Nota Ringkas KSSM Tingkatan 5: Mikroorganisma

NOTA RINGKAS KSSM TINGKATAN 5

BAB 1: MIKROORGANISMA

1.1 DUNIA MIKROORGANISMA
Flora Normal
  • Definisi: Mikroorganisma organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, hanya dapat dilihat dengan bantuan mikroskop.

  • Kepentingan Flora Normal:
      - Mikroorganisma yang ditemukan pada organisma termasuk manusia dan haiwan.
      - Tidak menyebabkan penyakit.
      - Ditemui di pelbagai bahagian tubuh:
        - Bahagian atas salur pernafasan
        - Kulit
        - Usus kecil
        - Uretra (salur kencing)

  • Fungsi Flora Normal:
      1. Bersaing dengan patogen untuk mendapatkan nutrien dan menghalang pembentukan koloni patogen.
      2. Sistem sintesis vitamin: Terdiri daripada bakteria yang mensintesiskan vitamin B12 dan vitamin K.
      3. Merangsang pertumbuhan tisu badan yang sihat.
      4. Merangsang pembentukan antibodi yang melawan patogen dan penyakit.

Patogen
  • Definisi: Mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
Pengkelasan Mikroorganisma
  • Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma:
      - Fungi (Kulat)
      - Alga
      - Protozoa
      - Bakteria
      - Virus
FUNGSI (KULAT)
Saiz
  • Berbeza-beza dan lazimnya wujud berkoloni atau berkumpulan.
  • Dua jenis saiz:
      - Makroskopik:
        - Contoh: Cendawan
        - Boleh dilihat dengan mata kasar.
      - Mikroskopik:
        - Contoh: Yis dan mukor
        - Dilihat dengan bantuan mikroskop (contoh: mukor/kulat roti).
Bentuk
  • Unisel: Satu sel
      - Contoh: Yis
  • Multisel: Banyak sel
      - Contoh: Mukor