Ilmu Dabt Al-Qur'an
Ilmu Dabt Al-Qur'an
Ilmu Dabt secara bahasa bermaksud memelihara atau menjaga sesuatu. Dari segi istilah, ia adalah ilmu yang membincangkan alamat, baris, atau tanda baca yang datang pada huruf, seperti al-Fath, ad-Damm, al-Kasr, as-Sukūn, Syiddah, Mad, dan lain-lain.
Topik Perbincangan
Ilmu Dabt membahas tanda-tanda yang menunjukkan perubahan huruf dari segi:
- Meletakkan alamat.
- Meninggalkan alamat.
- Bagaimana keadaan alamat.
- Tempat alamat tersebut.
- Warna alamat tersebut.
Faedah Ilmu Dabt
- Menghilangkan kekeliruan antara huruf yang musyaddid (bersabdu) dan mukhaffaf (ringan), serta antara huruf sukun dan huruf berbaris seperti maftūḥ (baris atas), maksur (baris bawah), dan maḍmūmah (baris depan).
- Jika ditandai dengan harakat yang tiga (fataḥ, ḍammah, dan kasrah), maka tidak akan tertukar dengan harakat sukūn.
- Jika ditandai dengan harakat yang khusus, maka tidak akan tertukar dengan harakat yang lain.
- Jika ditandai dengan tasydīd, maka tidak akan tertukar dengan huruf yang tiada tasydīd.
- Jika diletakkan tanda yang menunjukkan perbezaan antara dua huruf, maka tidak akan tertukar dengan huruf yang asli.
Ulama' bersepakat mengatakan bahawa ilmu Dabt berkait rapat dengan ilmu Waşal (sambung) dan bercanggah dengan ilmu Rasm yang berkait rapat dengan ilmu Ibtida' dan Waqaf.
Sejarah Penulisan Arab
Tulisan Arab pada zaman dahulu tidak mempunyai titik mahupun baris. Orang Arab menulis dan membaca hanya dengan bergantung kepada kecerdikan akal masing-masing bagi membezakan huruf-huruf tersebut.
Di kalangan orang Arab, mereka menggantikan harakat dengan huruf, iaitu baris fathah digantikan dengan huruf Alif (\text{ا}) dan diletakkan selepas huruf tersebut, kasrah digantikan dengan huruf Ya' (\text{ي}) manakala ḍammah digantikan dengan huruf Waw (\text{و}).
Penulisan al-Qur'an pada zaman sahabat RA tidak menggunakan titik dan baris, mereka membaca al-Qur'an bergantung pada hafazan semata-mata. Keperluan mengenal titik dan baris amat dituntut pada zaman tabi'in demi menjaga kalam Allah SWT.
Hukum menulis titik dan baris, tanda-tanda fawasil (kepala ayat) dan sujud, sistem pembahagian juzuk, khumus dan 'ushur, wuquf, fawatih dan khawatim, adalah menjadi perbezaan di kalangan para ulama' pada 3 pendapat:
- Harus
- Makruh
- Harus pada mushaf yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak dan seumpamanya.
Pandangan Salaf Terhadap Titik Dan Baris
Imām ad-Dāni menjelaskan pandangan di atas di dalam kitab Al-Muḥkam pada bab harus mencipta Naqt al-Qur'an. Beliau menyatakan beberapa sanad atau sandaran iaitu:
- Thabit bin Ma'bad: Titik adalah petunjuk.
- Al-Hasan juga mengharuskan titik dan baris.
- Khalid al-Hazza' berkata: "Aku berpegang dengan pendapat ibnu Sirin iaitu Mushaf ditulis dengan titik".
- Nafi' bin Abi Nuaim: "Aku bertanya pada Rabi'ah bin 'Abdul Rahman tentang membariskan al-Qur'an dalam mushaf dan beliau berkata ia harus".
- Qatadah berkata: "Mulakan dengan titik, kemudian khumus, seterusnya 'ushur".
- Abū 'Amru berkata: "Ini menunjukkan bahawa perkara ini telah bermula sejak dari zaman sahabat dan tabi'in lagi, dan kata-kata ini menunjukkan persepakatan mereka dalam perkara ini".
