sgdu 4162 (SLIDE REVISION)

Page 1

  • SGDU 4162 PENGURUSAN KO KURIKULUM (ULANGKAJI)

Page 2

  • BAB 1 KOKURIKULUM

Page 3

  • Disarankan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

  • Semua murid wajib terlibat secara aktif.

  • Guru perlu pendekatan inovatif untuk memotivasi murid.

  • Pengiktirafan: Guru yang cemerlang dalam kokurikulum diberi KOKURIKULUM: SATU KEWAJIPAN?

Page 4

OBJEKTIF KOKURIKULUM

  1. Menyemai kesedaran agama dan nilai moral.

  2. Membentuk perkembangan JERIS: Jasmani Emosi Rohani Intelek Sosial.

  3. Meningkatkan disiplin, minat, dan bakat murid.

  4. Mengukuhkan hubungan antara murid pelbagai kaum.

  5. Menyediakan murid untuk khidmat negara.

Page 5

STRATEGI PELAKSANAAN

  1. Memberi keutamaan kepada kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum.

  2. Melibatkan semua murid dalam aktiviti:

    • Pasukan beruniform

    • Kelab dan persatuan

    • Sukan dan permainan

  3. Menyimpan rekod menggunakan SPAKS.

  4. Memberikan penghargaan kepada murid cemerlang.

  5. Menganjurkan aktiviti perpaduan dan melibatkan komuniti.

Page 6

FALSAFAH PENDIDIKAN KOKURIKULUM

  • Setiap pelajar mempunyai minat yang boleh diperkembangkan.

  • Pendidikan holistik merangkumi: Intelek, Emosi, Rohani, Fizikal.

  • Sekolah dan masyarakat bertanggungjawab melahirkan pelajar berkualiti.

  • Asas nilai: Takwa, moral, dan nilai murni.

Page 7

SEJARAH KOKURIKULUM

  • Bermula 1909: Pergerakan Pengakap.

  • Diperluaskan melalui Laporan Kabinet 1978.

  • Menjadi elemen penting untuk sahsiah pelajar pada tahun 1985.

Page 8

MANFAAT KOKURIKULUM

  • Membina disiplin, kepimpinan, dan kerjasama.

  • Memberikan pengalaman hidup seperti berdikari dan keberanian.

  • Mengukuhkan nilai praktikal melalui aktiviti seperti:

    • Berkhemah (Geografi)

    • Pertolongan cemas (Sains)

    • Berkawad (Disiplin)

Page 9

  • BAB 2 KOKURIKULUM DALAM KURIKULUM SEKOLAH (Kelab, Persatuan, Sukan & Permainan)

Page 10

KELAB DAN PERSATUAN

  1. Pengenalan

    • Entiti berstruktur di sekolah yang berasaskan minat bersama.

    • Ditubuhkan secara formal dengan kebenaran pentadbiran.

    • Platform mengembangkan bakat, kemahiran, dan pengetahuan.

Page 11

Objektif Penubuhan

  • Menyediakan peluang kepada guru dan murid untuk:

    • Memahami ciri kepimpinan.

    • Merancang, mengurus, dan menilai aktiviti secara berkesan.

    • Membangun keyakinan diri dan kemahiran kepimpinan.

Page 12

  1. Jenis-Jenis Kelab:

    • Persatuan Akademik: Bahasa, Sains, Geografi, Kemahiran Hidup.

    • Kelab Rekreasi: Pencinta Alam, Rekreasi, Komputer, Astronomi, Kesenian.

  2. Manfaat:

    • Melatih kepimpinan, kemahiran sosial, dan pengurusan masa.

    • Mengukuhkan kerohanian dan sahsiah.

    • Peluang pembelajaran praktikal.

Page 13

SUKAN DAN PERMAINAN

  1. Pengenalan:

    • Komponen penting dalam pembangunan fizikal dan mental pelajar.

    • Memupuk kerjasama, disiplin, dan kepimpinan.

  2. Jenis Aktiviti:

    • Olahraga: Lari pecut, lari berpagar, lompat jauh, lontar peluru.

    • Pertandingan: Merentas desa, sukan tahunan, sukan paralimpik.

Page 14

Kelebihan Sukan

  • Mengelakkan obesiti.

  • Membuka peluang biasiswa dan kerjaya.

  • Membantu pengurusan masa dan membentuk disiplin.

Page 15

PROSES PENUBUHAN KELAB/PERSATUAN

  1. Membentuk jawatankuasa penaja.

  2. Mengadakan mesyuarat penubuhan:

    • Matlamat, aktiviti, peraturan, dan perlembagaan.

