Nota Peribahasa Tahun 11

Simpulan Bahasa

  • Angkat Bahu: Tidak tahu.
  • Bangkai Bernyawa: Orang yang tidak berguna.
  • Bapa Pergerakan: Orang yang pertama menjadi ketua sesuatu pergerakan atau pelopor.
  • Gelombang Hidup: Cubaan hidup.
  • Hisap Darah: Mengambil keuntungan yang banyak.
  • Jinak-Jinak Merpati: Orang yang kelihatan mudah didekati tetapi sebenarnya tidak.
  • Makan Tidur: Malas dan tidak mahu bekerja.
  • Modal Asing: Modal dari luar negeri.
  • Potong Jalan: Merampas peluang orang lain; mendahului orang lain.
  • Tahan Hati: Sabar, tabah.
  • Termakan Budi: Menanggung pemberian orang.
  • Hendak menegakkan benang yang basah: Hendak membenarkan sesuatu hal atau perbuatan yang salah.
  • Ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk: Semakin tinggi ilmu, semakin merendah diri.
  • Kalau baik buat teladan, kalau tak baik buat sempadan: Tiru yang baik, jauhi yang jahat.
  • Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah: Meminta hukuman paling berat, tetapi yang diberi paling ringan.
  • Muka berpandangan, budi kedapatan: Seorang yang mengetahui perbuatan jahat orang lain tetapi tidak dibalas.
  • Mulut disuap pisang, buntut dikait onak: Pujuk rayu yang mengandungi niat yang jahat.
  • Orang yang menunggu perigi itu masakan mati dahaga: Orang yang berhampiran dengan orang yang berilmu, lambat laun akan berilmu juga.
  • Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain: Sedikit demi sedikit / sabar dalam mengerjakan sesuatu, lama-lama berhasil juga.

Perumpamaan

  • Bagai cembul dapat tutupnya: Sesuatu yang sesuai benar.
  • Bagai dihiris dengan sembilu: Hati yang terlalu sakit, pedih dan sedih.
  • Bagai kelip-kelip terbang malam: Rahsia yang tidak dapat disembunyikan.
  • Seperti anak ayam kehilangan ibu:
    • Orang yang hilang tempat bergantung.
    • Sesuatu kaum yang berpecah-pecah disebabkan kehilangan pemimpin.
  • Seperti kuda lepas dari pingitan: Sangat gembira kerana bebas daripada kongkongan.
  • Seperti si kudung mendapat cincin: Dapat benda baik tapi tak dapat menggunakannya.

Pepatah

  • Ada air adalah ikan: Rezeki ada di mana-mana.
  • Ada kerak ada nasi: Tiap kejadian ada bekasnya.
  • Berpatah arang, berkerat rotan: Memutuskan sama sekali perhubungan saudara atau sahabat.
  • Di padang orang berlari-lari, di padang sendiri berjengket-jengket: Suka memakan hak orang, hak sendiri disimpan.
  • Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar: Orang yang berpendapatan kecil yang cuba berlagak dan berbelanja seperti orang yang berpendapatan besar, akhirnya dia juga akan susah.
  • Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah: Dua kuasa besar bertelingkah, negara lemah yang mendapat akibatnya.
  • Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali: Harta benda yang banyak sekalipun akan habis, jika dibelanjakan setiap hari, tanpa ditambah lagi.

Bidalan

  • Biar putih tulang, jangan putih mata: Lebih baik mati daripada menanggung malu.
  • Naik tangga dari bawah: Untuk mencapai kedudukan yang tinggi hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dari peringkat bawah atau permulaan; kejayaan tidak datang tiba-tiba.
  • Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur–urai: Hidup akan senang jika berjimat cermat.
  • Perahu bertambatan, dagang bertepatan: Buat kerja ikut peraturan.
  • Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna: Fikir baik-baik supaya tidak menyesal kemudian.

Perambahan Brunei

  • Barangin: Watak atau keadaan orang yang tidak tetap pendirian.
  • Basar Awa: Keinginan yang besar tanpa perhitungan.
  • Caradiknya macam buratak nasi: Percakapan yang tidak putus-putus.
  • Inda majalis: Keadaan yang kurang elok dalam suatu majlis.
  • Kambang asang: Ingin makan sesuatu.
  • Lada padi: Seorang yang berbadan kecil atau berusia muda yang mempunyai kebolehan atau kekuatan yang istimewa.
  • Masak puji: Perihal orang yang suka dipuji, kalau tidak dipuji dia akan malas membuat kerja.
  • Puah (h)ati: Tidak tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
  • Pulang paku: Balik modal sahaja.
  • Ular lundung: Tidak mahu berusaha sendiri dan semata-mata mengharapkan belas kasihan daripada orang lain; orang yang malas.