A. Pengenalan
- Institusi Beraja = sistem pemerintahan tradisional masyarakat Melayu sebelum kedatangan kuasa asing (contoh British).
- Sistem ini bukan sahaja mengatur pemerintahan, malah turut membentuk struktur sosial dan budaya orang Melayu.
- Raja atau sultan adalah ketua negara dengan kuasa mutlak dalam semua aspek kehidupan rakyat.
- Baginda dianggap pemerintah berdaulat, suci, serta bertanggungjawab menjaga keamanan, keadilan, dan kemakmuran negeri.
- Raja tidak memerintah bersendirian; dibantu pembesar seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana, dan Syahbandar dalam mengurus pentadbiran negeri.
B. Konsep Raja
a. Asal-Usul Konsep Raja (Pengaruh Hindu-Buddha)
- Asal-usul raja Melayu berkait rapat dengan pengaruh Hindu-Buddha dibawa pedagang dan pendakwah dari India sejak abad ke-1 Masihi.
- Dalam kepercayaan ini, raja dianggap Devaraja, penjelmaan dewa di dunia atau sekurang-kurangnya berketurunan daripada dewa.
- Konsep Devaraja menjadikan raja bukan hanya pemimpin politik, tetapi juga pemimpin spiritual yang suci dan tidak boleh disentuh oleh orang biasa.
- Kedudukan raja sangat tinggi dan dimuliakan, digambarkan sebagai “bayangan dewa” yang membawa kesejahteraan kepada rakyat.
- Konsep ini mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan: susunan masyarakat, adat istiadat, dan sistem pentadbiran.
b. Perubahan Selepas Kedatangan Islam
- Kedatangan Islam ke Alam Melayu sekitar abad ke-13 membawa perubahan besar pada konsep ketuhanan raja; Islam menolak ketuhanan pada manusia.
- Oleh itu, kepercayaan bahawa raja adalah penjelmaan dewa digantikan dengan konsep raja sebagai Zillullah fil-Ard (Bayangan Allah di muka bumi).
- Walaupun tidak lagi dianggap dewa, baginda kekal tinggi sebagai khalifah atau wakil Tuhan yang bertanggungjawab menjalankan pemerintahan secara adil berlandaskan hukum Islam.
- Gelaran Hindu seperti “Sri Maharaja” digantikan dengan gelaran Islam seperti Sultan, Syah, atau Raja.
- Rakyat diwajibkan taat kepada Aulul Amri (pemimpin Islam) selagi pemerintah adil dan tidak menyeleweng daripada hukum Allah.
- Perintah raja dianggap sebagai perintah Tuhan; sesiapa yang melanggar titah baginda dianggap berdosa besar.
C. Konsep Daulat dan Derhaka
Konsep Daulat
- Daulat merujuk kuasa, kekuatan, dan kemuliaan yang dikurniakan Tuhan kepada raja.
- Ia adalah konsep sakral—raja bukan sekadar pemimpin biasa tetapi mempunyai kuasa spiritual yang tidak boleh dicabar.
- Kuasa ini membolehkan baginda menjaga keharmonian negeri, melindungi rakyat, dan memastikan keadilan.
- Dalam masyarakat Melayu, daulat raja dipandang tinggi dan suci; rakyat tidak boleh menyentuh atau melawan raja kerana dianggap membawa tulah akibat derhaka.
- Rakyat mesti menunjukkan ketaatan mutlak kepada raja sebagai tanda penghormatan terhadap kuasa daulat baginda.
Konsep Derhaka
- Derhaka bermaksud perbuatan melawan, mengingkari, atau membelakangkan perintah raja.
- Ia merupakan kesalahan besar dalam budaya Melayu dan dianggap sebagai dosa dari segi agama dan adat.
- Derhaka boleh dikenakan hukuman berat dan dipercayai menimbulkan musibah kepada individu atau keturunan.
- Antara contoh derhaka:
- a. Mengingkari titah perintah raja
- b. Menipu atau menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan raja
- c. Membunuh atau menyakiti utusan diraja
- d. Menghina institusi raja secara terbuka
- Sejarah mencatatkan asal-usul konsep daulat dan derhaka daripada perjanjian antara Demang Lebar Daun (wakil rakyat) dan Seri Teri Buana (wakil raja).
- Perjanjian ini menetapkan rakyat taat setia kepada raja, manakala raja berjanji tidak zalim terhadap rakyat.
