Economy Chap 1

UNIT EKONOMI


i.Isi Rumah

  • individu atau sekumpulan individu dalam satu keluarga y sama ii membuat keputusan ekonomi

  • isi rumah sebagai pengguna membelanjakan pendapatan yang diperoleh ke atas barang dan penrkhidmatan untuk memaksimumkan kepuasan.


ii. Firma

  • unit ekonomi y mengeluarkan barang dan perkhidmatanndan menjualnya kepa unit ii ekonomi yang lain.

  • Firma sebagai pengeluar menggabungkan faktor pengeluaran utk menghasilkan barang dan perkhidmatan.


iii. Kerajaan

  • unit ekonomi y mengawal aktiviti ekonomi isirumah dan firma melalui penggubalan undang-undang dan peraturan seperti dasar kawalan harga.

  • kerajaan mengenakan cukai dan menggunakan hasil kutipan cukai untuk menyediakan barang awam.


iv'. Sektor luar

  • Sektor luar negara ialah unit ekonomi y menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa melalui eksport dan import dengan unit ekonomi negara itu

  • Unit ekonomi tempatan berperanan sebagai pengguna apabila mengimport barang dri luar negara untuk memaksimumkan kepuasan.

  • unit ekonomi tempatan beerperanan sebagai pengeluar apabila mengeksport barang dan perkhidmatan ke luar negeri utk memaksimumkan keuntungan


FAKTOR PENGELUARAN

  • alam semula jadi atau ciptaan manusia y digunakan dlm proses pengeluaran utk menghasilkan barang dan perkhidmatan.


i. Tanah

  • sumber anugerah alam semula jadi y terdapat d permukaan atau dalam perut bumi seperti hasil hutan, galian dan sumber air.

  • Penawaran faktor itu bersifat tetap kerana tanah yang telah digunakan utk sesuatu tujuan tdk dpt lagi digunakan untuk tujuan lain

  • ganjaran bagi tanah ialah sewa


ii. Buruh

  • Faktor pengeluaran yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental untuk mengahasilkan barang dan perkhidmatan

  • Buruh mempunyai moniliti tempat dan kegunaan kerana buruh dapat dipindahkan dari suatu tempat ke tempat lain dan buruh dapat digunakan utk melakukan pelbagai jenis pekerjaan

  • ganjaran kpd buruh ialah upah


iii. Modal

  • faktor pengeluaran ciptaan manusia seperti jentera dan peralatan yang dpt meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam proses pengeluaran

  • modal tetap tidak akan berubah bentuk slps digunakan dalam proses pengeluaran

  • modal kerja akan berubah bentuk dari segi fizikal slps digunakan

  • ganjaran kepada modal ialah bunga atau faedah


iv. Usahawan

  • individu yang menggabungkan faktor pengeluaran lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan

  • melakukan inovasi dan pembaharuan serta sanggup menanggung risiko utk memghasilakn barang dan perkhidmatan

  • ganjaran ialah untung


KEHENDAK MANUSIA DAN MASALAH ASA EKONOMI

i. Masalah ekonomi

ii. Faktor pengeluaran terhad

iii. Kehendak manusia tidak terbatas.


KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS MENGIKUT UNIT EKONOMI


i. Kekurangan

  • keadaan di mana individu dan masyarakat tidak dpt memiliki semua brg dan perkhidmatan yang dikehendaki kerana kehendak manusia melebihi sumber y sedia ada pada sesuatu masa

  • apabila sesuatu faktor pengeluaran digunakan utk mengeluarkan sesuatu brg maka jumlah barang lain yg dpt dikurangkan terpaksa dikurangkan

  • Masalah kekurangan bagi unit ekonomi:

  • Isi rumah = kekurangan krn pendapatan isi rumah yang terhad adalah sedangkan brg y ingin dimilik tdk terbatas

  • Firma = faktor pengeluaran terhad sedangkan brg yg ingin dikeluarkan oleh firma tidak terbatas

  • Kerajaan = hasil kerajaan tdk mencukupi untuk membiayaai perbelanjaan kerajaan utk menyediakan barang awam


ii. Pilihan

  • keputusan yang di buat oleh pelaku ekonomi utk memilih brg yang dikehendaki dgn menentukan bagaimana sumer ekonomi diagihkan


iii. Kos lepas

  • jumlah brg ekonomi kedua terbaik yg perlu dilepaskan apabila pilihan dibuat utk memperoleh sejumlah brg yg terbaik.



