TOPIK 8 PERSONALITI
TOPIK 8: PERSONALITI PSIKOLOGI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
Kursus: EDUP 3013
TEORI PERSONALITI
Teori Psikoanalitik: Sigmund Freud
Teori Psikologi Analitikal: Carl Jung
Teori Trait: Gordon Allport
Konsep Personaliti
Faktor Pengaruh Pembentukan Personaliti
Pengaruh Personaliti Terhadap Pembelajaran
PENGENALAN
Definisi: Perkataan "persona" adalah asal daripada bahasa Latin, bermakna topeng yang dikenakan oleh pelakon.
Personaliti menghubungkan pemikiran, emosi, perasaan dan perilaku manusia.
Pengamatan personaliti dilakukan melalui tingkah laku, cara bercakap, dan penyelesaian masalah.
Setiap individu adalah unik dan berbeza dari sudut personaliti.
KONSEP PERSONALITI
Merujuk kepada corak pemikiran, perasaan, dan tingkah laku yang konsisten dari masa ke masa.
Melibatkan aspek dalaman (nilai, kepercayaan, sikap, motivasi) yang mempengaruhi tingkah laku luaran.
Personaliti membentuk cara individu berinteraksi dengan dunia.
ASPEK- ASPEK UTAMA PERSONALITI
Kekal dan Konsisten: Personaliti stabil tetapi boleh berubah dengan pengalaman.
Berorientasikan Dalaman dan Luaran: Mengandungi faktor pemikiran, perasaan, serta tingkah laku yang dapat diperhatikan.
Unik dan Individu: Setiap individu memiliki ciri personaliti yang unik.
KOMPONEN PERSONALITI
Ciri Sifat (Traits): Ciri konsisten (contoh: pemalu, berani). Contoh: Model Big Five Traits.
Perangai (Temperament): Sifat semula jadi yang diwarisi sejak lahir.
Motivasi dan Nilai: Pemicu tindakan dan pandangan tentang apa yang bernilai.
Sikap (Attitude): Pandangan terhadap diri sendiri dan dunia.
FAKTOR PENGARUH PEMBENTUKAN PERSONALITI
Genetik: Warisan biologi mempengaruhi perangai.
Persekitaran: Budaya, keluarga, pendidikan, dan rakan sebaya.
Pengalaman Hidup: Peristiwa penting yang membentuk pandangan dan tingkah laku.
TEORI PSIKOANALITIK SIGMUND FREUD
Teori: Memahami keperibadian, motivasi, dan tingkah laku melalui minda bawah sedar dan konflik dalaman.
Konsep Utama: Struktur minda, tahap perkembangan psikoseksual, mekanisme pertahanan.
STRUKTUR MINDA MENURUT FREUD
Id: Primordial, didorong oleh naluri asas, berfungsi berdasarkan prinsip keseronokan.
Ego: Bahagian rasional yang menyeimbangkan Id dan Superego, berfungsi mengikut prinsip realiti.
Superego: Bahagian moral yang memandu keputusan berdasarkan norma sosial.
TAHAP MINDA MENURUT FREUD
Minda Sedar: Pemikiran yang disedari.
Minda Pra-Sedar: Maklumat yang tidak aktif tetapi boleh diakses.
Minda Bawah Sedar: Pemikiran dan keinginan yang tidak disedari, tetapi mempengaruhi tingkah laku.
MEKANISME PERTAHAN
Ego melindungi diri dari konflik, contohnya:
Penyangkalan
Rasionalisasi
Sublimasi
Pemindahan
Projekti
Introjeksi
Pembentukan Reaksi
Kompensasi
Fantasi
IMPLIKASI TEORI PSIKOANALITIK DALAM PEMBELAJARAN
Pendidikan Emosi: Membantu pelajar mengawal emosi mereka.
Pembangunan Moral: Merangsang nilai moral melalui Superego.
Pemahaman Masalah Tingkah Laku: Kenal pasti trauma awal atau konflik yang mempengaruhi disiplin.
Psikologi Kanak-Kanak: Penekanan pada pengalaman awal dalam pembentukan keperibadian.
TEORI PSIKOLOGI ANALITIKAL CARL JUNG
Bertujuan untuk memahami keperibadian, struktur minda, simbolisme kehidupan.
Menekankan minda individu dan kolektif.
KONSEP UTAMA TEORI JUNG
Minda Sedar: Pemikiran di sedari.
Minda Tidak Sedar Peribadi: Kenangan dan pengalaman yang tidak diakses tetapi mempengaruhi tingkah laku.
Minda Tidak Sedar Kolektif: Mengandungi arketip dan simbol universal.
ARKETIP DALAM TEORI JUNG
Persona: Topeng sosial yang dimainkan.
Shadow: Bahagian gelap personaliti.
Anima dan Animus: Unsur feminin dan maskulin dalam diri.
The Self: Arketip integrasi dan kesempurnaan.
TIPOLOGI PERSONALITI MENURUT JUNG
Ekstrovert: Tenaga dari interaksi sosial.
Introvert: Tenaga dari refleksi dan kesendirian.
Ambivert: Gabungan kedua belah pihak.
IMPLIKASI TEORI ANALITIKAL CARL JUNG
Menilai Simbol dan Imajan Pelajar: Meluahkan konflik melalui lukisan atau tulisan.
Mengintegrasikan Shadow: Mendorong refleksi diri.
Pembelajaran Holistik: Kurikulum yang mengimbangi elemen akademik dan seni.
TEORI TRAIT GORDON ALLPORT
Menekankan keunikan individu dan penting memahami keseluruhan keperibadian.
KONSEP UTAMA TEORI GORDON ALLPORT
Definisi Keperibadian: Organisasi dinamik dari sistem psikofizikal.
Ciri-Ciri Keperibadian (Traits): Ciri yang membimbing tingkah laku.
JENIS CIRI DALAM TEORI ALLPORT
Ciri Kardinal: Dominan dalam tingkah laku.
Ciri Pusat: Ciri utama tetapi tidak dominan.
Ciri Sekunder: Kurang penting, muncul dalam situasi tertentu.
IMPLIKASI TEORI GORDON ALLPORT DALAM PENGAJARAN
Menghormati Keunikan Pelajar: Kenali ciri dominan pelajar.
Pendekatan Pembelajaran Fleksibel: Sesuaikan pendekatan pengajaran berdasarkan traits pelajar.
Membangun Motivasi Fungsional: Cipta pengalaman menarik.
Menyokong Pembangunan Ciri-Ciri Pusat: Pupuk sifat positif melalui tugas yang relevan.
Mengenal Pasti Ciri-Ciri Sekunder: Tingkah laku tertentu yang muncul dalam situasi spesifik.