  3. Mengemukakan permohonan kepada pengetua.

  4. Melantik guru penasihat dan merekod ahli kelab.

Page 16

KEPENTINGAN KOKURIKULUM

  1. Pembangunan sahsiah dan jati diri.

  2. Meningkatkan keyakinan diri dan kerohanian.

  3. Memberikan peluang kepimpinan.

  4. Memupuk semangat kerjasama.

  5. Mengurangkan gejala sosial.

Page 17

  • BAB 3 PERANCANGAN GERAK KERJA KOKURIKULUM SEKOLAH

Page 18

  1. Jadual Waktu / Takwim Sekolah:

    • Aktiviti kokurikulum perlu dimasukkan dalam takwim sekolah dengan jadual yang jelas.

  2. Pengelompokan Pelajar:

    • Pelajar dikelompokkan mengikut keperluan dan minat dalam kokurikulum.

  3. Penyertaan dan Penglibatan:

    • Pelajar dan komuniti digalakkan untuk berperanan aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Page 19

PENILAIAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

  1. Kegiatan Yang Dinilai:

    • Aktiviti kokurikulum dinilai berdasarkan keaktifan dan sumbangan pelajar.

  2. Penilaian Untuk Pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas:

    • Penilaian khusus diberikan kepada pelajar dalam kumpulan ini untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Page 20

PEMBANGUNAN DAN PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA

  1. Organisasi Pentadbiran:

    • Struktur organisasi melibatkan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Pejabat Pelajaran Daerah.

  2. Tugas Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah:

    • Mengatur aktiviti kokurikulum, menyelia, dan menilai pencapaian.

  3. Peranan Pemimpin dan Ahli:

    • Menggalakkan pelajar memimpin dan aktif dalam unit kokurikulum.

Page 21

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KEWANGAN SERTA PERALATAN

  1. Belanjawan:

    • Merancang dan menguruskan peruntukan kewangan untuk kokurikulum.

  2. Pembelian dan Kawalan:

    • Garis panduan untuk pembelian bekalan dan peralatan kokurikulum.

Page 22

POLISI DAN DASAR

  1. Perlembagaan dan Pendaftaran:

    • Prosedur pendaftaran kelab dan persatuan.

  2. Mesyuarat dan Laporan:

    • Panduan pengendalian mesyuarat dan penyediaan dokumen rasmi seperti laporan dan minit mesyuarat.

  3. Pekeliling Iktisas:

    • Peraturan yang berkaitan dengan kokurikulum.

  4. Hak dan Undang-undang:

    • Tanggungjawab serta hak pentadbir, guru.

Page 23

POLISI DAN DASAR

  1. Perlembagaan dan Pendaftaran:

    • Prosedur pendaftaran kelab dan persatuan.

  2. Mesyuarat dan Laporan:

    • Panduan pengendalian mesyuarat dan penyediaan dokumen rasmi seperti laporan dan minit mesyuarat.

  3. Pekeliling Iktisas:

    • Peraturan yang berkaitan dengan kokurikulum.

  4. Hak dan Undang-undang:

    • Tanggungjawab serta hak pentadbir, guru.

Page 24

  • BAB 4 PENILAIAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

Page 25

KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI

  1. Jenis Kegiatan:

    • Pasukan Badan Beruniform.

    • Persatuan/Kelab.

    • Sukan/Permainan.

Page 26

ASPEK PENILAIAN (MARKAH)

  • Kehadiran (50%):

    • Kehadiran paling kerap diberi markah tertinggi untuk menggalakkan penglibatan pelajar.

  • Penglibatan (20%):

    • Penilaian berdasarkan keterlibatan dalam aktiviti.

  • Pencapaian (20%):

    • Markah diberikan berdasarkan prestasi dalam pertandingan.

  • Jawatan Disandang (10%):

    • Kepimpinan seperti pengerusi, bendahari, atau ketua pasukan.

Page 27

KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI

  • Penilaian Bonus:

    • Markah tambahan untuk jawatan kepimpinan seperti pengawas, ketua kelas, atau ketua rumah.

  • Anugerah Khas:

    • Pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dalam kokurikulum.

    • Jawatan tertinggi sahaja diambil kira, tetapi boleh dilucutkan kerana kes disiplin.

Page 28

PENILAIAN KOKURIKULUM TINGKATAN 5 DAN 6 ATAS

  1. Proses Penilaian:

    • Menggunakan Buku Kemajuan Kokurikulum yang diseragamkan oleh KPM.

