Ringkasan Falsafah dan Isu Semasa
Pengenalan Falsafah
Falsafah merangkumi pemikiran masyarakat tentang alam, hubungan manusia, dan ilmu. Berasal dari perkataan Yunani 'philien' (cinta) dan 'sophia' (kebijaksanaan). Menurut Kamus Dewan (1997), falsafah ialah ilmu tertinggi. Tujuannya adalah untuk mewujudkan pemikiran yang baik dan mencapai kebenaran.
Perkembangan Falsafah
Perkembangan falsafah bermula dengan persoalan manusia tentang kebenaran dan realiti. Zaman kegemilangan di Athens dengan Socrates sebagai Bapa Falsafah Barat. Falsafah berkembang ke Tamadun Islam, Barat, dan India.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
FPK bertujuan mengembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan seimbang dan harmoni. Tujuannya adalah untuk melahirkan warganegara yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPK memupuk insan seimbang melalui kesepaduan ilmu jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) yang berpaksikan kepercayaan kepada Tuhan. Tujuannya untuk mencapai kesejahteraan diri dan menyumbang kepada keharmonian negara dan dunia.
Rukun Negara
Rukun Negara adalah ideologi Kebangsaan Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1970. Bertujuan mengatasi perbezaan dalam masyarakat berbilang kaum.
Lima Prinsip Utama Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan: Agama sebagai pegangan utama.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara: Ketaatan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan: Mematuhi dan mempertahankan Perlembagaan Negara.
Kedaulatan Undang-Undang: Keadilan berdasarkan undang-undang.
Kesopanan dan Kesusilaan: Membentuk warga negara yang bersopan santun.
Cita-cita Rukun Negara
Perpaduan masyarakat, kehidupan demokratik, masyarakat adil, tradisi kebudayaan yang kaya, dan masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.