Untitled

CTU231 ASAS PERAKAUNAN ISLAM

BAB 2: KONSEP PEMILIKAN DALAM ISLAM

1. DEFINISI PEMILIKAN
  • MAJALLAH AHKAM AL-ADLIYYAH: Sesuatu yang boleh dimiliki, disentuh, dan dimanfaatkan.

  • WAHBAH AL-ZUHAILI: Hubungan manusia dengan

harta yang menjadikan harta dikhususkan dari sudut syarak.

  • WAHBAH AL-ZUHAILI: Pengkhususan ke atas harta yang ddapat menghalang campur tangan orang lain dalam pengurusan harta.

2.PENERIMAAN MILIK
  • Tidak boleh diberi dan menerima milik- Manfaat Umum ( jalan raya,jambatan,bandar,sungai,taman)

  • Tidak boleh dimiliki kecuali ketentuan syarak- Harta Wakaf dan Baitul Mal ( Tidak boleh dilakukan sebarang transaksi)

  • Boleh dimiliki dan diberi milik - Selain dari manfaat umum, harta wakaf dan baitul mal

3. JENIS-JENIS PEMILIKAN

a. Pemilikan Sempurna | Al- Milk Al-Tam

  • Definisi: Keadaan di mana seseorang memiliki zat harta dan keuntungan (manfaat) daripadanya.

  • Pemilik mempunyai hak-hak yang ada pada hartanya.

  • Ciri-ciri:

    • Besifat kekal selama-lamanya.

    • Tidak gugur pemilikan harta walaupun hartanya dirampas.

    • Tidak perlu membayar ganti rugi jika harta tersebut dirosakkan oleh pemiliknya sendiri.

    • Pemilik mempunyai kuasa mutlak untuk menguruskan harta.

  • Cara perolehan:

1) Penguasaan ke atas harta mubah-tanah belum diterokai, binatang buruan, pokok, harta karun dan bahan galian.

Definisi: Harta Mubah- harta yg tidak dimiliki oleh sesiapa pun dan tidak ada halangan syarak utk memilikinya.

Syarat Penguasaan:

1) Tidak pernah dimiliki oleh sesiapa

2) Niat utk memiliki sesuatu

Ihya’ Al- Mawat: Menghidupkan tanah mati, iaitu tanah terbiar yang tidak dimiliki dan tidak diusahakan, dengan tujuan menjadikannya bermanfaat menurut syarak.

Ihyā’ → menghidup & menjadikan bumi sesuai utk tanaman/ kehidupan

Al-mawāt → tanah mati (tanah kosong, terbiar, tiada pemilik)

Ciri tanah yg tidak boleh diterokai:

  1. Tanah terletak dalam kawasan bandar atau kawasan pembangunan

  1. Jauh dari kawasan bandar dan kawasan pembangunan.

  2. Tanah yang pernah dimiliki oleh seseorang adalah tidak dibenarkan

  3. Tanah yang digunakan untuk tujuan tertentu juga tidak dibenarkan seperti tempat pembuangan sampah, hutan simpan dan tempat penternakan.

Syarat Penerokaan Tanah:

  • Mendapat kebenaran dan keizinan pemerintah

  • Melakukan kerja-kerja awal penerokaan (al-Tahjir)

  • Berhak menghalang orang lain meneroka tanah selama 3 tahun.

Syarat Penguasaan Binatang Buruan:

  • Niat utk memburu

  • Tidak berada di Tanah Haram Makkah dan Madinah

  • Tidak berada dalam keadaan ihram haji/umrah

  • Haiwan yg dibenarkan disisi syarak

Binatang buruan dianggap harta mubah kerana belum dimiliki sesiapa. Jika ditangkap binatang milik orang lain, mesti dikembalikan kepada pemilik. Jika pemilik tidak diketahui, binatang dianggap sebagai barang hilang (luqatah) dan perlu diiklankan dalam jangka masa tertentu.

Menguasai Rumput dan Kayu Kayan:

  • Rumput yang dianggap harta mubah ialah rumput yang tumbuh dengan sendiri secara liar sama ada di atas tanah yang ada pemilik atau tidak ada pemilik.

  • Kayu kayan yang dianggap sebagai harta mubah pula ialah pokok yang berbatang (berkayu) yang hidup di hutan belantara atau di kawasan yang tidak ada pemilik.

Ma’adin (Bahan Galian): Harta di dalam bumi yang masih semula jadi dan belum diproses, seperti emas, perak, besi, arang batu, minyak, dan lain-lain.

  • Bahan Logam Boleh Lebur: Emas, perak, tembaga, besi

  • Bahan Galian Tidak Boleh Lebur: Batu Permata

  • Bahan Cecair: Gas Asli dan minyak

Pandangan Mazhab

  • Mazhab Maliki: Barang yang dijumpai tidak boleh dimiliki individu, menjadi milik negara.

  • Mazhab lain (termasuk Hanafi):

    • Jika dijumpai di tanah tidak dimiliki, boleh menjadi milik penemu.