    • Penilaian tahunan bermula dari Tingkatan 1 hingga 6.

    • Disusun dalam bentuk GPA (tahun semasa) dan CGPA (kumulatif sepanjang tempoh persekolahan).

Page 29

PENILAIAN KOKURIKULUM TINGKATAN 5 DAN 6 ATAS

  • Contoh Pengiraan CGPA:

    • Tingkatan 2: (69 + 82) ÷ 2 = 75.5

    • Tingkatan 4: (69 + 82 + 83 + 89) ÷ 4 = 80.8

    • Penukaran ke 10%: (80.6 ÷ 100) × 10 = 8.06

  • Tingkatan 6:

    • Penilaian dua kali semasa Tingkatan 6 Rendah dan Atas.

    • Tiada program khas, hanya kumulatif dari Tingkatan 5.

Page 30

FORMAT DAN PELAKSANAAN

  1. Borang dan Format:

    • Semua sekolah menengah diwajibkan menggunakan format seragam untuk menilai aktiviti kokurikulum.

  2. Jawatankuasa Penilai:

    • Diketuai oleh pengetua dengan ahli terdiri daripada guru-guru.

    • Penilaian disahkan oleh Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum.

  3. Rekod Penilaian:

    • Direkodkan dalam Buku Kemajuan Kokurikulum.

    • Memudahkan pemindahan rekod ke sekolah lain dan penilaian untuk kemasukan ke matrikulasi/IPT.

Page 31

KEPENTINGAN PENILAIAN KOKURIKULUM

  1. Memupuk disiplin dan komitmen.

  2. Memberi pengiktirafan kepada sumbangan pelajar dalam pembangunan diri dan masyarakat.

Page 32

  • BAB 5 PEMBANGUNAN DAN PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA DALAM KOKURIKULUM SEKOLAH

Page 33

DEFINISI

  1. Pembangunan:

    • Proses mencapai kemajuan dan perkembangan.

  2. Pentadbiran:

    • Proses mengelola dan mengurus sumber.

  3. Sumber Manusia:

    • Individu yang menggerakkan organisasi.

  4. Kokurikulum:

    • Aktiviti tambahan yang mengembangkan minat, bakat, dan keterampilan di luar akademik.

Page 34

KEPENTINGAN SUMBER MANUSIA DALAM KOKURIKULUM

  1. Menentukan fungsi dan peranan ahli.

  2. Melancarkan perjalanan aktiviti kokurikulum.

  3. Menyediakan pelaporan berkala.

  4. Menyediakan latihan dan motivasi kepada ahli.

  5. Memastikan kebajikan dan prestasi ahli sentiasa berada di tahap terbaik.

Page 35

ORGANISASI PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA

  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

    • Menggubal dasar mikro dan menyelia pelaksanaan kokurikulum peringkat kebangsaan.

  2. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN):

    • Menyelaras dan memantau pelan tindakan pembangunan murid di peringkat negeri.

  3. Pejabat Pelajaran Daerah (PPD):

    • Membimbing sekolah mengikut keperluan daerah dan melahirkan murid cemerlang dalam kokurikulum.

  4. Sekolah:

    • Melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan.

Page 36

STRUKTUR PENTADBIRAN DI SEKOLAH

  1. Pengetua:

    • Membuat keputusan, menilai, dan meningkatkan perancangan kokurikulum.

  2. Penolong Kanan Kokurikulum:

    • Merancang aktiviti sukan, persatuan, dan unit beruniform.

    • Menyediakan anggaran belanjawan dan menyelia program.

  3. Setiausaha Kokurikulum/Sukan:

    • Menyelaras semua aktiviti dan memastikan keselamatan peralatan.

  4. Guru Penasihat:

    • Membentuk jawatankuasa, mengurus surat, dan memastikan aktiviti berjalan lancar.

Page 37

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KOKURIKULUM

  1. Perancangan:

    • Menentukan objektif kokurikulum.

  2. Penyediaan:

    • Menyediakan takwim dan jadual aktiviti.

  3. Pelaksanaan:

    • Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual.

  4. Penilaian:

    • Menilai keberkesanan aktiviti dan membuat laporan tahunan.

Page 38

FUNGSI UNIT DI PPD

  1. Sukan:

    • Merancang dan melaksana aktiviti sukan.

    • Mengurus kerjasama dengan agensi lain dalam aktiviti sukan.

  2. Kokurikulum:

    • Menyelaras aktiviti persatuan, kelab, dan badan beruniform.

    • Menilai program kokurikulum di daerah.