D. Keistimewaan Raja
- Warna Diraja
- Warna simbol kekuasaan dan status sosial:
- a. Kuning: hanya untuk raja dan kerabat diraja.
- b. Putih: kesucian, khusus untuk sultan dalam upacara rasmi.
- c. Payung kuning: untuk anak raja; Payung putih: untuk sultan.
- Bahasa Istana / Bahasa Dalam
- Bahasa istana berbeza daripada bahasa harian; digunakan untuk menzahirkan kesopanan dan menghormati kedudukan raja.
- Contoh: Beta (saya – digunakan oleh raja), Patik (saya – digunakan rakyat kepada raja), Gering (sakit), Santap (makan), Beradu (tidur), Mangkat (meninggal), Bersiram (mandi).
- Alat Kebesaran Diraja
- Lambang kedaulatan, keagungan, dan warisan turun-temurun; digunakan dalam upacara penting seperti pertabalan, perkahwinan, kemangkatan.
- Contoh alat kebesaran:
1) Cap Mohor Diraja
- Fungsi: memeterai surat rasmi/dokumen/titah diraja; simbol keabsahan titah sultan.
- Ciri khas: biasanya logam mulia (emas) dengan ukiran Jawi/Arab atau lambang negeri; hanya raja yang berhak menggunakannya.
2) Nobat - Fungsi: alat muzik tradisional istana untuk upacara rasmi (pertabalan, perkahwinan diraja, keberangkatan masuk/keluar sultan, hari keputeraan).
- Instrumen: nafiri, serunai, gendang nobat, gong.
- Keistimewaan: hanya dimainkan oleh Orang Nobat; tidak semua negeri miliki Nobat (ada di Perak, Kedah, Terengganu); dipercayai mempunyai unsur keramat.
3) Keris Diraja - Fungsi: melambangkan kekuasaan, keadilan, keberanian; berhulu emas, bersarung gading/kayu terpilih, dihias batu permata.
- Kegunaan: dibawa semasa pertabalan; disisip di pinggang ketika istiadat rasmi.
- Simbolik: tanda kebesaran dan hak sultan memerintah.
4) Mahkota - Fungsi: digunakan semasa pertabalan sebagai tanda sahlah sultan menaiki takhta.
- Reka bentuk: emas, hiasi batu permata, ukiran lambang diraja dan bunga raya.
- Simbolik: tanda kedaulatan tertinggi dan kekuasaan penuh sultan.
- Tengkolok / Destar / Tanjak
- Fungsi: penutup kepala tradisional lelaki Melayu dipakai oleh sultan.
- Rekaan: dilipat gaya tertentu (contoh: gaya ‘Dendam Tak Sudah’ di Perak).
- Simbolik: menunjukkan keperibadian, kebijaksanaan, dan kebesaran raja.
- Payung Diraja
- Fungsi: dibawa dalam perarakan dan majlis rasmi untuk melindungi sultan dari sinar matahari.
- Jenis:
- a. Payung Kuning: digunakan oleh kerabat diraja.
- b. Payung Putih: khusus untuk sultan.
- Simbolik: melambangkan perlindungan dan kekuasaan diraja; digunakan hanya oleh bangsawan tertinggi.
- Lembing dan Tombak Diraja
- Fungsi: dibawa oleh pengiring raja dalam majlis rasmi.
- Rekaan: panjang, berbilah tajam, diperbuat daripada besi atau perak; dihias dengan baldu atau emas.
- Simbolik: kekuatan, keberanian, ketegasan raja dalam mempertahankan negeri dan rakyat; simbol kuasa untuk menjatuhkan hukuman.
- Pending Diraja
- Fungsi: tali pinggang berhias besar dipakai semasa istiadat.
- Ciri: emas berukir lambang kerajaan.
- Simbolik: melambangkan keutuhan dan keteguhan kuasa raja dalam memegang pemerintahan.
- Tepak Sirih Diraja
- Fungsi: digunakan dalam adat seperti pertabalan dan perkahwinan diraja.
- Isi: sirih, pinang, gambir, kapur, tembakau.
- Simbolik: melambangkan kehalusan budi, adat istiadat, dan kemuliaan budaya Melayu.
- Gendang, Nafiri, Serunai, Gong
- Fungsi: sebahagian daripada alat muzik Nobat; digunakan dalam istiadat rasmi dan keagamaan.