    • Jika dijumpai di tanah milik orang lain, hak milik menjadi milik tuan tanah (Mazhab Hanafi: 1/5 untuk negara).

Kunuz ( Harta Karun): Harta yang dulu dimiliki manusia tetapi terkubur di bumi kerana ditanam atau akibat bencana seperti gempa bumi, banjir, dan lain-lain.

  • Sebelum kedatangan Islam: Tiada perlambangan Islam

  • Setelah kedatangan Islam: Ada perlambangan Islam seperti dinar emas

Pemilikan

Harta Karun Islam:

  • Mazhab Hanafi: dikira sebagai luqatah.

  • Mazhab lain: Harus pemilikan.

Harta Karun Jahiliyah:

  • 1/5 diserahkan ke Baitulmal (sepakat ulama).

  • Baki dua pandangan:

    1. Menjadi milik penemu, sama ada di tanah milik orang atau tidak.

    2. Menjadi milik penemu hanya jika ditemui di tanah tiada pemilik.


2) Ketetapan syarak- Faraid, Zakat, dan kontrak yang dibenarkan.

  1. Faraid: Pembahagian harta orang Islam yg telah meninggal dunia, sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak.

Harta akan dibahagikan selepas ditolak perkara berikut:

  • Kos pengurusan jenazah

• Pengurusan hutang si mati

• Pengurusan wasiat

• Pembahagian harta pusaka setelah langkah-langkah di atas diselesaikan.

  1. Zakat: Mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan

    kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah

    memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan syarak.

  1. Hak Syuf’ah: Hak untuk memiliki harta tak alih yang telah dijual oleh rakan kongsi lama kepada seseorang dengan cara paksaan.

• Penerima syuf’ah perlu membayar harga tanah itu dan segala kos yang telah dibelanjakan.

Syarat-syarat Syuf’ah:

  • Melibatkan harta A’qar (harta tak alih) sahaja.

  • Transaksi penjualan harta A’qar adalah sah disisi syarak.

  • Penerima syuf’ah mempunyai hak milik sempurna ke atas harta A’qar tersebut.

  • Penerima Syuf’ah tidak merestui penjualan.

  • Penerima syuf’ah mampu membayar harga yg dibayar oleh pembeli baru.

  1. Nafkah: Nafkah ialah segala apa yang diperlukan oleh seseorang untuk kehidupan seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.

Jenis Nafkah:

• Atas sebab perkahwinan, suami beri nafkah pada isteri.

• Atas sebab keturunan, ayah beri nafkah pada anak.

• Nafkah untuk ibu bapa di saat mereka memerlukan.


3) Kontrak yang diharuskan syarak- Jual beli, hibah, wasiat, sedekah, pertambahan harta, iqta’(pemberian tanah oleh pemerintah kepada individu)

  1. Jual beli: Suatu akad dalam menukarkan sesuatu harta dengan

    harta yang lain bagi tujuan pemilikan.

Pemilikan sempurna atas jual beli:

  • Kontrak jual beli yang diiktiraf syarak.

  • Kontrak yang tidak diiktiraf syarak adalah tidak sah dan tidak memberikan pemilikan sempurna kepada pihak-pihak terlibat.

  1. Hibah: Pemindahan hak milik tanpa sebarang gantian ketika masih hidup dan dilakukan dengan sukarela.

Ciri-ciri Hibah:

• Kontrak pemberian hak milik.

• Tidak ada sebarang balasan (‘iwad).

• Ijab dan qabul.

• Harta ‘ain bukan hutang atau manfaat.

• Berkuatkuasa semasa hidup pemberi hibah.

• Kontrak sukarela.

• Tujuan bukan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang.

  1. Wasiat: Pemberian harta kepada seseorang (bukan waris) yang boleh dinikmati selepas pemberi meninggal dunia mengikut kehendak yang telah diwasiatkan.

Syarat wasiat:

• Boleh kepada sesiapa sahaja dengan syarat bukan ahli waris.

• Wasiat semasa seseorang itu masih hidup.

• Dibuat oleh orang yang ada kelayakan.

• Wasiat tidak sah terhadap pembunuh (penerima wasiat).

• Tidak lebih 1/3 dari harta peninggalan si mati.

  1. Sedekah

    • Pemberian seorang muslim kpd org lain secara sukarela dan ikhlas tanpa had masa atau jumlah.

    • Boleh melibatkan harta, amal atau perbuatan baik.

  2. Hasil pertambahan harta itu sendiri

    • Pertambahan pada harta menjadi milik penuh pemilik.

    • Contoh: kambing melahirkan anak, perniagaan dapat keuntungan.

  3. Iqta’ - Pemberian tanah oleh kerajaan

    • Tanah diberikan kepada orang yang layak.

    • Dalam Islam, terdapat 3 jenis:

      1. Iqta’ Tamlik – pemberian hak milik penuh.

      2. Iqta’ Istighlal – pajakan masa tertentu

      3. Iqta’ Irfaq – pemberian sementara untuk tujuan tertentu.


b. Pemilikan Tidak Sempurna | Al-Milk Al-Naqis

  • Definisi: Pemilikan yang terhad di mana pemilik hanya memiliki salah satu daripada dua unsur: sama ada fizikal atau manfaat sahaja.

