Bermula dengan penglibatan masyarakat di Guar Kepah yang berdagang dengan pedagang dari luar di Sungai Mas.

  • Pusat kerajaan di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang.

  • Diperkukuhkan dengan catatan golongan agama dan pedagang dari China, India dan Arab-Parsi.

  • Sumber China menamakan Kedah Tua sebagai Chieh Ch’a.

  • Sumber India dan Arab merujuk sebagai Kataha dan Kalah-bar.

  • Kemasyhuran dikaitkan dengan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang.

  • Pedagang dari timur dan barat datang berdagang dengan penduduk tempatan dan pedagang luar yang lain.

  • Menjadi pusat keagamaan agama Buddha.

  • Srivijaya menguasai Kedah Tua.

  • Serangan tentera Chola dari India pada tahun 1025 melemahkan perdagangan.

  • Kedah Tua mengalami perubahan pemerintahan pada abad ketujuh apabila munculnya Kesultanan Kedah.

Kerajaan Gangga Nagara

  • Muncul pada abad keenam (kajian arkeologi).

  • Berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad kelima.

  • Pengasas ialah Raja Ganji Sarjuna (sumber tradisi).

  • Dibuka oleh Raja Khmer dari Kemboja (pendapat lain).

  • Pusat kerajaan di Pangkalan.

  • Kemasyhuran bermula pada abad kesembilan.

  • Sering dikunjungi oleh pedagang luar kerana kekayaan hasil bumi (emas dan bijih timah).

  • Berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan Srivijaya pada tahun 850 M.

  • Lemah apabila diserang oleh tentera Chola dari India pada tahun 1025.

  • Serangan ini memusnahkan pelabuhan Gangga Nagara.

Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman

  • Muncul sezaman dengan kerajaan-kerajaan luar yang lain.

  • Kerajaan Alam Melayu membangun dan maju setanding.

  • Mempunyai hubungan perdagangan, keagamaan dan diplomatik.

Kerajaan Luar Sezaman

  • Abad Pertama: Funan sezaman dengan Empayar Rom, Empayar Parsi, Empayar Kushan dan Dinasti Han.

  • Abad Kesembilan: Champa, Srivijaya dan Angkor sezaman dengan Kerajaan Abbasiyah, Empayar Byzantine, Dinasti Tang dan Kerajaan Chola.

  • Abad Ke-14: Champa, Angkor dan Majapahit sezaman dengan Empayar Mongol, Kerajaan Turki Uthmaniyah dan Kesultanan Delhi.

Hubungan Perdagangan

  • Menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan luar.

  • Kedudukan strategik dan kekayaan hasil bumi mendorong menjalinkan hubungan perdagangan.

  • Jalan perdagangan Alam Melayu dengan kerajaan luar bermula dari abad pertama hingga abad ke-15.

Hubungan Keagamaan

  • Hubungan dengan kerajaan luar mendorong penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam.

  • Mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan (pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosiobudaya).

Hindu
  • Penyebaran melalui peranan pedagang, tentera dan golongan Brahmin.

Buddha
  • Asoka (pemerintah empayar Maurya) menghantar sami-sami Buddha.

Islam
  • Penyebaran melalui peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah.

Hubungan Diplomatik

  • Hubungan politik antara dua kerajaan.

  • Menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan India bagi mengukuhkan kedudukan dan membuka jalan kepada perkembangan perdagangan.

Hubungan dengan China
  • Funan: Utusan dihantar pada abad ketiga (memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet).

  • Champa: Utusan dihantar pada abad ketiga (memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China, iaitu Dai Viet).

  • Majapahit: Utusan dihantar pada abad ke-14 (menjalinkan hubungan persahabatan).

  • Angkor: Utusan dihantar pada abad ke-12 (memperkukuh persahabatan dan perdagangan).

  • Kedah Tua: Utusan dihantar pada abad ketujuh (memperkukuh hubungan perdagangan).

  • Srivijaya: Utusan dihantar pada abad ketujuh (mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan persahabatan dan perdagangan).

Hubungan dengan India
  • Funan: Utusan dihantar pada abad ketiga (memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan).

  • Majapahit: Utusan dihantar pada abad ke-14 (mengeratkan hubungan persahabatan).

  • Srivijaya: Utusan dihantar pada abad kesembilan (mengeratkan hubungan persahabatan dan hubungan keagamaan).

  • Angkor: Utusan dihantar pada abad ke-12 (mengeratkan hubungan persahabatan).