Page 39

  • BAB 6 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KEWANGAN, KEMUDAHAN, DAN PERALATAN KOKURIKULUM:

Page 40

PENDAHULUAN

  1. Peranan Utama:

    • Menyokong keberkesanan program kokurikulum di sekolah.

  2. Mengurus sumber kewangan, kemudahan, dan peralatan secara cekap.

  3. Objektif:

    • Mengembangkan bakat dan kemahiran pelajar.

    • Meningkatkan disiplin, sosial, dan kepimpinan pelajar.

Page 41

PENGURUSAN KEWANGAN DAN ANGGARAN BELANJAWAN

  1. Perancangan:

    • Tetapkan matlamat SMART (Specific, Measurable, Achievable, Realistic, Time-bound).

    • Gunakan analisis SWOT untuk mengenal pasti cabaran dan peluang.

    • Peruntukan sumber (kewangan, bahan, tenaga kerja) secara efisien.

  2. Anggaran Belanjawan:

    • Kos langsung: Bahan mentah, peralatan, upah.

    • Kos tidak langsung: Pentadbiran, penyelenggaraan.

Page 42

PENGURUSAN KEMUDAHAN, BEKALAN, DAN PERALATAN

  1. Definisi Kemudahan Kokurikulum:

    • Infrastruktur sukan: Padang, gelanggang, gimnasium.

    • Peralatan dan bahan: Bola, alat muzik, alat pembelajaran.

    • Bilik kelab/persatuan.

  2. Proses Pengurusan:

    • Perolehan: Rancang berdasarkan keperluan belanjawan.

    • Penerimaan: Periksa spesifikasi dan kualiti bekalan.

    • Penyimpanan: Pastikan selamat dan berfungsi.

    • Pelupusan: Rekod aset yang tidak dapat digunakan lagi.

Page 43

GARIS PANDUAN PEMBELIAN

  1. Perancangan:

    • Kenal pasti keperluan spesifik.

    • Tetapkan bajet berdasarkan sumber kewangan.

  2. Pemilihan Pembekal:

    • Pilih pembekal berkualiti dengan harga terbaik.

    • Bandingkan tawaran sebelum membuat keputusan.

  3. Tatacara Pembelian:

    • Dapatkan kelulusan dari pengetua.

    • Gunakan borang pesanan tempatan.

    • Pastikan stok diterima memenuhi spesifikasi.

Page 44

LATIHAN DAN KESELAMATAN

  1. Latihan Pengguna:

    • Ajarkan kakitangan dan pelajar cara menggunakan peralatan.

    • Tekankan aspek keselamatan semasa aktiviti.

  2. Audit dan Pematuhan:

    • Laksanakan audit kewangan dan penggunaan peralatan secara berkala.

    • Pastikan pematuhan kepada polisi kewangan dan garis panduan.

Page 45

  • BAB 7 POLISI DAN DASAR KOKURIKULUM

Page 46

POLISI DAN DASAR

  1. Definisi Perlembagaan dan Pendaftaran:

    • Perlembagaan: Undang-undang dan panduan untuk menggerakkan persatuan.

    • Pendaftaran: Tindakan atau urusan mendaftarkan pertubuhan secara rasmi.

  2. Fungsi Perlembagaan:

    • Sebagai panduan dan rujukan.

    • Melicinkan perjalanan organisasi.

    • Menetapkan bidang kuasa jawatankuasa.

    • Mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

Page 47

PENUBUHAN UNIT KOKURIKULUM

  1. Unit Berbadan Induk:

    • Contoh: Pengakap, Kadet Polis.

    • Mengikut prosedur badan induk.

    • Memerlukan kelulusan dan sijil pendaftaran.

  2. Unit Tanpa Badan Induk:

    • Contoh: Kelab yang ditubuhkan di peringkat sekolah.

    • Tidak memerlukan pendaftaran dengan badan luar.

    • Pendaftaran dilakukan oleh sekolah dengan PPD.

Page 48

PELANTIKAN JAWATANKUASA KOKURIKULUM

  1. Prosedur Pelantikan:

    • Boleh melalui mesyuarat agung atau pelantikan oleh guru penasihat.

    • Jawatan penting: Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, dan Ketua Biro.

  2. Tujuan Mesyuarat:

    • Merancang strategi dan menyelesaikan isu.

    • Mengagihkan tugas dan meningkatkan kerjasama.

Page 49

PENGENDALIAN SURAT, LAPORAN, DAN MINIT MESYUARAT

  1. Panduan Penyediaan Surat:

    • Tajuk, tujuan, butiran, penutup, dan tandatangan.