  • Ciri-ciri:

    • Bersifat sementara, tidak kekal ditangan pemillik

    • Tidak boleh diwarisi sekiranya pemilik meninggal.

    • Perlu bayar ganti rugi jika rosak.

    • Harta atau hak manfaat hendaklah diserahkan semula kepada pemilik apabila tempoh penggunaan telah berakhir.

    • Memerlukan pemilik untuk menanggung kos pemeliharaan harta.

Pembahagian

1) Al-MILK AL-AIN | AL-MILK AL-RAQABAH -Pemilikan barang atau bendanya

sahaja sedangkan manfaatnya dimiliki oleh orang lain.

Hak Pemilikan: Orang yang memiliki barang tersebut tidak boleh memanfaatkannya kerana ia telah menjadi milik orang lain.

Pemilikan: Pemilikan barang atau bendanya sahaja sedangkan manfaatnya dimiliki oleh orang lain.

Hukum Yang Berkaitan:

  1. Pemiliknya tidak berhak menggunakan dan memanfaatkan harta tersebut.

  2. Pemiliknya tidak boleh melakukan sebarang perbuatan yang boleh menghalang pemilik manfaat itu daripada mendapat manfaat terhadap harta tersebut.

  3. Harta tersebut akan berpindah kepada ahli waris apabila pemilik harta itu meninggal dunia.


2) Al-MILK AL-MANFAAH AL-SYAKHSI | HAQ AL-INTIFA’

a. Pinjaman ( I’arah)

Mazhab Hanafi & Maliki:

  • Pemilikan atas manfaat tanpa imbalan dan pertukaran.

  • Boleh dimanfaatkan untuk diri sendiri dan dipinjamkan kepada

orang lain tetapi tidak boleh menyewakan (ijarah) pada orang lain.

Mazhab Syafi’ dan Hanbali

  • Keharusan mengambil manfaat tanpa balasan

  • Peminjam tidak ada hak untuk meminjamkan kpd org lain

b. Sewaan ( Al-Ijarah)

  • Pemilikan atas manfaat dengan memberi imbalan.

  • Seseorang yang mendapat manfaat perlu memberi sesuatu

kepada pemiliknya seperti wang atau barang yang bernilai.

Manfaat Sewaan:

  • Boleh dimanfaatkan untuk dirinya atau berkongsi dengan orang

lain secara percuma.

  • Boleh disewakan kepada orang lain dengan manfaat yang sama.

  • Sekiranya berbeza manfaat maka penyewa pertama harus

meminta keizinan atau persetujuan daripada pemilik asal.

c. Wakaf (Al-Waqf)

  • Menahan ‘ain (fizikal) harta milik pewakaf dan

menyedekahkan manfaatnya kepada penerima wakaf.

  • Memberi pemilikan manfaat kepada penerima wakaf.

Manfaat Harta Waqaf:

  • Penerima wakaf berhak mengambil manfaat atas barangan

tersebut untuk dirinya atau berkongsi manfaat harta wakaf

dengan orang lain dengan keizinan pewakaf.

  • Penerima wakaf tidak boleh menjual harta wakaf tersebut.

  • Sekiranya berlaku kematian, harta wakaf tidak boleh

diwariskan.

d. Wasiat Manfaat ( Al- Wasiat Bi Al- Manfa’ah)

Pemberian suatu hak yg boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz ataupun

tidak.

• Menurut Abdul Karim Zaidan, wasiat ialah memberi milik kepada

seseorang secara sukarela yang dilaksanakan selepas kematian

pewasiat sama ada benda atau MANFAAT (Mohd Zamro Muda,

2008).

Aplikasi Wasiat:

  • Wasiat ke atas brg dan manfaat ( pemilikan sempurna)

  • Wasiat atas harta sahaja (milk al-ain).

  • Wasiat ke atas manfaat sahaja.

e. Kebenaran atau Keizinan ( Al - Ibahah): Keizinan atau kebenaran untuk menghabiskan sesuatu seperti keizinan untuk makan makanan, buah-buahan dan sebagainya, atau keizinan menggunakan sesuatu.

Pembahagian Keizinan

• Keizinan am: memanfaatkan kemudahan awam.

• Keizinan khas: keizinan menggunakan barang milik seseorang.











7. TANGGUNGJAWAB PEMILIK HARTA
  • Rancang harta agar tidak beku dalam pelaburan dan simpanan.

  • Laksanakan zakat dan nafkah mengikut ketetapan syarak.

  • Tidak melakukan pembaziran atau menggunakan harta di jalan yang dimurkai Allah.

8. ETIKA PEMILIKAN
  • Keizinan atau kebenaran dari pihak berkuasa untuk mengurus dan memanfaatkan harta.

  • Harta tidak boleh digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan etika Islam.

9. PENUTUP
  • Konsep pemilikan dalam Islam mengutamakan keadilan, kemanusiaan dan mengelakkan penindasan. Harta adalah amanah.