- Simbolik: memberi aura sakral dan keagungan; irama menandakan ketibaan atau keberangkatan sultan.
- Simbolik Umum
- Keseluruhan alat kebesaran menggambarkan kedaulatan, kemuliaan, dan hak istimewa institusi beraja.
E. Sistem Pelantikan Raja / Sultan
- Sistem Warisan pelantikan biasanya patrilineal (keturunan sebelah bapa).
- Anak gahara: anak yang lahir daripada perkahwinan sultan dengan permaisuri berdarah raja diberi keutamaan.
- Persetujuan Pembesar
- Sesetengah negeri memerlukan restu pembesar walaupun calon adalah waris sah; tujuan mengelakkan raja lemah atau zalim memerintah.
- Pelantikan Mengikut Negeri
- a. Perak - Sistem penggiliran
i. Kaedah perwarisan takhta secara giliran antara cabang keluarga diraja, bukan primogenitur.
ii. Calon melalui susunan: Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda, Sultan. - b. Negeri Sembilan - Sistem demokrasi berasaskan Adat Perpatih
i. Penggabungan unsur demokrasi dan adat perpatih; pemilihan Yang di-Pertuan Besar (YDPB) oleh pembesar adat, Undang Yang Empat.
ii. Undang Yang Empat ialah empat pembesar adat tertinggi dengan kuasa memilih dan melantik YDPB.
iii. YDPB dilantik daripada kalangan kerabat diraja yang layak. - c. Pahang, Terengganu, Selangor - Sistem perwarisan
i. Sistem pewarisan; pemindahan kuasa/gelaran/harta/kedudukan kepada pengganti sah (biasanya putera mahkota atau Yang di-Pertuan Muda yang telah dilantik sejak awal).
F. Peranan Sultan
Aspek Politik
- Institusi Raja berfungsi dalam kerangka Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen; walaupun bukan pemerintahan mutlak, rajanya tetap berperanan penting dalam tiga cabang pemerintahan: legislatif, eksekutif, dan kehakiman.
- Kedudukan Raja termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri; diperkukuh melalui Majlis Raja-Raja; Raja berperanan sebagai simbol dan penjaga asas pemerintahan negara.
a. KUASA LEGISLATIF (PERUNDANGAN)
- Kuasa menggubal, meluluskan, dan mengesahkan undang-undang.
- Di peringkat negeri: Dewan Undangan Negeri (DUN) melaksanakan fungsi legislatif; Raja/Sultan adalah komponen penting dalam sistem perundangan negeri.
- Peranan Raja dalam Kuasa Legislatif:
a. Memberi perkenan kepada rang undang-undang negeri; undang-undang sah hanya selepas perkenan; tanpa perkenan, rang undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan.
b. Membuka dan membubarkan DUN; pembubaran atas nasihat Menteri Besar.
c. Menyampaikan Titah Diraja semasa pembukaan rasmi DUN, mengandungi nasihat dan hala tuju dasar negeri.
d. Meluluskan Proklamasi Darurat (di peringkat persekutuan) selaras dengan Majlis Raja-Raja; perlu perkenan jika Darurat diisytiharkan di negeri Melayu. - Contoh:
a. Sultan Selangor memberi perkenan terhadap enakmen berkaitan hal ehwal Islam selepas diluluskan DUN Selangor.
b. Sultan Johor menyampaikan titah diraja yang menyeru keutuhan institusi keluarga dan tanggungjawab rakyat.
c. Sultan Kedah membubarkan DUN Kedah atas nasihat Menteri Besar untuk memulakan Pilihan Raya Negeri 2023.
b. KUASA EKSEKUTIF (PELAKSANAAN DASAR)
- Kuasa pelaksanaan; mentadbir dan melaksanakan dasar kerajaan atas nasihat kerajaan yang memerintah; selaras prinsip Raja Berperlembagaan.
- Peranan dalam Kuasa Eksekutif:
1) Melantik Menteri Besar dan EXCO kerajaan negeri yang mendapat sokongan majoriti DUN.
2) Melantik Pegawai Pentadbiran Tinggi Negeri (Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pegawai Undang-Undang Negeri).
3) Ketua Agama Islam Negeri; berkuasa melantik Mufti, Qadi, Imam Besar, dan mengurus zakat, wakaf, serta institusi agama.
4) Melantik Ahli Majlis Agama Islam Negeri dan institusi diraja.