Ad-Dāni juga menyebut pada bab Makruh Naqt al-Qur'an golongan yang tidak mengharuskan Naqt dengan membawa sanad atau sandaran dari golongan berikut:
- Ibnu Umar, Qatadah, Ibrahim al-Nakhaie, dan Hisham: Mereka memakruh naqt al-Qur'an.
- 'Abdullah ibnu Mas'ud: "Bukukan al-Qur'an dan jangan mencampur-adukkannya dengan perkara lain".
- Abi Raja': Aku bertanya kepada Muḥammad tentang naqt al-Qur'an, dan beliau berkata: "Sesungguhnya aku takut akan terjadi penambahan atau pengurangan pada huruf".
- Asyhab berkata: Aku dengar daripada Malik, ketika beliau ditanya tentang 'ushur iaitu menjadikan al-Qur'an kepada 3 bahagian di dalam mashaf yang ditanda dengan warna merah atau warna lain, maka beliau tidak melarangnya dan berkata: "Ta'syir (membahagikan mushaf dengan warna) tidak mengapa".
- Ditanya juga tentang khawatim surah yang diletakkan di setiap akhir surah di dalam mashaf, maka beliau berkata: "Aku tidak menyukai ia ditulis di dalam mashaf asal, akan tetapi mushaf yang digunakan untuk belajar bagi kanak-kanak tidak mengapa".
Asyhab berkata lagi: "Kemudian ditunjukkan kepada kami al-Qur'an daripada datuk beliau, di mana ia ditulis oleh Uthman, dan kami melihat khawatim yang bergaris dengan warna, dan aku melihat ayat-ayat yang bercampur dengan warna".
Disebutkan dalam kitab bahawa Ibnu Mas'ud tidak menyukai ta'syir dan tasmiah surah (menjuzukkan dan menamakan surah).
An-Nakha'ie tidak menyukai al-Naqt iaitu tanda pada setiap al-Fawatih (awal surah) dan al-Khawatim (akhir surah).
Ibnu Sirin tidak menyukai al-Fawatih dan al-Khawatim.
Mujahid tidak menyukai ta'syir tetapi mengharuskan asy-Shakl iaitu baris dan harakat sahaja.
Abī al-'Aliah tidak menyukai al-Jumal (penomboran ayat), al-Fawatih dan al-Khawatim.
Al-Halimi berkata: "Makruh membahagikan al-Qur'an kepada 'usyur, khumus, nama-nama surah dan bilangan ayat. Manakala al-Naqt adalah harus kerana ia tidak mengelirukan tetapi ia hanyalah pemudah cara untuk pembaca al-Qur'an, maka ia tidak menjadi kesalahan kerana manusia berhajat kepadanya".
Al-Baihaqi berkata: "Al-Qur'an tidak dicampurkan dengan perkara-perkara selain darinya seperti: bilangan ayat, bilangan sujud, pembahagian 'usyur dan al-Wuquf".
Abū 'Amr ad-Dāni membolehkan perkara di atas kerana kemaslahatan dan menjaga kalam Allah SWT dengan katanya: "Perkara-perkara ini dilakukan pada zaman kini atas sebab rukhsah, untuk mengelakkan kekeliruan, pengubahsuaian dan kesalahan pada kalam Tuhan sekalian alam".
Tajuk Perbincangan Ilmu Dabt
Perbincangan tentang ilmu ini terbahagi kepada 11 tajuk:
- Cara-cara meletakkan harakat, tanwin dan seumpamanya
- Cara-cara ḍabt al-mukhtalas, al-musyam dan al-mumal
- Tanda-tanda sukun dan hukum-hukumnya
- Tanda-tanda tasydīd dan hukum-hukumnya
- Tanda-tanda mad dan hukum-hukumnya
- Penulisan ḍabt pada (الْمُدْغَم) dan (الْمُظْهَر)
- Penulisan ḍabț pada huruf Hamzah
- Penulisan ḍabt pada Alif wasal dan naqal
- Bagaimana menzahirkan huruf yang dihadzaf pada Rasm
- Penulisan ḍabt pada Rasm yang ditambah
- Hukum Lām Alif
Tanda Titik
Tanda titik terbahagi kepada 2 bahagian:
A. Alamat huruf I'rab
B. Alamat huruf I'jām
Alamat Huruf I'rab
Alamat atau tanda titik I'rab ialah tanda-tanda yang ada pada huruf menunjukkan keadaan huruf sama ada dari segi sebutan, harakat, sukūn, tasydīd atau huruf mad dan sebagainya.
