NOTA 1 KBP3073

Teori Berkenaan Numerasi

  • Definisi Numerasi: Sistem untuk mengira atau menomborkan sesuatu (sumber: Cambridge Dictionary).

  • Definisi Matematik: Ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk, susunan, dan hubungan menggunakan simbol (sumber: Kamus Pelajar Edisi Kedua).

  • Pendidikan Khas: Matematik dijadikan mata pelajaran asas yang mencabar bagi murid-murid.

Masalah Pembelajaran dalam Matematik

  • Kelemahan Pelajar: Kelemahan dalam memahami dan menukar masalah matematik dari bentuk ayat kepada nombor (Ying Qi Yoong & Nur Faradilla Mohamad Nasri, 2021).

  • Ketidakupayaan Guru: Ketidakupayaan untuk mengintegrasikan pembelajaran matematik dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) (Hazram Ismail & Nurulain Nabilah Hamzu, 2020).

  • Kekurangan Keyakinan: Bakal guru kurang yakin dengan kebolehan murid dalam menjawab soalan KBAT dan bimbang akan mengecewakan murid dalam memahami konsep.

Teori Jean Piaget

  • Konsep:

    • Skema: beruba dan bertambah melalui proses adaptasi (asimilasi dan akomodasi)

    • Asimilasi: Proses memasukkan maklumat baru ke dalam skema sedia ada.

    • Akomodasi: Mengubah suai skema sedia ada untuk memahami maklumat baru.

    • Keseimbangan: Tahap di mana maklumat baru diserap, menunjukkan kestabilan dalam pemahaman.

  • Skema:

    • Pra konsep yang dibentuk melalui pengalaman harian.

    • Contoh: Mengelompokkan arnab dan kucing disebabkan ciri-ciri yang sama (lembut, kecil, berkaki empat).

Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak Menurut Piaget

  1. Sensori motor (0-2 tahun): Belajar melalui pengalaman sensori dan motor.

  2. Praoperasi (2-7 tahun): Simbol dan tanda digunakan untuk mewakili objek.

  3. Operasi konkrit (7-11 tahun): Berfikir secara logik tetapi tidak abstrak.

  4. Operasi formal (12 tahun ke atas): Berpikir secara abstrak dan logik.

Teori Konstruktivisme oleh Lev Vygotsky

  • Konsep: Pengetahuan dibina dalam minda berdasarkan pengalaman dan interaksi sosial.

  • Zon Perkembangan Proksimal (ZPD): Penzahan antara perkembangan sebenar dan potensi, penting dalam pembelajaran kolaboratif.

  • Peranan Guru: Sebagai pembimbing dan fasilitator; mendukung murid dalam proses pembelajaran melalui scaffolding.

Teori Zoltan Pal Dienes

Peringkat Pembelajaran Dienes

  1. Permainan Bebas: Memperkenalkan kanak-kanak kepada situasi pembelajaran.

  2. Peringkat Perbandingan: Mengenal pasti persamaan dan perbezaan di antara objek.

  3. Peringkat Represntatif: Menggunakan rajah, carta, dan grafik untuk menggambarkan idea.

  4. Peringkat Simbolik: Menggunakan simbol dan rumus untuk merumuskan konsep matematik.

Teori Jerome Bruner

Tiga Peringkat Pembelajaran

  1. Enaktif (0-1 tahun): Pembelajaran melalui interaksi dan tindakan fizikal.

  2. Ikonik (1-7 tahun): Menyimpan maklumat dalam bentuk imej.

  3. Simbolik (7 tahun dan ke atas): Menggunakan simbol-simbol abstrak untuk memahami konsep.

Prinsip Pembelajaran Menurut Bruner

  • Motivasi: Memerlukan motivasi diri untuk meningkatkan proses pembelajaran.

  • Struktur: Pengorganisasian isi pelajaran perlu sesuaikan dengan tahap mentaliti kanak-kanak.

  • Sekuen: Mengatur pengajaran dari yang konkrit ke yang abstrak.

  • Peneguhan: Peneguhan melalui kepuasan dalam pembelajaran.