malayan union
1. Latar Belakang
Diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946.
Tujuan British adalah untuk melicinkan pentadbiran, menjimatkan kos dan mengukuhkan penguasaan British.
Sir Harold MacMichael dihantar untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.
Raja-raja Melayu bersetuju selepas didesak dan dipengaruhi oleh MacMichael
2. Ciri-ciri
smua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan.
Singapura diasingkan.
Diketuai oleh Gabenor British.
Kuasa Raja-raja Melayu dikurangkan.
Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam agama Islam dan adat Melayu.
Kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli.
Kerajaan negeri diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri.
3. Reaksi terhadap Malayan Union
A. Rakyat Tempatan:
Orang Melayu menentang Malayan Union.
Membantah pengurangan kuasa Raja-raja Melayu.
Membantah cara British mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.
Mengadakan demonstrasi dan rapat umum.
Mengadakan Kongres Melayu.
UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Akhbar Melayu digunakan untuk menyebarkan kesedaran tentang Malayan Union.
Golongan wanita turut menyertai gerakan penentangan.
B. Raja-raja Melayu:
Raja-raja Melayu menentang Malayan Union.
Menghantar surat bantahan kepada British.
Menyokong perjuangan rakyat Melayu menentang Malayan Union.
Raja-raja Melayu memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan Union.
Sultan Perak, Sultan Kedah dan Sultan Kelantan menyatakan bantahan terhadap Malayan Union.
Raja-raja Melayu bersama rakyat menentang pelaksanaan Malayan Union.