Terdapat tiga pendapat mengenai orang pertama yang menghasilkan kaedah tersebut:
- Al-Khalil Bin Aḥmad
- Nasr Bin Asim dan Yahya Bin Yamar (guru kepada Abdullah Bin Ishaq Al-Hadrami dan 'Abi Amru Bin 'Ala)
- Abū Aswad ad-Du'ali atas arahan Ziyad Bin Abī Ziyad, iaitu duta Başrah semasa pemerintahan Khalifah Mu'awiyah Bin Abī Sufyan.
Pandangan yang sahih sepertimana yang dipersetujui oleh para ulama' ialah Abū 'Amr ad-Dāni dan Abū Hatim.
Alamat Huruf I'jām
Alamat atau tanda baca yang membezakan dari satu huruf kepada huruf-huruf yang lain.
Tujuannya adalah bagi mengelakkan kekeliruan yang membezakan huruf mu'jam (huruf yang ada tanda titik) dengan huruf muhmal (huruf yang tidak bertitik).
Huruf-huruf mu'jam mempunyai 15 huruf iaitu:
\text{ب ت ث ج خ ذ ز ش ض ظ غ ف ق ن ي}
Selain daripada huruf-huruf tersebut adalah huruf muhmal iaitu huruf yang tiada titik.
Perbezaan Mu'jam dan Muhmal:
| NO. | HURUF MU'JAM | HURUF MUHMAL |
|---|---|---|
| 1 | ب | ا |
| 2 | ج | ح |
| 3 | ذ | د |
| 4 | ز | ر |
| 5 | ش | س |
| 6 | ض | ص |
| 7 | ظ | ط |
Ya' (ي) ditulis tanpa titik iaitu secara muhmal terdapat pada 5 keadaan iaitu:
- Jika Ya' (ي) itu terletak di hujung (متطرفة) seperti محياي
- Jika Ya' (ي) bergabung dengan Hamzah (ء) seperti لئلا
- Jika tempat Ya' (ي) ditukar dengan huruf sama ada ia berada di tengah (متوسطة) atau di hujung (متطرفة) perkataan/kalimah seperti هَدَيهُم تَهْوَى
- Jika (ي) dibuang kerana gabungan (حذف) dan ditambah sama ada di tengah (متوسطة) atau di hujung (متطرفة) seperti النَّبِيِّن يَسْتَحْي
- Jika keadaan yang menunjukkan ia bersambung (صلة) seperti بِهِ كَثِيرًا
| NO. | HURUF | KEADAAN | CONTOH |
|---|---|---|---|
| 1 | ي | Hujung (متطرفة) | محياي |
| 2 | ي | Bergabung dengan Hamzah (متصل) | لئلا |
| 3 | ي | Tukar (إبدال) متوسطة متطرفة | هَدَيهُم تَهْوَى |
| 4 | ي | Buang (حذف) متوسطة متطرفة | النَّبِيِّن يَسْتَحْي |
| 5 | ي | Bersambung (صلة) | بِهِ كَثِيرًا |
Selain daripada 5 keadaan di atas, ia ditulis dengan Ya' (ي) mu'jam/ bertitik.
Manakala huruf muhmalah terdapat 13 huruf iaitu:
\text{ا ح د ر س ص ط ع ه}
Ulama' berselisih pendapat dalam menentukan orang yang terawal meletakkan titik (نقاط الإعجام). Pendapat yang sahih bagi orang yang meletakkan tanda titik ialah Nasru Bin Asim dan Yahya Bin Ya'mar atas arahan Hajāj Bin Yusuf as-Saqafi, sebagai duta Iraq dari pemerintahan Amir al-Mukminin 'Abdul Malik Bin Marwān.
