Nota Kuliah: Alam dan Manusia
Pendahuluan
- Terdapat kepercayaan umum bahawa alam semesta mempunyai permulaan (dahulunya tiada, kemudian diadakan).
- Akal manusia mempunyai had dalam mencari kebenaran hakiki tentang penciptaan tanpa panduan agama, yang membawa kepada pelbagai hipotesis dan teori.
Kejadian Alam dari Perspektif Sains Barat
- Teori Letusan Besar (Big Bang):
- Berlaku kira-kira 15−20 bilion tahun yang lalu akibat pemampatan jisim atom.
- Letusan menghasilkan suhu yang amat panas, menyebabkan bahan atom berpecah menjadi awan hidrogen dan seterusnya awan galaksi.
- Proses pengembangan dan penyejukan (expanding and cooling) membawa kepada pembentukan bintang, planet, dan sistem cakrawala.
- Tokoh dan Garis Masa:
- Abad ke-15 M: Bermulanya Zaman Renaisans di Eropah sebagai titik mula pemikiran saintifik tentang alam.
- Albert Einstein (1915): Mengutarakan General Theory of Relativity yang menjadi asas teori Big Bang.
- Alexandar Friedmann (1922): Pakar fizik Rusia yang mengukuhkan teori tersebut.
- Edwin Hubble (1929): Menemui bukti kukuh bahawa alam semesta sedang berkembang, menyokong idea asal-usul alam yang bercantum padu.
Kejadian Alam dari Perspektif Al-Quran
- Konsep Pemisahan:
- Al-Quran menjelaskan bahawa langit dan bumi dahulunya bercantum sebagai satu unit sebelum dipisahkan secara sistematik.
- Surah al-Anbiya (21:30): "Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian kami pisahkan keduanya…"
- Konsep Gumpalan Asap:
- Peringkat awal alam semesta adalah dalam bentuk gumpalan asap atau gas.
- Surah Al-Fussilat (41:11): "Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap,…".
- Sains astronomi moden menyokong perkara ini melalui penemuan pembentukan bintang daripada gumpalan gas dan asap (nebula).
- Nebula Laguna: Merupakan contoh gumpalan gas dan asap dengan diameter sekitar 60 tahun cahaya yang menghasilkan bintang-bintang baharu melalui radiasi ultraviolet.