5) Budi bicara Raja: dalam beberapa kes, Raja berkuasa menggunakan kuasa budi bicara (contoh melantik MB tanpa sokongan dominan parti; menolak pembubaran DUN dalam situasi tertentu). - Contoh:
a. Sultan Perak melantik Menteri Besar selepas krisis politik 2009.
b. Sultan Terengganu melantik Mufti dan ahli Majlis Agama Islam Terengganu.
c. Sultan Johor menegaskan pentingnya kuasa eksekutif raja dan isu pemilikan tanah oleh rakyat.
c. KUASA KEHAKIMAN (PERADILAN)
- Kuasa kehakiman = mentafsir undang-undang, mengadili kes, dan menjatuhkan hukuman melalui mahkamah.
- Raja tidak terlibat secara langsung dalam proses kehakiman tetapi mempunyai peranan simbolik dan pelantikan dalam institusi kehakiman.
1) Pelantikan Hakim Mahkamah Syariah Negeri.
2) Pengampunan Diraja.
3) Peranan dalam Pelantikan Ketua Hakim Negara (Persekutuan).
4) Menjaga kedaulatan undang-undang Syariah. - Peranan Raja dalam kuasa kehakiman:
- Raja sebagai Ketua Agama Islam negeri berkuasa melantik Ketua Hakim Syarie dan pegawai kehakiman Islam.
- Raja berkuasa memberi pengampunan/pembebasan pesalah di bawah bidang kuasa negeri.
- Yang di-Pertuan Agong, dengan nasihat Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, melantik Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim tertinggi.
- Raja memelihara keluhuran undang-undang Islam dan memastikan sistem kehakiman Islam di negeri berjalan adil.
- Contoh:
a. Sultan Selangor melantik Ketua Hakim Syarie Negeri berdasarkan kelayakan dan nasihat Majlis Agama.
b. Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.
c. Sultan Kelantan memperkenan pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan sebagai ketua kehakiman Islam negeri.
d. Aspek Ekonomi
1) Penaung kepada Pembangunan Ekonomi Negeri
- Raja/Sultan menjadi penaung projek ekonomi seperti pertanian, pelaburan, pelancongan, perumahan, dan pembangunan luar bandar; merasmikan dan menyokong projek yang memberi manfaat kepada rakyat/negeri.
- Contoh:
a. Sultan Kedah menyokong agro-pelancongan seperti ladang padi moden dan taman herba.
b. Sultan Pahang merasmikan projek pembangunan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah.
2) Melindungi Kepentingan Ekonomi Rakyat Tempatan
- Raja bertindak sebagai pelindung ekonomi rakyat tempatan, terutama hak milik tanah, hartanah, air, sumber asli; menegur kerajaan/swasta jika pembangunan menjejaskan kepentingan rakyat.
- Contoh:
i. Sultan Johor mengkritik penjualan hartanah kepada warga asing yang boleh menjejaskan peluang rakyat tempatan memiliki rumah.
ii. Sultan Selangor menolak projek pembangunan yang berpotensi merosakkan alam sekitar dan sumber air rakyat.
3) Peranan dalam Institusi Agama yang Menguruskan Ekonomi Islam
- Sebagai Ketua Agama Islam negeri, Raja/Sultan menaungi institusi seperti MAIN (Majlis Agama Islam Negeri) yang mengurus:
i. Zakat
ii. Wakaf
iii. Baitulmal - Institusi ini mengumpul dan mengagihkan dana kepada fakir miskin, usahawan, pelajar, ibu tunggal, dsb.
- Contoh:
a. Sultan Selangor menaungi LZS (Lembaga Zakat Selangor) yang mengagihkan bantuan kepada rakyat.
b. Sultan Terengganu memperkenan projek hartanah wakaf sebagai sumber hasil MAIN.
4) Menyokong Pelaburan dan Usahawan Tempat
- Raja/Sultan menyokong pelaburan dan industri beretika, mampan, memberi manfaat kepada negeri; sokongan program keusahawanan, koperasi, dan syarikat Bumiputera/IKS.
- Contoh:
i. Sultan Perlis menyokong program keusahawanan belia dan perusahaan makanan tempatan.
ii. Sultan Kelantan menggalakkan pelaburan dalam sektor halal dan pertanian lestari.
5) Memberi Titah Diraja Berkaitan Dasar Ekonomi
- Dalam titah pembukaan sidang DUN, Raja sering memberi pandangan terhadap arah tuju ekonomi negeri (inflasi, kemiskinan, kos sara hidup); titah membantu pentadbiran merangka belanjawan dan dasar fiskal.