Peranan Naqt al-I'rab pada Qira'at
Berikut adalah contoh peranan Naqt al-I'rab iaitu harakat pada ilmu Nahu.
Surah Al-Baqarah: 125
Qirā'āt Ḥafṣ Qira'at Ibn 'Amir Naqt al-I'rāb Ayat وَاتَّخِذُواْ وَاتَّخَذُواْ Khā' Fatḥah Surah Ali Imran: 178
Qirā'āt Ḥafṣ Qira'at al-Kisa'ie Naqt al-I'rāb Ayat وَلَا يَحْسِبَنَّ وَلَا يَحْسَبَنَّ Sīn Kasrah Surah An-Nisa': 1
Qira'at Hafs Qira'āt Hamzah Naqt al-Irab Ayat وَالْأَرْحَامَ وَالْأَرْحَامِ Mīm Kasrah Surah Al-A'raf: 32
Qira'at Hafs Qiraat Nafi Naqt al-Irab Ayat خَالِصَةً خَالِصَةُ Tha' Dammah Surah Al-Kahf: 32
Qira'at Hafs Qira'āt Abū 'Amru Naqt al-I'rāb Ayat ثَمَرُ ثمر Tha & Mim Dammah Surah Yunus: 23
Qirā'āt Ḥafṣ Qira'at 10 Naqt al-I'rāb Ayat مَّتَعُ 'Ain Dammah
Kesemua contoh di atas adalah Naqt I'rab atau dikenali harakat I'rāb dalam ilmu Nahu. Ia memberi peranan pada huruf sab'ah atau Qirä'ät 10 yang membezakan makna di antara Qira'at yang wujud dari zaman baginda Nabi SAW hingga ke hari ini. Wallāhua'lam.
Peranan Naqt al-Ijam pada Qira'at
Berikut adalah contoh peranan Naqt al-Ijam pada Qira'at 10 yang melibatkan titik pada huruf yang membezakan makna di antara Qirā'āt.
Surah Al-Baqarah: 219
Qirā'āt Ḥafṣ Qira'āt Hamzah Naqt al-I'rāb Ayat إِثْمٌ كَبِيرٌ إِثْمٌ كَثِيرٌ Huruf Ba' & Tha' Surah Ali 'Imran: 81
| | Qira'at Hafs | Qira'āt Nafi' & | Naqt al-Irab |
Abū Ja'far Ayat اتَيْتُكُم عَاتَيْنَكُم Huruf Ta' & Nūn Surah Ali 'Imrān: 83
Qira'at Hafs Qira'āt Syu'bah Naqt al-I'rāb Ayat تَبْغُونَ يَبْغُونَ Huruf Ya' & تُرْجَعُونَ يُرْجَعُونَ Tā' Surah Yasin: 81
Qira'at Hafs Qira'āt Hamzah Naqt al-I'rāb Ayat بِقَدِرٍ يَقَدِرُ Huruf Ya' & Tanpa Alif Surah Yunus: 22
| | Qira'at Hafs | Qira'āt Ibn Amir | Naqt al-Irab |
& Abū Ja'far Ayat يُسَيِّرُكُمْ يَنسُرُكُمْ Huruf Nūn Surah Al-An'am: 22
Qirā'āt Ḥafṣ Qira'at Yaqub Naqt al-I'rāb Ayat تَحْشُرُهُمْ يَحْشُرُهُمْ Huruf Ya'
Kesemua wajah Qirä'ät tersebut adalah pertukaran pada huruf Mu'jam (bertitik) dan Muhmal (tiada titik) di mana pada asalnya huruf ini tidak bertitik semuanya, tetapi bacaan Qira'āt tetap terpelihara kerana para sahabat menghafaz semua huruf Sab'ah yang diturunkan iaitu wahyu kepada Rasulullah SAW.
