1.1 Konsep Alam Melayu
Pengenalan
Merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia.
Juga dikenali sebagai Kepulauan Melayu dan Dunia Melayu.
Gugusan tanah luas yang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan dikenali sebagai Pentas Sunda.
Manusia yang masih tinggal disini berkongsi tamadun yang sama seperti kepercayaan, asal usul keturunan, bahasa, budaya dan masyarakat.
Konsep Alam Melayu boleh dilihat dari sudut geografi, bahasa, dan budaya.
Geografi
Terdapat pelbagai pendapat tokoh-tokoh tempatan dan luar negara tentang aspek geogradi Alam Melayu. Antaranya adalah :
Professor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman :
“Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepualauan Pasifik dan sampai ke Taiwan.”
Abdul Hadi Haji Hassan ( H.H.H ) :
“Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand.
Professor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta ( Dr. ) Ismail Hussein :
“Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Filipina.”
Alfred Russel Wallace :
“Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina, Dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea.”
Professor Dr. Ding Choo Ming :
Dunia Melayu mwrupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina.
Bahasa
Konsep Alam Melayu juga boleh dilihat dari aspek bahasa yang dikaitkan dengan Bahasa Melayu.
Professor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar :
“Bahasa serumpun di Alam Melayu mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi.”
Contoh : BM = Empat manakala Indonesia = Papat
Sutan Takdir Alisjahbana :
“Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak awal Masihi lagi. Sifat orang Melayu yang gemar belayar telah mengembangkan lagi Bahasa Melayu ke Alam Melayu. Tambahan pula sifat Bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari.
Budaya
Penduduk di Alam Melayu mempunyai budaya serumpun yang merangkumi bahasan dan tulisan, persuratan, struktur sosial, kesenian, kepercayan dan adat.
Dato’ A.Aziz Deraman :
“Sejak awal lagi, budaya di Alam Melayu ini telah berkembang maju dengan munculnya bebeeapa kepandaian tertentu dalam bidang kesenian seperti pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri. Kedua-dua kepandaian ini merupakan ciptaan asli di Alam Melayu. Selain itu, nilai-nilai serumpun wujud masyarakat Alam Melayu adalah gotong-royong. Dalam aspek seni persembahan pula, muncul wayang kulit di Kelantan dan Pulau Jawa.
.