Strategi British

Strategi British Menguasai Negara Kita

Manipulasi

  • British menggunakan isu pewarisan takhta Johor untuk mendapatkan Singapura.
  • British campur tangan dalam perebutan takhta di Perak pada tahun 1871.
  • British menggunakan peristiwa lanun merompak kapal dagang di Kuala Langat dan serangan ke atas rumah api di Tanjung Rachado sebagai alasan campur tangan di Selangor.
  • British mengambil kesempatan daripada konflik pembesar di Sungai Ujong untuk campur tangan di Negeri Sembilan.

Tipu Helah

  • British mendapatkan Pulau Pinang melalui tipu helah.
  • Francis Light melakukan tipu helah kepada Sultan Kedah.

Pakatan

  • British dan Belanda berpakat memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Perjanjian London 1824).
  • Melalui perjanjian tersebut, British berjaya mendapatkan Melaka, manakala Belanda memperoleh Bangkahulu.

Ugutan/Desakan

  • British membuat ugutan/desakan agar sultan menerima Residen British di Selangor dan Pahang bagi menasihati pentadbiran negeri masing-masing.
  • James Brooke mendesak Sultan Brunei dan menuntut diiktiraf sebagai Raja Sarawak.

Perjanjian

  • British mendesak Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan Pahang memeterai perjanjian menerima naungan British.
  • Sultan Brunei bersetuju mengiktiraf James Brooke menjadi Raja Sarawak yang merdeka.

Serangan Fizikal

  • British menyerang Naning, apabila Penghulu Naning Dol Said enggan tunduk kepada kekuasaan British di Melaka pada tahun 1831 dan 1832.
  • British membedil Kuala Terengganu dan meminta Sultan Omar tidak mencampuri masalah perang saudara di Pahang serta masalah takhta Sultan Mahmud Lingga.

Pajakan

  • Melalui pajakan dan pemberian piagam kepada Syarikat British Utara Borneo, British dapat meluaskan pengaruhnya ke atas Sabah.