Sehingga sampai ke zaman tabi'in, manusia membaca al-Qur'an bergantung kepada tulisan yang sedia ada dan kekurangan para Huffaz al-Qur'an juga perkembangan tulisan dengan pesat.
Sehingga lahirnya ilmu Dabt yang memberi inovasi kepada Rasm Uthmani dan menjaga huruf Qira'āt yang wujud sampai ke hari ini.
Perlu diingatkan juga bahawa kesemua bab dalam kitab ini adalah memberi peranan kepada Qirä'ät 10 termasuk bab Hamzah Wasal dan Iltiqa' as-Sakinain (pertemuan dua sukūn). Wallāhua'lam.
Sejarah Kemunculan Baris Dan Titik
Faktor Yang Menyebabkan Munculnya Alamat Baris
Ia berkaitan dengan satu peristiwa yang diceritakan oleh para ulama' iaitu berkenaan Mu'awiyah yang telah menghantar utusan kepada Ziyad yang meminta agar menghantar anaknya, Ubaidillah Bin Ziyad kepada Muawiyah. Setelah Ubaidillah sampai di istana, Mu'awiyah mendapati bahawa 'Ubaidillah telah melakukan kesalahan dalam bacaannya.
Kemudian Muawiyah menghantar sepucuk surat kepada Ziyad menunjukkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku ke atas anaknya. Lalu Ziyad memanggil Abū al-Aswad serta memberitahunya bahawa orang bukan 'Arab telah merosakkan bahasa Arab dan alangkah baiknya jika dia dapat melakukan sesuatu bagi mengubah fenomena tersebut serta membetulkan Kalam Allāh.
Setelah Abū Aswad enggan menerima tawaran tersebut, Ziyad mencari satu idea supaya Abu al-Aswad bersetuju serta menerima tawarannya untuk membetulkan Kalam Allāh. Kemudian dia meletakkan seorang lelaki di kawasan yang sering Abu al-Aswad lalui dan Ziyad menyuruh lelaki tersebut supaya sengaja melakukan kesalahan dalam bacaannya apabila Abū al-Aswad melalui jalan tersebut.
Setelah Abu al-Aswad melepasi jalan tersebut, lalu lelaki tersebut membaca firman Allāh:
\text{وَأَذَانٌ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ ۙ وَرَسُولُهُ ۚ فَإِن تُبْتُمْ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِي اللَّهِ ۗ وَبَشِّرِ الَّذِينَ كَفَرُوا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ}
(At-Taubah: 3)
dengan baris bawah pada Lām. Abu al-Aswad berkata: "Aku berlindung daripada apa yang Allah tidak katakan pada Rasul-Nya".
Kemudian, Abu al-Aswad pergi berjumpa Ziyad dan beliau bersetuju untuk membuat kaedah untuk menjaga dan memperbetulkan I'rab al-Qur'an iaitu harakat. Lalu beliau mengambil seorang lelaki dari kabilah Abū Qaisy, atau dari kabilah Quraisy pada versi yang lain.
Kemudian, beliau mengambil mushaf dan dakwat yang berlainan warnanya. Apabila dibaca dengan fatḥah, maka diletakkan titik di atas huruf tersebut, dan apabila dibaca dengan kasrah, maka diletakkan titik di bawah huruf tersebut dan apabila dibaca dengan tanwin, diletakkan dua titik padanya. Begitulah seterusnya hingga ke akhir musḥaf.
Imām ad-Dāni menyambung kisah tersebut dalam kitab al-Muḥkam, setelah Abū Aswad menerima permintaan Ziyad, beliau meminta Ziyad menghantar 30 orang lelaki kepadanya dan beliau hanya memilih 10 orang sahaja daripadanya. Setelah dinilai, beliau memilih seorang sahaja daripada mereka iaitu lelaki dari Bani 'Abdul Qais.
Abū Aswad menyuruh lelaki tersebut mengambil Mushaf dan dakwat berlainan warna untuk dijadikan alamat harakat. Kata beliau kepada lelaki tersebut jika bibirku terbuka kamu titikkan satu titik di atas huruf, jika aku ḍammah kamu titik berhampiran huruf, jika aku kasrahkan kamu letakkan di bawahnya. Jika aku ghunnah kamu letakkan dua titik, demikianlah ianya berlaku hingga ke akhir al-Mushaf, kemudian beliau meletakkan juga alamat tanwin pada Mushaf.