- Contoh:
i. Sultan Selangor (2023) menyeru fokus kepada kos sara hidup dan ekonomi rakyat marhaen.
ii. Sultan Johor mengarahkan pembangunan ekonomi yang tidak mengabaikan keseimbangan ekologi dan kesejahteraan masyarakat setempat.
6) Penaung Kepada Yayasan dan Institusi Ekonomi Kebajikan
- Raja menjadi penaung yayasan diraja yang menyalurkan bantuan ekonomi dan biasiswa (Yayasan Raja-Raja Melayu, Yayasan Diraja negeri, dsb).
- Contoh:
i. Sultan Pahang menaungi Yayasan Istana Abdul Aziz untuk membantu golongan B40.
ii. Sultan Perak menaungi Yayasan Sultan Azlan Shah yang memberikan pinjaman pendidikan.
7) Simbol Keyakinan Pelabur Dalam dan Luar Negeri
- Kehadiran sokongan Raja dalam projek pelaburan menandakan kestabilan politik dan keyakinan pelabur; boleh menarik pelabur asing/domestik untuk melabur secara sah dan beretika.
- Contoh:
i. Sultan Johor menghadiri pelancaran Forest City dengan fokus kawalan pemilikan asing.
ii. Sultan Selangor menjadi tetamu kehormat dalam forum ekonomi bersama pelabur Timur Tengah dan ASEAN.
Aspek Sosial
- Raja memainkan peranan penting dalam menjamin kestabilan, perpaduan, dan kesejahteraan masyarakat; kepimpinan dalam adat, agama, perpaduan rakyat, dan pendidikan.
1) Pelindung dan Penaung Agama Islam
- Tanggungjawab menjaga kesucian dan perkembangan Islam; ketua agama Islam negeri; memastikan pelantikan mufti, hakim syarie, dan urusan zakat dikendalikan.
- Contoh:
i. Sultan melantik Mufti Negeri dan ahli Majlis Agama Islam.
ii. Sokong pembinaan masjid dan pusat pengajian Islam.
2) Penaung Adat dan Budaya Tempatan
- Raja sebagai penjaga adat istiadat Melayu; memastikan adat seperti perkahwinan, pertunangan, pertabalan, dan kemangkatan dijalankan mengikut tradisi.
- Contoh:
i. Istiadat pertabalan diraja di Istana Balai Besar.
ii. Majlis adat seperti menjunjung duli atau bersiram tabal.
3) Simbol Perpaduan dan Kestabilan Sosial
- Raja sebagai simbol penyatuan pelbagai lapisan masyarakat tanpa kira kaum atau agama; peranan penting dalam masyarakat berbilang kaum.
- Contoh:
i. Kehadiran raja dalam majlis rasmi pelbagai kaum (Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai).
ii. Titah diraja menyeru rakyat bersatu dan mengekalkan keharmonian kaum.
4) Penaung Pendidikan dan Kebajikan Rakyat
- Menyokong pembangunan pendidikan, kadangkala mewakafkan tanah untuk sekolah/institusi agama; membantu golongan miskin, anak yatim, mangsa bencana.
- Contoh:
i. Raja Perak mendirikan sekolah agama pada awal abad ke-20.
ii. Penubuhan yayasan kebajikan atas nama raja seperti Yayasan Sultan Haji Ahmad Shah di Pahang.
5) Penggerak Identiti dan Jati Diri Bangsa
- Raja sebagai lambang kedaulatan bangsa dan warisan sejarah yang membentuk identiti rakyat; menegakkan nilai kesopanan, kesusilaan, taat setia.
- Contoh:
i. Ucapan raja semasa hari kebangsaan mengingatkan rakyat cintakan negara dan budaya warisan.
ii. Titah diraja menekankan nilai moral dalam pendidikan dan kehidupan.
6) Penyelesai Konflik Sosial dan Perantara Masyarakat
- Dalam masyarakat tradisional, raja juga bertindak sebagai pendamai dalam pertelingkahan antara kumpulan; mengarahkan penghulu/pembesar menyelesaikan pertikaian mengikut adat.
- Contoh:
i. Campur tangan raja dalam menyelesaikan perselisihan antara kampung/puak zaman dahulu.
ii. Mengarahkan pembesar menyelesaikan pertikaian menurut adat.