8.1 PENGASASAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS

Kerajaan Kedah

  • Kerajaan Kedah diasaskan oleh keturunan raja yang datang dari Parsi

Maharaja Derbar Raja dari Parsi datang ke Kuala Sungai Merbok, Kedah pada sekitar tahun 630 M

Tan Dermadewa dan tun Perkasa, ketua orang Melayu di Kedah telah menghadap dan melantik Maharaja Derbar raja menjadi Raja Kedah

Pemasyhuran Maharaja Derbar raja sebagai raja kedah telah disusuli dangan pengiktirafan alat kebesaran yang dibawa dari Parsi, iaitu nobat.

Baginda kemudiannya telah membina pusat kerajaan di sungai Mas

KERAJAAN KELANTAN

  • Kerajaan merupakan sebuah wilayah yang pernah dikuasai dan bergabung dengan kerajaan Patani.

Kelantan merupakan sebahagian daripada Negara Patani Besar yang diasaskan oleh Raja Sakti I pada tahun 1650

Kemangkatan pemerintah terakhir Negara Patani Besar, iaitu Raja Bahar pada tahun 1670 menyebabkan Kelantan berpecah kepada dua wilayah (kelantan barat and timur)

Long yunus, putera pemerintah di Kota Kubang Labu telah berjaya menyatukan kedua-dua wilayah ini dan mengasaskan kerajaan kelantan pada tahun 1762

KERAJAAN PERLIS

  • Sejarah pembentukan kerajaan perlis melibatkan kedah dan siam.

Pada peringkat sebahagian drpd wilayah kedah

Sultan Kedah, iaitu Muhyiddin Mansur Shah, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I dan II telah menjadikan perlis sebagai pusat pemerintahan kerajaan

Sultan Muhyiddin Mansur Shah, Sultan Kedah ke-14 (1651-1661) telah membina Kota sena yang menjadi asaa kepada perkembangan bandar Kangar

KERAJAAN N9

  • Kehadiran masyarakat minangkabau ke beberapa wilayah n9

Negeri Sembilan pada asalnya merupakan naungan Kesultanan Johor Riau

Sejak awal abad ke-15, masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera telah merantau dan mendiami beberapa wilayah di N9

Pada tahun 1770, 4 penghuku luak terdiri daripada sungai Ujong, Jelebu, johol dan rembau telah mengahantar utusan untuk menjemput anak raja Minangkabau

HUBUNGAN PERDAGANGAN

Hubungan antara kerajaan berlaku melalui aktiviti perdagangan di pelabuhan

  1. PELABUHAN

KEDAH

  • Pangkalan Lembah Bujang, Pangkalan Kuala Merbok terletak di Sungai Merbok

  • Pangkalan Kuala Muda di Sungai Muda’

KELANTAN

  • Pangkalan Galoh yang bermaksud Pangkalan Permata dibina di Sungai Kelantan

  • Menggunakan mata wang logam dinar dalam urusan perdagangan

PERLIS

  • Pelabuhan Kuala Perlis di Sungai Perlis

  • Pekan Kangar yang terletak di pertemuan cabang anak Sungai Perlis menjadi tempat pertemuan pedagang

N9

  • Pangkalan di Sungai Linggi

  • Pedagang Rembau Menguasai aktiviti perdagangan dengan pedagang luar

  1. BARANG DAGANGAN

KEDAH

  • Kedah memperdagangkan beras, garam, damar, kapur barus dan emas urai

  • Kedah juga merupakan pembekal gading dan gajah bagi perdagangan entrepotnya

KELANTAN

  • Kelantan memperdagangkan emas dan dikunjungi oleh pedagang dari dlm dan luar kepulauan Melayu

PERLIS

  • Perlis memperdagangkan beras dan bijih timah dengan negeri jiran dan siam

N9

  • N9 memperdagangkan bijih timah, sirih, kayu gaharu dan kapur barus dgn johor dan melaka