Ulama' telah mengambil kaedah Abu al-Aswad dan mengemaskinikannya sehingga zaman pemerintahan kerajaan Abassiyyah. Pada ketika itu, muncul zaman al-Khalil (Al-Khalil Bin Aḥmad) di Başrah.
Kemudian al-Khalil Bin Aḥmad mengambil kaedah tersebut serta terus mengemaskinikannya.
Maka ekoran daripada itu, pada awalnya muncul tanda baris di atas seperti مبطوحة dengan Alif kecil yang pendek serta condong مفتوحة ini. Sekiranya panjang, ia disambungkan dengan Alif seperti ini. Manakala tanda baris depan ialah Waw kecil juga dengan tanda seperti ini. Seterusnya, tanda baris bawah ialah huruf Ya' kecil seperti ini.
Sebagai contoh:
| Huruf | Fathah | Fathah Mad |
|---|---|---|
| ب | با |
| Huruf | Dammah | Dammah Mad |
|---|---|---|
| ب | بو |
| Huruf | Kasrah | Kasrah Mad |
|---|---|---|
| ب | بي |
Kini, kesemua perkara di atas dinamakan dengan baris dan ditambah lagi dengan tanda tasydīd - iaitu kepala Syin dan tanda baris mati (sukūn) - iaitu kepala Kha'. Manakala tanda bagi huruf Hamzah, ikhtilas/raum dan isymām akan dibincangkan kemudian pada bab seterusnya.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa tanda syiddah/sabdu, sukun/tanda mati, ikhtilas, isymam , dan Hamzah direka pada zaman pemerintahan kerajaan Abassiyyah, iaitu selepas zaman al-Khalil dan ia telah berkembang sehingga ke hari ini.
Faktor Berlakunya Pembukuan Huruf Mujam
- Para ulama' memberitahu bahawa ia berlaku kerana penyebaran agama Islam yang meluas dan ramai yang khuatir al-Qur'ān akan tersebar dalam keadaan yang salah.
- 'Abdul Malik Bin Marwan meminta Hajāj Bin Yusuf supaya tidak membiarkan kesilapan berlaku pada al-Qur'an.
- Hajāj memilih Naṣru Bin 'Aşim dan Yahya Bin Ya'mar - mereka ialah ulama' yang paling terkenal dalam bidang ilmu Qira'āt, makna wajah Qira'āt (Taujih) dan ilmu bahasa 'Arab serta keindahannya. Mereka meletakkan tanda titik bagi membezakan sesetengah huruf daripada sesetengah yang lain dan mereka menjadikan titik tersebut dengan warna yang berlainan bagi membezakan dengan tanda titik Abī al-Aswad.
Kesimpulannya, alamat I'rab berlaku lebih awal berbanding alamat Mu'jam berikutan pembaharuan zaman Ziyad dan Abī al-Aswad pada zaman Hajāj, Naṣru Bin 'Aşim dan Yahya Bin Ya'mar.
Manakala bentuk alamat yang terakhir yang dicipta zaman Khalil adalah pembaharuan atau inovasi pada ciptaan Abī al-Aswad, Nasru Bin 'Āşim dan Yahya Bin Ya'mar.
Carta Kemunculan Ilmu Alamat I'rab Harakat/Tanda Baris
- Muawiyah Bin Abi Sufyān
- Ziyad Bin Abi Sufyān
- Abū al-Aswad ad-Du'ali
PERHATIAN
Abū 'Amr berkata dalam kitab al-Muqni": "kebanyakan ulama' menyatakan bahawa orang pertama yang mencipta Harakat dan Tanwin adalah Abu al-Aswad ad-Du'ali dan mereka menafikan selain daripada beliau, manakala orang pertama yang mencipta Hamzah, Tasydīd, Raum dan Isymām adalah al-Khalil bin Aḥmad".
