KIAR 2.0 - Rasuah Dihina, Maruah Dibina
Definisi Rasuah
- Penyalahgunaan kuasa awam untuk kepentingan peribadi (Bank Dunia).
- Penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi.
- Perbuatan rasuah adalah melakukan sesuatu dengan mengetahui bahawa perbuatan itu salah, dengan niat jahat.
- Penerimaan atau pemberian suapan untuk melakukan perbuatan berkaitan tugas rasmi.
Elemen Rasuah
- Pemberi rasuah.
- Penerima rasuah.
- Suapan (pelbagai bentuk).
- Balasan (tujuan rasuah).
- Mens rea (niat jahat).
Istilah Rasuah di Malaysia
- Tumbuk rusuk, makan suap, duit kopi, duit minyak, bunga emas, pelincir, kaw tim, under counter money.
Istilah Rasuah di Luar Negara
- Tangentopoli (Itali), Sleaze (UK), Les Affaires (Perancis), Black Mist (Jepun), Air Supply (Uganda), 419 (Nigeria), Char Chien (Mandarin), Zowai/Wairo/Suwai (Jepun), Than Wu (China), Kopi Lui (Hokkien), Pungli (Indonesia).
Bentuk Rasuah
- Wang, hadiah, kenaikan pangkat, bonus, perkhidmatan, upah, jawatan, diskaun.
Kesan Rasuah
- Kejatuhan empayar dan kerajaan (Empayar Rom, Kesultanan Melayu Melaka, dll.).
- Kerugian ekonomi dunia: USD2.6 trilion setiap tahun.
- USD1 trilion rasuah dibayar setiap tahun.
Persepsi Masyarakat
- Parlimen, Polis, Penjawat awam, Eksekutif perniagaan (Paling Rasuah).
Faktor Individu Terjebak Rasuah
- Tiada integriti, suka dirai, ingin untung mudah, budaya organisasi memberi hadiah, persepakatan jahat, taktik kontraktor, diuji berkali-kali.
Minda Perasuah
- Sindrom kecewa, kepimpinan melalui teladan, bercita-cita tinggi dan tamak, mangsa keadaan, demi survival hidup, mindset 'sekali terlepas, selamanya terlepas'.
Penutup
- Rasuah memberi akibat buruk kepada semua pihak.
- Rasuah bukan sahaja melibatkan kesalahan memberi dan menerima suapan.