  2. Panduan Penyediaan Laporan:

    • Nama aktiviti, butiran kehadiran, masalah berbangkit, dan bukti bergambar.

  3. Panduan Minit Mesyuarat:

    • Agenda, senarai kehadiran, perkara berbangkit, laporan aktiviti, dan perancangan masa depan.

Page 50

PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN KOKURIKULUM

  1. Surat Pekeliling Penting:

    • Aktiviti kebudayaan di sekolah (1984).

    • Pengiktirafan persatuan seni bela diri (1997).

    • Dasar Satu Murid Satu Sukan (2010).

    • Garis panduan keselamatan dan lawatan murid (2023).

  2. Dasar Utama:

    • Penyertaan semua murid dan guru adalah wajib.

    • Setiap murid perlu terlibat sekurang-kurangnya dalam satu pakaian seragam, satu kelab/persatuan, dan satu sukan/permainan.

Page 51

HAK DAN UNDANG-UNDANG KOKURIKULUM

  1. Menurut Akta Pendidikan 1996:

    • Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan.

    • Keengganan melaksanakan kokurikulum boleh dikenakan tindakan disiplin.

  2. Dasar Penyertaan "Beramai-Ramai":

    • Tiada diskriminasi atau paksaan.

    • Fokus pada perpaduan dan integrasi murid.

Page 52

  • BAB 8 PERUBATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

Page 53

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

  • Bantuan segera bersifat sementara kepada mangsa menggunakan kemudahan yang ada sebelum bantuan perubatan tiba.

  • Komponen utama:

    • Petugas pertolongan cemas.

    • Peti pertolongan cemas.

    • Manual pertolongan cemas.

Page 54

OBJEKTIF PERTOLONGAN CEMAS

  1. Menyelamatkan Mangsa:

    • Bantuan awal dalam situasi mengancam nyawa (pendarahan, serangan jantung, luka bakar, dll.).

  2. Mengelakkan Kecederaan Lebih Buruk:

    • Rawatan pantas untuk mencegah keadaan bertambah buruk.

  3. Mengurangkan Kesakitan:

    • Memberi keselesaan dan keyakinan kepada mangsa.

Page 55

TANGGUNGJAWAB GURU DAN PENGETUA

  1. Pengetua/Guru Besar:

    • Memberi keutamaan kepada keselamatan pelajar.

    • Memastikan ruang, alatan, dan prosedur kecemasan tersedia.

  2. Guru PJK:

    • Berpengetahuan tentang pertolongan cemas.

    • Merancang aktiviti selamat dan menyediakan alat pertolongan cemas.

Page 56

RAWATAN PEMULIHAN DAN KECEDERAAN

  1. Rawatan Awal (Bantu Mula):

    • Penilaian awal tahap kecederaan.

    • Mencegah kecederaan bertambah serius.

  2. Jenis Kecederaan dan Rawatan:

    • Luka kecil: Bersihkan luka, gunakan antiseptik, tutup dengan pembalut.

    • Terseliuh: Rehatkan bahagian cedera, letak pek ais, balut, dan tinggikan.

    • Patah tulang: Stabilkan bahagian patah, segera ke hospital.

    • Pengsan: Baringkan dengan kaki dinaikkan, longgarkan pakaian.

    • Asma/alergi: Pastikan pelajar mengambil ubat/inhaler.

Page 57

PENCEGAHAN KEMALANGAN

  1. Pemeriksaan keselamatan kawasan secara berkala.

  2. Latihan keselamatan kepada pelajar dan guru.

  3. Menguatkuasakan peraturan seperti memakai peralatan pelindung.

  4. Menjaga kebersihan dan menyimpan peralatan dengan betul.

  5. Sistem melaporkan insiden hampir kemalangan untuk mencegah kejadian berulang.

Page 58

PEMULIHAN KARDIO-PULMONARI (CPR)

  1. Definisi CPR:

    • Kaedah menjaga sirkulasi darah dan oksigen ke otak apabila jantung dan pernafasan terhenti.

  2. Langkah CPR (D-R-S-A-B-C-D):

    • D: Danger (bahaya)

    • R: Response (respons mangsa)

    • S: Shout for help (panggil bantuan)

    • A: Airway (buka saluran udara)

    • B: Breathing (periksa pernafasan)

    • C: Circulation (lakukan tekanan dada)

    • D: Defibrillation (jika ada AED)

  3. Teknik CPR untuk Kanak-Kanak dan Bayi:

    • Fokus pada pernafasan sebagai komponen utama.

Page 59

  • TERIMA KASIH SEMOGA BERJAYA