Pengenalan Abu al-Aswad
Nama beliau adalah Dzalam bin 'Amru bin Sufyan bin Jandal bin Yumar bin Du'ali. Panggilannya ialah Abu al-Aswad. Nama Du'ali dinisbahkan kepada kabilah Dual dari Bani Kinanah. Beliau memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW iaitu ketika Nabi SAW masih hidup, tetapi beliau tidak pernah melihat dan berjumpa Baginda SAW. Beliau tinggal di Basrah pada masa pemerintahan Umar bin Khaṭṭab. Beliau merupakan seorang tabi'in yang menyumbang dalam meletakkan titik (nuqat) pada huruf-huruf dalam bahasa 'Arab dan juga huruf al-Qur'ān. Beliau lahir di zaman Jahiliyyah 16 tahun sebelum hijrah.
Beliau pernah menjadi hakim di Başrah, kemudian Khalifah 'Ali bin Abi Talib melantik beliau menjadi gabenor di Başrah. Beliau adalah pengikut setia pada Khalifah 'Ali bin Abi Talib dan bersama dengan 'Ali RA menghadapi pemberontakan Mu'awiyah dan Aisyah dalam perang Jamal dan Siffin, beliau juga menjadi perunding dalam perang Jamal. Beliau pernah diutus oleh 'Abdullah bin Abbas memerangi kaum Khawarij.
Beliau adalah orang pertama mencipta ilmu Nahu bahasa Arab, Beliau diminta oleh 'Ali RA supaya menyusun ilmu berkaitan Nahu untuk menjaga keaslian bahasa 'Arab daripada tercemar dan rosak akibat daripada percampuran antara orang 'Arab dan juga bukan 'Arab. Setelah diarah oleh Khalifah 'Ali RA seperti diriwayatkan bahawa beliau menunjukkan kepada 'Ali kaedah Nahu yang diciptanya lalu 'Ali berkata kepada beliau:
\text{ما أحسن هذا النحو الذى نحوت}
Maksudnya: Betapa indahnya Ilmu Nahu yang kamu ciptakan.
Ekoran dari itu manusia menamakan ilmu bahasa 'Arab dengan ilmu Nahu.
Beliau mempelajari ilmu Fiqh, al-Qur'an dan juga Nahu daripada 'Ali RA dan juga meriwayatkan hadith daripada 'Ali RA serta daripada beberapa sahabat yang lain.
Imām as-Zahabi menyebut beliau meninggal dunia pada tahun 99 Hijrah, manakala Imam al-Jazary menyebut kematian beliau pada tahun 69 Hijrah. Beliau meninggal dunia di Başrah pada usia 85 tahun akibat terkena wabak taun iaitu Ta'ün al-Jarif yang melanda Başrah hanya tiga hari sahaja.
Diriwayatkan bahawa setiap satu hari penduduk Başrah maut dijangkiti Ta'ün al-Jarif seramai 70,000 orang." Beliau meninggalkan empat orang zuriat iaitu 'Ata dan Abū Harb berserta dua orang anak perempuan.
Beliau menerima al-Qur'an dengan dua orang sahabat iaitu:
- 'Uthman Bin 'Affan
- 'Ali Bin Abi Talib
Murid beliau ialah:
- Abū Harb (anak beliau)
- Yahya Bin Ya'mar
Carta Kemunculan Ilmu Naqt I'jam (Titik/Alamat)
Abdul Malik Bin Marwan
Zaman al-Abasiyyah, 132-656H/750-1258M
Al-Hajāj Bin Yusuf as-Saqafi
- Naşru Bin 'Aşim
- Yahya Bin Ya'mar
Al-Khalil Bin Aḥmad al-Farāhīdi
- الحركة (Harakat الشكل)
Pengenalan Al-Khalil Bin Aḥmad
Namanya ialah Abū 'Abdul Rahman al-Khalil ibn Ahmad ibn 'Amr ibn Tamim al-Farāhīdi al-Azadī al-Yaḥmadi. Beliau lebih dikenali dengan nama Al-Khalil bin Aḥmad al-Farāhīdi.