MASALAH ASA EKONOMI


i. Apa brg y dikeluarkan

  • masalah ini merujuk kepada penentu jenis brg yg hendak dikeluarkan utk memenuhi permintaan masyarakat dgn faktor penegluaran yg sedia ada

  • penentu jenis barang akan menentukan corak agihan sumber ekonomi


ii. Berapa banyak brg y dikeluarkan

  • merujuk kpd penentu jumlah brg y perlu dikeluarkan

  • masalah kekurangan mendorong masyarakat menggunakan sumber ekonomi dengan cekap supaya pembaziran faktor pengeluaran tdk berlaku


iii. Bagaimana cara brg dikeluarkan

  • merujuk kpd penentu kaedah pengeluaran y digunakan utk menghasilkan barang dan perkhidmatan

  • pengeluar memaksimumkan keuntungan dgn menentukan kaedah pengeluaran paling cekap utk meminimumkan pengeluaran

  • menentukan sama ada kaedah intensif buruh atau intensif modal berdasarkan harga faktor pengeluaran


iv. Untuk siapa brg dikeluarkan

  • berkaitan dgn bagaimana brg yg dikeluarkan diagihkan kpd pengguna

  • diselesaikan melalui corak pendapatan dan kekayaan pengguna



Pengkelasan Barang

A. Barang Percuma dan Barang Ekonomi

  1. Barang Percuma

(a) Barang percuma ialah barang yang penawarannya tidak terhad dan biasanya terdiri daripada sumber alam semula jadi, misalnya udara, cahaya matahari dan pasir di gurun.

(b) Barang percuma tidak bersifat kekurangan kerana barang itu dapat diperoleh seberapa banyak yang dikehendaki tanpa memerlukan pengorbanan barang yang lain.

(c) Kos lepas barang percuma adalah sifar. Oleh itu nilai barang percuma tidak dapat dinyatakan dalam sebutan harga kerana kos lepas barang percuma adalah sifar.


2. Barang ekonomi

(a) Barang ekonomi ialah barang yang diperlukan manusia tetapi jumlah penawaran barang tersebut adalah terhad.

(b) Barang ekonomi bersifat kekurangan kerana penawarannya yang terhad dan tidak dapat diperoleh seberapa banyak yang dikehendaki. Kos lepas wujud untuk memperoleh barang ekonomi kerana individu perlu mengurangkan sejumlah barang lain untuk memperoleh barang tersebut.

(c) Nilainya dapat dinyatakan dalam sebutan harga kerana pemilikan barang ekonomi melibatkan kos lepas.


B. Barang Modal, Barang Perantaraan dan Barang Akhir

1. Barang Modal/Barang Pengeluar

(a) Barang modal ialah barang yang digunakan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang yang lain. Barang modal tidak digunakan oleh pengguna akhir.

(b) Bentuk fizikal barang modal tidak berubah selepas digunakan dan tidak dapat memuaskan kehendak pengguna secara langsung.


2. Barang Perantaraan

(a) Barang perantaraan ialah barang yang masih perlu diproses lagi untuk menjadi barang akhir supaya dapat digunakan oleh pengguna.

(b) Barang perantaraan digunakan sebagai input dalam proses pengeluaran. Barang itu akan hilang bentuk asalnya apabila diproses sehingga menjadi barang akhir.


3. Barang Akhir/Barang Pengguna

(a) Barang akhir ialah barang yang dapat digunakan secara langsung oleh pengguna.

(b) Barang pengguna terbahagi kepada barang tahan lama dan barang tak tahan lama.


C. Takrif Barang Awam dan Barang Persendirian

1. Barang Awam

(a) Barang awam ialah barang dan perkhidmatan yang apabila ditawarkan, barang tersebut digunakan secara bersama oleh semua pihak.

(b) Barang awam tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian, iaitu sama ada seseorang pengguna membayar atau tidak, pengguna tidak dapat dilarang daripada menggunakan barang tersebut.

(c) Barang awam tidak bersifat bersaing, iaitu penggunaan barang awam oleh seseorang tidak akan mengurangkan faedah penggunaan barang itu kepada pihak yang lain.

(d) Barang awam biasanya dibiayai oleh kerajaan melalui hasil kutipan cukai untuk menaikkan taraf kebajikan rakyat.


2. Barang Persendirian

(a) Barang persendirian ialah barang yang hanya dapat digunakan oleh pemilik pada sesuatu masa dan faedah penggunaannya tidak dapat dinikmati oleh orang yang lain.

(b) Barang persendirian tertakluk kepada prinsip pengecualian, iaitu seseorang dapat disekat daripada menggunakan barang itu jika dia tidak membayar untuk barang tersebut.

(c) Barang persendirian bersifat bersaing kerana faedah penggunaan barang itu akan berkurang selepas barang itu digunakan.

(d) Barang itu dikeluarkan oleh pengeluar swasta dengan matlamat untuk memperoleh keuntungan.


D. Menggunakan KKP untuk menjelaskan

1. Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas

KKP dapat digunakan untuk menerangkan:

1 Konsep kekurangan

(a) Kecerunan negatif KKP menunjukkan konsep kekurangan di mana ekonomi tidak dapat lagi menambahkan pengeluaran suatu barang tanpa mengurangkan pengeluaran barang lain.