Beliau lahir di Başrah pada tahun 100H/718M dan tinggal di sana hingga wafat tahun 170H, atau tahun 177H/789M pada bulan Jamadil Akhir menurut sebahagian pendapat. Ayah beliau adalah orang yang pertama menggunakan nama Aḥmad selepas Nabi Muhammad SAW.
Diceritakan bahawa beliau solat Subuh dengan wuduk solat Isya' selama 40 tahun.
Sejak kecil beliau sentiasa mengikuti kajian-kajian ilmu mulai dari Hadith, Fiqh, dan juga bahasa. Guru yang paling berpengaruh kepada beliau dalam sumbangan ilmu adalah 'Isa ibn 'Amr dan Abū 'Amr ibn al-'Ala' al-Basri iaitu Imām ke-3 daripada Qurra' Sepuluh.
Beliau juga berminat mempelajari ilmu-ilmu lain yang berasal dari luar 'Arab. Beliau adalah sahabat dan juga sangat mengkagumi Ibn Muqaffa' dan membaca semua karya terjemahan Ibn Muqaffa. Al-Khalil adalah tokoh yang sangat penting dalam sejarah ilmu bahasa 'Arab. Sumbangan beliau dalam ilmu ini hampir meliputi semua aspek ilmu bahasa, mulai dari fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, hingga ilmu-ilmu lainnya yang berkaitan dengan bahasa 'Arab.
Beliau adalah seorang tokoh dalam bidang bahasa 'Arab, sastera 'Arab, dan orang yang pertama mencipta 'Aruḍ iaitu ilmu persajakan 'Arab. Beliau mencipta 'Aruḍ yang diambil daripada muzik kerana beliau mahir dalam bidang tersebut. Beliau mempelajari pelbagai ilmu dari Ibnu Abi Ishaq dan beliau merupakan guru kepada Sībawaih.
Kitab yang paling masyhur dari penulisan beliau ialah kitab yang berjudul Al-'Ain. Kitab ini diiktiraf sebagai Mu'jam (kamus) huruf 'Arab yang pertama di dunia.
Imām Fakhruddin berkata dalam kitab Al-Mahsul, "Kitab pertama yang dikarang pada bahasa (ilmu lughah) ialah kitab Al-'Ain, tetapi ianya terdapat kesilapan, demikian juga kata as-Sairafi dalam kitab Ṭabaqat an-Nuha' bahawa ramai dalam kalangan ulama' menafikan kitab tersebut adalah hasilan al-Khalil, di antaranya ialah Imām an-Nawawi."
Guru-guru Beliau:
- Abū 'Amru al-Başri
- 'Isa bin 'Umar ath-Thaqafi
- Ayyub as-Sikhtiyani
- 'Aşim bin Sulaiman al-Ahwal
- Al-'Awwam bin Hausyab
- Ghalib al-Qathan
Murid-murid Beliau:
- Sībawaih
- 'Abdul Malik bin Quraib Al-Asma'i
- Al-Kisā'i
- An-Naḍar bin Syamil
- Hārūn bin Mūsā an-Nahwi
- Wahb bin Jarir
- 'Ali bin Nasyr al-Hadrami
Karya Tulisan:
- Mu'jam al-'Ain merupakan kamus pertama dalam bahasa 'Arab
- Kitab an-Nagham
- Kitab al-'Arud
- Kitab asy-Syawahid
- Kitab an-Nugat wa asy-Syakl
- Kitab al-Iqa
- Kitab Ma'ani al-Huruf
Al-Harakat
Harakat ialah baris yang datang pada huruf untuk menentukan harakat huruf sama ada fataḥ, kasrah, ḍammah dan sebagainya.
Jenis-Jenis Harakat
Terdapat 5 perkara bagi menentukan baris huruf iaitu:
- Harakat
- Sukūn
- Syiddah
- Mad
- Hamzah
| NO. | JENIS HARAKAT | العلامات |
|---|---|---|
| 1 | Harakat | الحركات |
| 2 | Sukūn | السكون |
| 3 | Syiddah | الشدة |
| 4 | Mad |