(b) Dengan menggunakan semua faktor pengeluaran dan teknologi yang sedia ada, ekonomi hanya dapat mengeluarkan kombinasi dua barang yang terletak di sepanjang KKP.


2 Konsep Pilihan
(a) Pergerakan titik di sepanjang KKP menunjukkan pilihan masyarakat untuk mengeluarkan pelbagai kombinasi dua barang sepanjang KKP.
(b) Pergerakan titik daripada kombinasi A ke kombinasi B (Rajah 1.4) menunjukkan masyarakat memilih pilihan untuk mengeluarkan lebih banyak barang modal dengan mengurangkan pengeluaran barang pengguna.
(c) Pergerakan titik daripada kombinasi E ke kombinasi F menunjukkan masyarakat mempunyai pilihan untuk mengeluarkan lebih banyak barang pengguna dengan mengurangkan pengeluaran barang modal.


3 Konsep kos lepas

(a) Kecerunan KKP menunjukkan kos lepas yang perlu ditanggung apabila masyarakat membuat pilihan kombinasi barang yang ingin dikeluarkan.

(b) Pilihan untuk menambahkan pengeluaran satu barang memerlukan masyarakat untuk melepaskan sejumlah barang yang lain.


ii. Analisis pengeluaran cekap, tidak cekap dan kombinasi barang yang tidak dapat dicapai

Berdasarkan KKP, keupayaan pengeluaran barang dapat dibahagikan kepada:

1 Kombinasi barang yang dapat dikeluarkan secara cekap iaitu kombinasi barang di sepanjang keluk KKP, iaitu kombinasi A, B, C, D, E dan F yang menunjukkan had maksimum kombinasi dua barang yang dapat dikeluarkan dengan faktor pengeluaran dan teknologi yang sedia ada.

2 Kombinasi barang yang dapat dicapai tetapi berlaku pembaziran faktor pengeluaran seperti yang ditunjukkan oleh kombinasi barang yang berada di dalam keluk KKP, misalnya titik G. Kombinasi barang yang dapat dikeluarkan tetapi berlaku pembaziran sumber kerana faktor yang ditawarkan tidak digunakan dengan cekap. Ekonomi masih dapat menambahkan pengeluaran barang tanpa mengurangkan pengeluaran barang lain dengan meningkatkan kecekapan penggunaan faktor pengeluaran.

3 Kombinasi barang yang tidak dapat dicapai seperti yang ditunjukkan oleh kombinasi barang di sebelah kanan KKP, misalnya titik H. Hal ini kerana faktor pengeluaran dan tingkat teknologi yang ada belum mampu menghasilkan kombinasi barang tersebut.


iii. Kesan Perubahan Faktor Pengeluaran dan Teknologi

1 Kedudukan keluk kemungkinan pengeluaran adalah tidak tetap. Keluk kemungkinan akan beralih ke kanan atau ke kiri apabila berlaku perubahan kuantiti faktor pengeluaran dan teknologi.

2 Peralihan KKP ke kanan (Rajah 1.5) menunjukkan keupayaan pengeluaran barang telah meningkat apabila berlaku:
(a) Pertambahan faktor pengeluaran, misalnya
– kemasukan tenaga buruh asing menambahkan bilangan tenaga buruh dalam negara
– penemuan sumber galian yang baru meningkatkan kapasiti pengeluaran dalam ekonomi
(b) Kemajuan tingkat teknologi dalam proses pengeluaran, misalnya
– penggunaan peralatan dan mesin yang lebih canggih untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran
– berlaku pembaharuan dalam kaedah pengeluaran yang meningkatkan produktiviti/ keupayaan pengeluaran


3 Peralihan KKP ke kiri (Rajah 1.5) menunjukkan kemerosotan keupayaan pengeluaran barang apabila berlaku:
(a) Pengurangan faktor pengeluaran, misalnya
– migrasi tenaga buruh tempatan ke luar negara, peperangan dan bencana alam mengurangkan bilangan tenaga buruh dalam negara.
– kepupusan sumber galian/ sumber alam mengurangkan bekalan bahan mentah dan kapasiti pengeluaran dalam ekonomi
(b) Kemerosotan tingkat teknologi dalam proses pengeluaran, misalnya
– penggunaan peralatan dan mesin lama yang menjejaskan kecekapan pengeluaran
– pengurangan penggunaan kaedah pengeluaran yang lama yang menjejaskan kecekapan pengeluaran



KOS LEPAS


i. kos lepas menaik

  • ialah keadaan di mana bagi setiap unit tambahan suatu brg jumlah brg lain perlu dilepaskan semakin meningkat

  • berbentuk cembung

  • faktor pengeluaran merupakan pengganti yg tdk sempurna


ii. Kos lps malar

  • ialah keadaan di mana bagi setiap unit tambahan sesuatu brg, jumlah brg y perlu dilepaskan adalah sama

  • kkp yg berbentuk garis lurus dan berkecerunan negetif

  • faktor pengeluaran merupakan pengganti yg sempurna